Nuffnang Ads

Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Thursday, September 21, 2017

HW Umrah 2017 (Day 11) and (Day 12)

Hari Kesebelas (10.02.2017)

Pagi: Ziarah Wada. Makam Nabi Muhammad SAW. Keluarkan beg besar bagi pihak hotel memasukkan ke dalam bas untuk ke airport.

Ke Masjid Nabawi awal untuk solat sunat dan dengar khutbah solat Jumaat, Solat Jumaat (second time for yours truly).

Lunch. Pukul 2.30 petang bersiap untuk menaiki bas ke airport.

Solat Asar di airport.

Check in semua diuruskan oleh pihak Rayhar Travels Sdn. Bhd.

Penerbangan pulang ke Malaysia jam 8.40 malam.


Hari Kedua belas (11.02.2017)

Jam 10.00 pagi selamat tiba di KLIA. Cuba tukar penerbangan ke TGG jam 2.40 petang tetapi kena menunggu dalam waiting lists and peluang agak tipis untuk dapatkan confirmed seats. Decided to stay and balik dengan penerbangan asal jam 7.45 malam. Lunch with Bon dan Zmah and stayed at their house. Jam 6 petang, Bon dan Zmah hantar kami semula ke KLIA.

Alhamdulillah selamat sampai di TGG dan disambut oleh kedua ibubapa kami serta anak-anak yang sangat dirindui :D


Makam Rasullah SAW.



Masjid Nabawi (interior).



Sampai di KLIA and having lunch at Putrajaya with Bon and Zmah.


Reunited after 13 days being apart :D

Alhamdulillah, kami diberi kesihatan yang baik sepanjang mengerjakan umrah dan selepas pulang dari Umrah.


HW Umrah 2017 (Day 9) and (Day 10)

Hari Kesembilan (08.02.2017)

Breakfast nasi lemak.
8.30 pagi Tawaf Sunat
Berpeluang melihat pembersihan kiswah Kaabah.
Aktiviti bebas.
Malam: Solat Maghrib dan Isyak. Stay di Masjidil Haram untuk habiskan surah-surah Al Quran.

Hari Kepuluh (09.02.2017)

Hari terakhir di Mekah - Tawaf Wada.

8.00 pagi: Tawaf Wada (Tawaf selamat tinggal). Selepas Tawaf Wada, tak dibenarkan untuk bergambar atau membeli-belah. Rasa sedih nak tinggalkan bumi Mekah dan peluang dapat tengok Kaabah setiap hari di depan mata adalah satu pengalaman yang cukup indah. Sayu je rasa.

9.40 pagi: Menaiki bas sejauh 450km dari Mekah menuju ke Madinah

Singgah lunch di Restoran Nasi Arab. Beli kunafa.

Waktu Asar: tiba di Madinah

Lihat payung-payung terbuka. Alhamdulillah, rezeki kami kerana semasa tiba dari Malaysia, payung-payung masih tertutup sehingga pada hari kami bertolak ke Mekah.

Solat Maghrib dan Isyak last di Masjid Nabawi.


Inside Masjidil Haram and my baby bump of 19w :D 


The most meaningful journey for both (three) of us :D 
Gambar selepas solat Subuh.


Singgah lunch di Restoran Makanan Arab semasa perjalanan menuju ke Madinah. 
Chicken Mandy (15 Riyal). Big portion, ni pun just berkongsi dengan suami. Makan bersila.


Kunafa. 
Sedap sangat. Siap tapau bawa ke Madinah :P


Sebaik tiba di Madinah (waktu Solat Asar), nampak payung-payung terbuka. Seronok tak terkata sebab bila sampai masa first day, agak terkilan bila payung tak terbuka (katanya ada masalah dengan maintenance / campur kuasa, wallahualam). Rezeki kami, alhamdulillah :D





Beautiful. Subhanallah.


HW Umrah 2017 (Day 8)

Hari Kelapan (07.02.2017)

7.30 pagi: ke Miqat Hudaibiah. Ready dengan pakaian Ihram.

Tazkirah Ustaz (dalam bas):
Nama yang baik. Panggilan di Padang Mahsyar. Rasulullah tukar nama sahabat jika makna tidak baik.

Perjanjian Hudaibiah
Orang Quraisy langgar Perjanjian. Hijrah kerana perintah Allah.

8.20 pagi: sampai di Masjid. Miqat Hudaibiah

9.00 pagi: Sampai di Museum Exhibition of The Two Holy Mosques Architecture. Berpeluang melihat sejarah Tanah Suci Mekah dan Madinah dari dulu.

10.00 pagi: Bertolak semula ke Masjidil Haram

10.10 pagi: Tawaf Umrah (Umrah ketiga)

12.00 tengah hari: Selesai Saie dan Tahalul

12.35 tengah hari: Zohor dan lunch

Suhu 31°c (ada pada paparan pintu ke Masjidil Haram)

4.15 petang: taklimat kembali ke Madinah di dewan makan Hotel Al Maqam


Museum Exhibition of The Two Holy Mosques Architecture.


Inside the Museum Exhibition of The Two Holy Mosques Architecture.


If you can see the green lights - itu petanda permulaan Tawaf dan pengakhiran pusingannya.


Tempat solat favourite suami di dalam Masjidil Haram. 
Same level with entrance from Ajyad Gate.


Tempat solat favourite saya di dalam Masjidil Haram, selain daripada ditingkat bawah. Boleh nampak Kaabah straight dari view ini tapi kalau lambat sampai, memang selalu penuh. Juga sama aras dengan entrance Ajyad Gate.


From my hubs camera: His Excellency Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz as-Sudais - who has been the Imam of Masjidil Haram since 1984 and was appointed as President of the General Presidency for the Affairs of the Two Holy Mosques. 

Biasanya kalau dengar Imam Sudais membaca surah-surah ketika mengimamkan jemaah di Masjidil Haram, mesti ada part beliau akan kedengaran seperti sayu dan tersekat-sekat (menangis) kerana beliau memahami dan menghayati makna surah-surah yang dibaca. MasyaAllah. Kami berpeluang melihat microphone khas bagi kegunaan Imam di Masjidil Haram yang berwarna emas ketika pengawal membawanya untuk urusan solat jenazah.


As close as we get. 
Kaabah.


Wednesday, September 20, 2017

HW Umrah 2017 (Day 7)

Hari Ketujuh (06.02.2016)

Breakfast nasi goreng dengan telur rebus goreng bersambal.

7.30 pagi: Ke Gua Thur. Rasulullah berkhalwah 4km dari Mekah (memikirkan tentang ummat yang ketika itu jahiliah) lalu diturunkan wahyu al Quran untuk berhijrah ke Madinah

Tazkirah Ustaz (ketika dalam bas):
Ibadah umrah:
Niat di miqat dan jaga pantang larang
Tawaf
Saie (21km) (Safa - Marwah lebih kurang 450m sehala)
Bertahalul

Miqat Ja'aranah 27km dari Tanah Haram
Miqat paling afdhal bagi ahli Mekah

Arafah – Jika mengerjakan Haji wajib ke Padang Arafah

Tanda akhir zaman - Padang Arafah menjadi hijau. Perkumpulan umat Islam yang paling besar (jemaah memakai ihram) gambaran di Padang Mahsyar. Lebih kurang 2 juta umat semasa musim Haji. 

Dosa - dosa besar:
1. Arak
2. Zina
3. Derhaka kepada ibubapa

Berada di Jabal Rahmah diantara jam 
8.15 pagi - 9.00 pagi. Beli aiskrim 5 Riyal. Tangkap gambar polaroid 15 Riyal (2 keping) dipuncak Jabal Rahmah.

Arafah ke Muzdalifah: 8km
Mina (Tempat melontar. Ada tiga tingkat)

10.30 pagi: kembali ke Tanah Haram

11.15 pagi: tiba di hotel. Ke Masjidil Haram untuk solat zohor

Lunch : kari ikan, sayur campur dan ayam masak cili

Solat Asar

Selepas Asar pukul 4.40 petang ke Masjidil Haram untuk tawaf sunat. Berpeluang menyentuh Kiswah Kaabah dan berada dekat dengan Kaabah.

5.45 petang: get ready for Maghrib. Tak balik hotel.

6.14 petang: Maghrib

Berpeluang melihat pengurusan jenazah di Masjidil Haram selepas solat jenazah.

Balik hotel. Makan roti canai.

7.15 malam: ke Masjid tapi perlu melalui jalan Saie sebab pintu Ajyad dah ditutup.

Solat Isyak di Masjidil Haram.

Dinner - tomyam ayam, sotong goreng kuning, Nasi Arab.

9.30 malam: Tahlil di dewan makan bersama Ustaz Fadli.


Breakfast nasi goreng dengan telur rebus goreng bersambal. Sebenarnya terlintas (mungkin mengidam, agaknya) nak makan begini malam tadi. Alhamdulillah, dimakbulkan dan ada rezeki untuk saya (dan baby Raisya) makan di Mekah semasa sarapan pagi di Hotel Al Maqam. Sedap pula tu, alhamdulillah.


Gua Thur.


Jabal Rahmah. 
Tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa setelah beratus tahun terpisah.


Ketika berada dipuncak Jabal Rahmah. 


Dipuncak Jabal Rahmah boleh nampak Padang Arafah ini.



Beli aiskrim 5 Riyal setiap satu semasa di Jabal Rahmah. 



HW Umrah 2017 (Day 6)

Hari Keenam (05.02.2017)

5.00 pagi: Ke Masjidil Haram untuk solat sunat dan solat Subuh

6.15 pagi: Breakfast bubur, roti dan lontong

7.30 pagi: Ke Miqat Tanaeem (paling dekat dengan Masjidil Haram)

8.00 pagi: Sampai di Masjid Aisha (Miqat Tanaeem)

9.00 pagi: Start tawaf (Umrah Kedua)

11.00 pagi: Habis Saie dan Tahalul

Beli half chicken broast 13 Riyal di Restoran Firdous.

Solat Zohor dan Asar di Masjidil Haram.

Malam Solat Maghrib and Isyak di Masjidil Haram. Selalunya kami stay sahaja diantara waktu Maghrib dan Isyak di Masjidil Haram - baca Quran. Jarak hotel kami dengan Masjidil Haram lebih kurang 5 minit berjalan kaki.


Di Masjid Aisha (Miqat Tanaeem)


Saie. 

Dimulai di Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah. Hubs offered to wheel me on the wheelchair, memandangkan saya pregnant and kaki ada bengkak sikit, tapi alhamdulillah boleh juga buat Saie tanpa bantuan kerusi roda. Disunatkan berlari-lari anak bagi lelaki dan mempercepatkan langkah bagi wanita dikawasan lampu hijau.


Half chicken broast 13 Riyal di Restoran Firdous. Yummy :D



HW Umrah 2017 (Day 5)

Hari Kelima (04.02.2017) 32°C

8.15 pagi: Breakfast roti canai di Restoran Firdous dan ayam goreng

11.15 pagi: Ke Masjidil Haram untuk solat zohor

1.15 tengah hari: Lunch. Lauk ayam masak merah, ikan goreng, sayur campur dan belacan

3.00 petang: Solat Asar

Jumpa Kak Nur (my SIL with her father) at Hotel’s Lobby.

5.15 petang: Ke Masjidil Haram untuk Maghrib prayer. Stay sehingga Isyak

8.20 malam:  Dinner lauk sotong dan ayam masak merah

9.15 malam: taklimat post mortem umrah di dewan makan King Abd Aziz Hotel


Favourite roti canai and kari ayam di Restoran Firdous, berdekatan dengan Hotel King Abd Aziz. So yummy up until kami beli 3 kali lagi lepas tu :P



Multazam 
(dikatakan antara tempat yang paling mustajab berdoa)


My usual spot in Masjidil Haram, tingkat bawah dari Gate Ajyad. Tapi tak boleh nampak Kaabah direct. Keluar depan tu terus Kaabah. Tingkat atas baru boleh nampak. Bawah ni less crowded.


                            Restoran Firdous, berdekatan dengan Hotel King Abd Aziz. 


 Aiskrim 5 Riyal each, kedai sebelah hotel :P


Clock Tower


            These two little girls in Masjidil Haram reminded me of my own daughters  :P


                                 Nose Protector - very useful. Protect us from dust.

HW Umrah 2017 (Day 4)

Hari Keempat (03.02.2017)

Info - Masjid Nabawi: Sesiapa yang bersolat di dalam Masjid Nabawi adalah 1,000 kali lebih afdhal daripada solat di tempat lain. Dalamnya ada Makam Nabi Muhammad SAW dan sebuah taman daripada Taman Syurga (Raudah). Sebaiknya hendaklah cuba bersolat di dalam Masjid Nabawi bukan di perkarangan luar (atas lantai bersih) yang turut dibenarkan bersolat.

Masjidil Haram: Sesiapa yang bersolat di Tanah Haram adalah 100,000 kali lebih afdhal daripada solat di tempat lain. Di Tanah Haram terletaknya Kaabah yang menjadi kiblat bagi umat Islam. Kata Ustaz, jika bagi sesiapa yang uzur dan bersolat di dalam bilik hotel yang terletak di Tanah Haram, pahalanya adalah sama iaitu 100,000 kali lebih afdhal daripada solat di tempat lain.


Wallahualam.

4.00 pagi: Bangun dan ke Masjid Nabawi awal sempena hari Jumaat. Solat sunat Tahajud, solat sunat hajat, baca surah Al Kahfi. Suhu paling sejuk 8°C.

8.00 pagi: Beli souvenir dan packing

9.00 pagi: Bawa beg besar ke luar pintu bilik untuk urusan ke Mekah

11.15 pagi: Ke Masjid Nabawi untuk ziarah Wada (Makam Nabi)

12.00 tengah hari: Bersedia untuk solat Jumaat (1st time for yours truly), habiskan Surah Yusuf, dengar Khutbah Jumaat, Solat Jumaat 2 rakaat dan solat jamak Asar.

1.20 tengah hari: Lunch dan bersiap dengan wuduk dan ihram

2.15 petang: Naik bas mengikut nombor bas yang telah ditetapkan (ada pada nametag)

3.00 petang: bertolak ke Mekah menaiki bas

3.30 petang: Tiba di Bir Ali untuk miqat. Solat Tahiyatul Masjid dan berniat ihram. Jaga 13 pantang ihram

7.30 malam: Berhenti untuk solat dan makan

8.45 malam: Bertolak semula ke Mekah

11.10 malam: Tiba di Mekah – Hotel Al Maqam

12.00 malam: berkumpul di lobi untuk tawaf dan taklimat ringkas

12.45 malam: Start tawaf

2.45 pagi: Selesai Saie dan tahalul. Selesai Umrah Pertama.



Gate 25 yang menjadi penanda pertemuan dengan suami setiap kali selepas solat 
di Masjid Nabawi.


Wearing niqab and nose protector. 
(18w pregnant with Raisya)


Pagi Jumaat di dalam Masjid Nabawi - Al Kahfi


Hari Jumaat diperkarangan Masjid Nabawi


Hotel Dallah Taibah - 2 blocks from Masjid Nabawi's gate (about 3 to 5 mins walk). 
Entrance paling dekat adalah Gate No. 25.


First picture of Kaabah seusai Umrah Pertama pada jam 2.45 pagi.


Dalam Masjidil Haram, Mekah.



HW Umrah 2017 (Day 3)

Hari Ketiga (02.02.2017)

5.00 pagi: Ke Masjid Nabawi untuk solat subuh


7.20 pagi: berkumpul di Lobi Hotel

8.00 pagi: bergerak ke Masjid Quba - Masjid pertama yang dibina oleh Baginda Rasullullah SAW selama empat hari berturut-turut.

8.30 pagi: tiba di Masjid Quba. Spent 25 mins. Solat Tahiyatul Masjid dan Dhuha.

9.20 pagi: bergerak ke Bukit Uhud 9km panjang dan tingginya 1050m. Bukit yang kemerah-merahan. Bukit yang akan ada di Syurga.

Ke ladang kurma. Kurma Ajwa - kurma yang ditanam oleh Nabi Muhammad sendiri

Info: (tazkirah Ustaz ketika di Bukit Uhud)

Perang Uhud mengorbankan bapa saudara Nabi Muhammad, Saidina Hamzah Bin Abd Mutalib. Perang Uhud melibatkan 700 muslimin melawan 3,000 kafir dan korbankan 70 para syuhuda. Saidina Hamzah meninggal dunia dalam keadaan yang sungguh menghayat hati.

Info: (tazkirah Ustaz ketika dalam bas)

Air Zamzam - apabila Baginda Rasulullah SAW minum air zamzam, Baginda berdoa tentang 3 perkara iaitu:

1. Rezeki yang luas
2. Disembuhkan dari penyakit
3. Mendapat ilmu yang mulia

Masjid Aqsa - yang menentukan kiblat pertama untuk solat
Masjidil Haram - 
yang menentukan kiblat setelah Rasulullah mendapat wahyu
Semasa Solat Zohor - Nabi Muhammad terima wahyu

Al Baqarah ayat 144
- selepas menerima wahyu, Baginda 
terus berpindah arah 180 darjah - arahkan kiblat ke Masjidil Haram

17 bulan menghadap Masjid Aqsa sebelum mengubah kepada Masjidil Haram.

Bukit Khandaq - Masjid Jamek Al Khandaq. Longkang 2000m dibuat sebagai benteng pertahanan. Tidak boleh dilepasi tembok tingginya dan lebarnya tak boleh dilepasi oleh kuda. Salman Al Farisi - idea membuat benteng.

Perang Khandaq 7 kubu

Abu Bakar, Umar, Salman, Rasulullah dan sahabat bergilir-gilir solat dan berjaga.

Surah Al An'am Ayat 15 - mukjizat Rasululullah pukul batu 3 kali untuk membina benteng. Tak ada pertempuran darah.

12.00 tengah hari: Solat Zohor dan lunch

2.00 petang: start packing sikit

3.15 petang: Solat Asar

Berkumpul di dewan makan untuk taklimat ke Mekah

6.08 petang: Solat Maghrib

Beli kebab

7.30 malam: Solat Isyak dan dinner

Bacaan Yasin dan tahlil arwah dibuat di dewan makan.


Ada Wifi dalam bas. Canggih :D


Masjid Quba


                           Masjid Quba - seusai solat Tahiyatul Masjid dan solat Dhuha.



Bukit Uhud.


Di ladang kurma dan membeli kurma serta coklat.

(Wrote this in my phone memo for my future reference)

*Taklimat (selepas Asar hari ketiga 02.02.2017)

Ziarah wada' - hukum sunah. Boleh dibuat di mana-mana. Lelaki boleh buat di Raudah. Lihat Makam Rasulullah bagi salam kepada Rasulullah dan ucap selamat tinggal. Wanita boleh buat di bahagian kubah hijau atau Raudah. Bermula pukul 11 malam. Selepas Isyak atau Subuh, hadap Makam Baginda. Assalamualaikum ya Rasulullah. Illal li qo'.

Bertolak ke Mekah selepas Solat Jumaat. Kelebihan bagi jemaah kami: dapat 2 kali solat Jumaat di Madinah.

Check out - letak beg di luar bilik. Pukul 9 pagi. 
Berkumpul di lobi hotel selepas makan pukul 2 petang. Bergerak 2.30pm. Berniat di Bir Ali (30 mins). Jangkaan sampai di Mekah pada jam 9.00 malam.

Bagi jemaah yang menginap di Abd Aziz Hotel - nombor bilik mesti sama dengan no. Bilik yang diberikan di tanahair.

Tulis nama hotel selain Abd Aziz Hotel.

Jam 9 pagi berkumpul di lobi dengan memakai ihram. Potong kuku, rambut semasa mandi gugur dahulu tak apa (bukan semasa tawaf), bulu ketiak atau janggut, pakai wangian sebelum berniat ihram. Letak beg di luar pintu pukul 2.00 petang dan ketika berkumpul hendaklah bersiap memakai ihram lelaki dan wanita yang menutup aurat.

Solat Jumaat terus jamak qasar Asar. Jangan ikut solat jenazah tapi teruskan dengan jamak Asar. Tiada lagi solat sunat lain selepas itu.

Bas bergerak 2.30pm. Berniat di Bir Ali pukul 3.00pm. Masuk masjid - solat tahiyatul masjid dan solat sunat ihram. Niat dalam masjid atau dalam bas. Terus jaga 13 pantang larang dalam ihram. 10 mins pertama dalam bas hendaklah perbanyakkan talbiah dan zikir.

140km sebelum sampai istirehat - solat jamak maghrib dan isyak. Ada restoran untuk makan. Jika mencuci tangan dengan sabun (wangi) - hendaklah berniat untuk bersihkan tangan.

Baca doa dalam bas. Sampai di Mekah jemaah dibahagi kepada 8 hotel. Tunggu arahan bila berkumpul untuk tawaf dan saie. Suara wanita adalah aurat. Pintu babulsalam dibaiki, jadi hendaklah ikut petugas. Mulai tawaf dari hajarul aswad (ada lampu hijau pada tiang sebagai penanda). Tiada bacaan tertentu dalam tawaf - hanya ketetapan ulama. Nabi Adam baca subhanallah wallhamdulillah wala ila haila Allah wallahuakbar. 7 pusingan. Bersentuhan wanita dan lelaki semasa tawaf bukan mahram tanpa nafsu, boleh teruskan tawaf. Kentut - tanda tempat dan ambil wudhuk. Kalau tak ingat tempat tanda, kena mula semula dari pusingan pertama. 

Lepas itu minum air zamzam dengan niat yang baik. Terus ke Saie antara Safa dan Marwah. 10 meter kesemuanya 7 kali. Lampu hijau - sunah bagi lelaki berlari lari anak. Wanita tak boleh berlari-lari anak tetapi boleh percepatkan langkah. Berjalanlah dengan kadar kita.

Bertahalul - aurat wanita hendaklah dijaga. Lelaki: bergunting atau bercukur.

Miqat Jaranah dan Miqat di Hudaibiah. Singgah diladang unta - minum susu unta.

Mandi sunat ihram sebelum zohor. Pakai ihram selepas makan.