Nuffnang Ads

Tuesday, January 22, 2013

Cerita Tentang Anak-anak

“Anak-anak kau baik-baik, kau boleh beranak lagi 4 orang.”

“You are a great mom, you should produce more kids.”

“Rezeki kau bersalin mudah, boleh tambah lagi anak. Lepas ni baby boy pula.”

Gulp. Tarik nafas. Hembus nafas.


Anda yang dihormati, anak-anak adalah anugerah dan bersalin susah senang itu rezeki dan ketetapan Dia. Aku baru 2 bulan lebih bersalin anak kedua and I already got those remarks since dalam pantang and during my 1st day of working after 70 days of maternity leave. Grrrrrr.

Hafiya – berusia 53 hari sewaktu gambar ini diambil.

Orang lupa agaknya, bukan proses kelahiran itu yang akan dihitung, bukan juga jumlah anak yang akan dikira dan disimpulkan sebagai juara TAPI tanggungjawab sebagai ibu dan bapa yang akan dinilai kelak. Ya, tanggungjawab. Noktah.

Isu lain. Orang tanya, macam mana handle 2 kids sekarang? Pengalaman aku mungkin berbeza dan cara aku dan suami juga mungkin berbeza. Ini aku nak cerita berdasarkan pengalaman aku sendiri.

Tak dinafikan ada anak-anak memang menghiburkan. Suka bau bayi. Wangi. Orang tua kata itu bau dari syurga. Indahnya. Minggu pertama memang kekok. Lupa bagaimana nak handle bayi baru lahir. Alhamdulillah Hafiya mudah diuruskan. Waktu malam dia tidur. Bangunnya cuma untuk menyusu. Awal-awal kelahirannya, Hafiya bangun 3-4 kali. Lepas sebulan, maksimum bangun malam, cuma 2 kali. Aku masih tak jadi zombie setakat ini (dan harapnya tak sehingga bila-bila. Heh). Cuma Hafiya tidur lambat, dalam pukul 10-11 malam, berbanding Kakak Khayra, dulu tidur seawal 9 malam dan bangun malam untuk menyusu 1-2 kali.

Sebenarnya bila ada anak lebih dari seorang, cabarannya adalah dengan anak pertama (dalam kes aku). Sebab kita cuba sedaya upaya untuk elakkan anak pertama rasa left out bila perhatian beralih kepada anak yang masih kecil. Kenapa aku rasa ia satu cabaran? – Sebab (kami rasa) Khayra dah faham. Dia dah tahu menilai. Dalam usia nak masuk 4 tahun Julai ini, dia dah boleh digest apa kita buat dan apa kita cakap. Contohnya, bila aku Bf dan masa itu Kakak perlukan sesuatu, aku rasa helpless. Sedih. Kena minta bantuan suami atau datuk dan nenek. Sedaya upaya aku tak nak Khayra rasa aku lebihkan adik dia atau tak sayang dia. Atau salahkan adik dia (the worst case scenario!). Aku harap tak akan ada perasaan macam tu dalam hati anak-anak aku. Minta dijauhkan. Nauzubillah. Masa pantang, memang Khayra rapat sangat dengan Abah dia. Kami kena divide taking care of both. Sekarang masih juga adapt the whole new situation dan masih belajar untuk jadi ibu bapa yang bertanggungjawab, mudah-mudahan. Parenting is a learning process, right?

Hujung minggu yang lalu kami keluar bertiga. Tanpa Hafiya. Kita pergi tengok wayang – Parental Guidance. Cerita kelakar, hookayy. Lepas itu pergi makan-makan, jalan-jalan tawaf OU dan shopping. Eih? Hehe. Khayra survived tengok movie in the cinema sehingga habis. Salah satu usaha kami luangkan masa dengan Khayra. Kami masih belajar dan mencuba yang terbaik, kan? Berkongsi kasih. Bukan suatu yang mudah, kan? Apalagi kalau hidup bermadu. Eih?

Hafiya is doing OK. Survived her 5-6 hours road trip to KL twice, dalam usia 2 bulan lebih. Nampak gaya macam Hafiya akan lebih besar dari Kakak Khayra. Baju Kakak yang Kakak pakai semasa 7-8 bulan, dah boleh muat Hafiya yang baru 2 bulan. Kakak Khayra 2 bulan baru 4.8kg, Hafiya dah 5.4kg. Ada harapan baju Kakak boleh pakai sekejap-sekejap saja. (Dan ada harapan Ibu shopping lagi dan lagi. Kah kah!) Untuk rekod, Khayra lahir dengan berat : 3.2kg dan Hafiya lahir dengan berat : 2.7kg.


Bf journey is much easier with Hafiya. Mungkin bila anak kedua ini, kita dah ada banyak ilmu sikit dari yang pertama dan dah ada pengalaman. Mungkin juga untuk Hafiya ini, aku pakai Medela FS. I have to admit, a good breast pump helps a lot. If you are expecting dan ada azam nak Bf anak and where money is not an issue, sila beli Medela FS. When I started working, I have prepared an accumulated of 350 oz of EBM for Hafiya. Masa pantang, cuma sempat pump sekali, yang selebihnya direct feeding. Masa bekerja, maksimum sempat pump 4 kali. Kena istiqamah supaya sempat juga pump 3-4 kali sehari. Kena curi masa. Ada juga keadaan kena pump sewaktu driving pergi dan balik dari kerja. Mohon Allah permudahkan perjalanan penyusuan aku ini. Amin.

So far apa yang aku boleh nampak, Khayra loves her little sister a lot! Setakat ini, tiada percubaan mencederakan Adik, malah sayang sesayangnya. Masa berpantang, kalau ada visitor saja, dia melekat dekat Adik risau orang bawa balik. Haha. Kadang-kadang Hafiya naik rimas bila kena cium banyak-banyak oleh Kakak. Biasalah geram. Bangun pagi, perkara pertama dia nak tengok adalah adiknya. Kalau Adik menangis, dialah jadi tukang pujuk, “Alololo, Adik. Jangan nangis ya. Alololo, Adik. Kakak ada ni.” *Tepuk-tepuk Adik* Aaaahh, sarat jiwa melihat anak-anak ini.


Banyak nak cerita sebenarnya. Tapi cukuplah sampai di sini dahulu. Ada jodoh, kita jumpa lagi untuk entry akan datang. Heheh.



Sunday, January 6, 2013

Our 2nd Bundle of Joy - Hafiya

This post didn’t do its justice – as for today, our second bundle of joy is already 2 months and a week old. We promised to ourselves to update her birth story after a week she was born but forgive us dear, Ibu and Abah were so occupied. We will update the story later, insyaAllah.

As many of you have already known, we have been granted by Allah, another daughter on 25.10.2012 at 2.02 a.m. We named her Hafiya (meaning : sangat baik – surah Maryam, ayat 47). She was born on wukuf day, i.e. one day before Raya Aildiladha.


Here are some photos of Hafiya :


Day 1 : Kakak Khayra and her lil sister, Hafiya. Picture was taken on 25.10.2012, an hour after Hafiya was born.


Another picture of Hafiya with Kakak Khayra. Hafiya was 2 months old during this picture was taken.

Will update more, insyaAllah.

P/s : I went to the PPISB rightly after I posted the previous post (38 weeks and counting) in this blog. Being admitted with slight contractions.