I know I know, today is already 18 Syawal but I hope it is not too late to make this entry Raya. Heh.
Pagi Raya Pertama – Khayra was wearing her FIRST Baju Kurung ya’ all!
Posing sebelum ke rumah in laws :D
Khayra di pagi Raya.
Petang Raya ke-3. Went to the beach. Khayra was having fun with her cousins.
Malam Raya ke-3. Main bunga api (Eirfan panggil : api bunga. Haha!)
Open House – Raya Ke-4. Ramai datang memenuhi teratak kecil kami, terima kasih! :P
Raya ke-5 : Hubby’s birthday!
Khayra (finally) could walk during her Abah’s birthday (the best birthday present, no? Hehe). Yes, she was 14 months and 14 days – baru start berjalan. Yang bestnya, Khayra tak pernah jalan sendiri sebelum 14/9 tu tapi on the day itself, boleh berjalan sendiri (i.e bukan setakat 5-6 langkah, tapi berjalan, get it?) Hehe.
Khayra dan bulan Ramadhan. (Kemaskini pada 29 Ramadhan)
Bangun sahur 3 kali sahaja setakat Ramadhan ini. Hari-hari lain Khayra tidur nyenyak dan bangun pukul 8.00 pagi.
Belum pernah dibawa ke Masjid untuk berterawikh sepanjang Ramadhan ini. Suami saya kata, “Kalau makmum lain tak kusyuk time bersolat disebabkan anak kita, kita yang berdosa.” Jadi saya tak mahu tanggung dosa untuk orang lain.
Semasa berbuka, Khayra tak pernah tidur (haipp, tak baik tidur time Maghrib!) dan akan turut ‘menemani’ kami berbuka puasa. Kebanyakan hari Khayra sangat memberi kerjasama dengan makan sendiri tanpa perlu Ibu suap atau leka bermain atau menonton TV. Namun ada juga hari-hari yang Khayra mahukan perhatian lebih di mana Ibu dan Abah akan makan secara bergilir.
Walau kita bawa Khayra ke Majlis Berbuka Puasa sekalipun, dia tak banyak ragam. Akan duduk elok-elok di baby chair dan turut serta menjamah hidangan buffet.
Ini gambar time berbuka dengan para peguam yang beramal di KT. Khayra dan juga Umar (dah lama tak jumpa Umar!)
Malam bila Abah ke Masjid untuk berterawikh, Khayra teman Ibu di rumah. Ni gambar time Ibu minta Khayra nyanyi lagu “Ibu Ratu Hatiku”. Hehehe.
Bila hujung minggu, sepanjang Ramadhan ini saya akan memasak (melainkan kami mendapat jemputan untuk berbuka puasa). Hari-hari bekerja kebanyakannya Ummi (my mom) atau Mama (my MIL) akan sponsor lauk atau ajak kami berbuka. Untung kami duduk dekat dengan ibu bapa. Ngee.
Ini gambar pada hujung minggu lalu, saya mencuba resepi pasta untuk Khayra – menu dicedok dari buku Puan Wardina Safiyah, “Mama, Saya Lapar…”
Ucapan Khas :
Selamat menyambut ketibaan Syawal. Semoga kita dikurniakan kesempatan untuk bertemu Ramadhan lagi pada tahun-tahun mendatang (Aaamiiinn!). Mohon maaf atas segala tutur kata dan silap laku. Salam lebaran pada semua! :D
P/s : InsyaAllah kami akan adakan rumah terbuka pada hari Raya ke-4.