Nuffnang Ads

Thursday, June 23, 2011

Lil Darling - 23 months

You know, when we first sent our little daughter to school (it has been 6 months now!) we always (without fail) ask her about her activities at school, about her friends, teachers bla bla bla every time we pick her up from school. Among our (usual) conversations :

Ibu : Harini teacher ajar apa kat school?
Khayra : Animal.
Ibu : So what is animal?
Khayra : Tiger, Elephant, Monkey etc.

***
Ibu : Harini Khayra belajar apa kat school?
Khayra : Alif-Ba-Ta!
Ibu : Cuba baca kat Ibu?
Khayra : Alif … Ba ... Ta …

***
Ibu : Khayra makan apa kat school harini?
Khayra : Mee (Sometimes she would tell : Biscuit, karipap, kek, nasi, bubur)

***
Abah : Khayra, siapa nama kawan Khayra kat school?
Khayra : Amir! (*Bukan nama sebenar)
Abah : Amir naughty ke good?
Khayra : Naughty
Abah : Why? Amir buat apa kat school.
Khayra : Babab (means pukul)
But so far tak pernah lagi Khayra cedera and when we asked the teachers, there is indeed a boy name Amir in her class. Maybe Amir suka sakat/kacau Khayra kot.

***
I brought chocolate cake to her school that morning. When we fetched her from school, we asked :
Ibu : Harini makan apa kat school, Khayra?
Khayra : Kek Ibu
Ibu : Makan sendiri ke teacher suap?
Khayra : Kakak suap (Kakak = penjaga / Teacher = mengajar in the class)
Ibu : Amir makan tak?
Khayra : Makan tama-tamalah (makan sama-sama)

***
At Melbourne when she was not going to school for a week.
Ibu : Siapa kawan Khayra kat school?
Khayra : Amir
Ibu : Amir naughty ke good?
Khayra : Good.
Haha, mentang-mentang Khayra tak pergi school dan Amir tak kacau, terus cakap good! Hehe.

Genap seminggu lagi Khayra akan menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-2! Cepatnya masa!



Tuesday, June 21, 2011

Menu Berbuka (20.06.2011)

Semalam berpuasa. Pukul 3.30 petang dah berfikir nak berbuka dengan apa. Hehe. Sambil buat kerja, kepala ligat saja fikir tentang menu untuk berbuka. Teringat Suami mahu makan western food dan memandangkan ada lebihan nasi, rasa patut buat nasi goreng juga. Pukul 4.45 petang dah keluar pejabat, ambil Khayra dan singgah Giant sebab nak beli Mozzarella Cheese.

Nasib baik Khayra behave sahaja dan ralit tengok BabyTV, maka telah berjaya menyediakan 2 menu untuk berbuka semalam iaitu :

(1) Nasi Goreng Belacan

(2) Chicken Parmigiana

Walaupun pertama kali try buat Chicken Parmigiana dan berpuasa, Alhamdulillah Hubby likes it! Suka bau semerbak dari oven ketika proses menyediakan Chicken Parmigiana tersebut. *salivating*

Sekarang perlu meneruskan kerja yang berlambak di depan mata. Sekian. Hehe.



Sunday, June 19, 2011

Father's Day 2011


Homemade Chocolate Cake for the man we love so much!
Happy Father's Day, Dearie!
Thank you for everything & we love, love, love you so much!

*Happy Father’s Day also to my beloved Abah, my FIL and to all father’s out there! Much love! :D



Wednesday, June 15, 2011

Random Things (Birthday, Nora Elena, Netball & Puding Roti)

Sebenarnya rindu budak kecik hari ini. Hari Ahad lalu telah diserang diarrhea dipercayai kesan memenuhi terlalu banyak undangan perkahwinan pada hari sebelumnya. Bukanlah aku salahkan majlis mana-mana tapi mungkin perut aku yang over sensitive tak dapat menerima gulai secara kawah atau cili powder dengan kuantiti yang banyak dalam satu-satu masakan. Atau mungkin akibat minum air tapisan dan bukan air yang dimasak atau mana-mana sumber yang seangkatanlah. Ya, perut aku sensitif dan mampu mengesan jika air tidak dimasak elok atau makanan tercemar atau lebihan cili dalam masakan. Tapi hakikatnya aku suka masakan yang pedas-pedas. Sungguh tak mencapai piawaian aku bila masakan tak berapa pedas. Heh. Banyak songeh perut aku. Aku dibesarkan dengan air yang dimasak dan ini termasuk ais kiub, turut dibekukan dengan menggunakan air masak. Fussy, tapi selamat untuk aku. Perut aku juga tak boleh menerima ‘air minuman’ jadi aku kena beli air mineral instead of ‘air minuman’ yang lebih murah. Mengada, I know. Hehe. OK, tiba-tiba bercakap pasal perut walhal asalnya aku nak cakap yang aku rindu anak. Eh eh.


Berbalik pada rindu anak. Maybe aku rindu melampau sebab kurang spend time dengan dia beberapa hari ini sebab aku tak sihat. Ya, aku kena diarrhea pada hari ulangtahun kelahiran aku. Kesian. Sebetulnya mahu meraikan dengan makan-makan tapi aku terlantar dikatil dan selepas target Terengganu akan diberi cuti sempena kemenangan Piala FA tetapi hampa sebab tak cuti. Lepas hantar Khayra ke school, even dah rasa sakit perut I still went to the office. Siapkan 2 files kemudian sakit kepala dan rasa nak muntah. Terus balik ke rumah, BBM Hubby dan terus terbaring. Terbangun disebabkan hand phone yang tak berhenti menghantar notifikasi birthday wishes dan Hubby pulang membawa lunch. I insisted nak pergi semula ke pejabat sebab ada beberapa kes kena selesaikan tapi Hubby tak bagi and there I was – terlantar dikatil pada hari ulangtahun kelahiran. Sedih. Sedih.

Hubby was fully taking care of Khayra the whole day sebab aku sangat lemah and we went to the clinic afterwards dan aku tidur awal sebab memang lemah dan tak terdaya. Selain took care of Khayra, Hubby also did the house chores – did the laundry dan kemaskan dapur. Sebetulnya aku ada sistem iaitu akan membasuh baju 2 kali seminggu i.e. hari Isnin dan hari Khamis (tapi bergantung kalau banyak akan terus basuh sebab aku tak suka tengok baju banyak tak berbasuh nanti makin banyak nak menyidai dan melipat. Heh) Jadi hari itu Hubby did the laundry pada hari Ahad, tiba-tiba Suami bertanya, “Kenapa baju tak banyak?” I answered, “Sebab patut basuh on Monday. Hehe.” So bila dah membasuh, bila part nak sidai baju I was trying to help walaupun tengah sakit kepala but then kena marah. Hubby said, “No. Just go and rest. Awak selalu buat time sihat so biar saya buat pulak this time.” Walaupun rasa guilty tak tolong, tapi rasa dalam hati ada taman bunga yang mekar bila dengar Suami berkata sedemikian. Rasa dihargai. Dan tak perlu la dukung aku bagai bila aku sakit sebab bila Suami aku cakap macam itupun aku dah cair. Apa lagi membantu sewaktu aku sakit. Tak perlu over macam Seth Tan. Tak perlu, OK? Hihi.

Bercakap pasal Seth Tan, aku turut terjebak dalam arus Nora Elena ini. *sigh* Sebenarnya aku nak tahu ending macam mana sebab tu lately aku tengok. Tengok sambil mengomel sebenarnya. You know between the story line and the reality of marriage and so on. Letih aku tengok Seth Tan dan Nora Elena tu. Hidup dalam sebuah drama bolehlah sebegitu sebab namanya pun lakonan. Heh. Suami aku cakap, cerita Nora Elena ni as if mengagungkan seorang rapist. Kah kah! (OK, I dragged him along to watch it yesterday. Hihi)

On another note ke arah kehidupan yang lebih sihat, aku telah menceburkan diri dalam pasukan bola jaring State Bar yang akan berentap dengan team mahkamah Sabtu ini. Sure pancit tak ingat ni sebab lama betul tak melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Latihan di Terengganu Equestrian Resort petang ini pun aku dah berdebar sebab satu : tiada kasut sukan baru (mengada je lebih. Hehe) dan dua : aku tak berapa nak ingat cara nak main bola jaring ni. Kah kah! Dulu aku basketballer, dribble-passing-shooting aku tahulah dan aku rasa lasak sikit compare to bola jaring kan? Sekali aku tersalah pergi dribble bola macam mana petang ni? Haha. Sekarang aku miss nak main basketball. Uhuk.

Eih bagi sesiapa yang follow aku di Twitter pasti tahu yang aku telah mengubahsuai Puding Roti tersebut dengan meletakkan Blueberry filling and wrapped with KitKat semasa majlis makan-makan di rumah parents aku tempoh hari. Seriously sedap! (Motif puji hasil ciptaan sendiri? Kah kah!) Puding habis dan-dan tu jugak sampai aku sempat dan berpeluang merasa secebis sahaja. Balik rumah terus bake lagi satu sebab ada extra Blueberry lagi. Kah kah! Pastu bawak ke pejabat semua pakat-pakat rasa.

Puding Roti with Blueberry filling and wrapped with KitKat :D

OKlah banyak pulak merapu. Till then. Rindu budak kecik! Sobs.



Sunday, June 12, 2011

Happy Birthday Dearie...!


"How do I begin to tell you how honoured I am
To have you in my life?
I'll start by saying it was a dream come true
The day you became my wife.

You're my best friend in the good times
And my rock in times of sorrow.
You're the reason for sweet yesterdays
And my promise for tomorrow.

I never thought I could feel this loved
Until you became my wife.
You made this year and each other year
The best of my life.
Love always, my darling wife
And have a very meaningful Birthday..."




Thursday, June 9, 2011

Bullous Impetigo & The Misdiagnosed

Selepas 3 hari pulang dari Melbourne I noticed macam ada ulser dekat mulut Khayra. I guess it might be because of the changes of weather. You know what? Turun je dari plane sampai di Malaysia, Khayra was saying it loudly, “Panasnya!” Haha! A day after, ‘ulser’ tu tak kelihatan but ada macam tompokan merah around her cheek like err (small) blister. I became panicked then after picked her up from school, we went to see a Doctor. The lady Doctor said it was a symptom of lack of Vitamin B so she just gave us a cream and multivitamin. 2 days after I realized that the blister did not heal but makin teruk and there was also reddish spot around her back (dekat pinggang). We asked her, “Khayra, sakit tak?” while pointed out at the reddish spots and she said “Tak.” She did not cry and she just an active little girl as usual. My Husband and I decided to see the skin specialist but when we got there, the doctor was on leave. We decided to see her Pediatrician and went to KT Specialist straightaway.

The Pediatrician has diagnosed Khayra with Herpes! Terkejut den sebab as far as I know Herpes is caused by errr, nevermind. Heh. So the Pediatrician gave us an antibiotic, anti-viral medicine & 2 types of creams: Difflam mouth and Fucithalmic. FYI Khayra has no problem on taking medicine (Alhamdulillah) but when we applied the creams she seemed not comfortable and at times menangis. One night when we applied the said cream on her back, she cried and said to me, “Ibu, sakit. Ibu, nak tiup” while pointing at her back dan minta Ibu tiup untuk hilangkan kesan cream. Suddenly I burst into tears, secara teresak-esak dan tersedu-sedan! Seriously tak boleh tahan dengar Khayra cakap macam tu. We both cried together and Hubby hugged us.

At that time we decided to meet another skin specialist and set for an appointment at KL. Kemudian aku terfikir, macam mana Ibu yang sanggup buang anak / dera anak / bunuh anak sendiri. Pelik bin ajaiblah sebab tak ada ke rasa kasih kat anak sendiri? My little daughter cried in pain pun aku nangis gila-gila. Seriously what they were thinking when they did that? Buang? Bunuh? Dera? Haish.

Sebab kami nak cepat jumpa skin specialist di KL (as the blisters became worsen!) we came to the office at night untuk siapkan kerja. Called the Big Boss and applied for an emergency leave on Thursday, so pagi-pagi dah bertolak. The Doctor, Dr. Mohd Noh was very nice to us and by looking at the reddish spots / blisters on Khayra’s body he has diagnosed Khayra with bacterial infection or known as Bullous Impetigo. By the time we met Dr. Mohd Noh, Khayra’s condition was OK and not that severe as there were no new blisters existed – might be she has taken anti-viral before. If you asked about Khayra’s condition, she was just a happy little girl! Macam tak sakit unless bila letak cream dari Pediatrician tu je, dia cakap sakit.

Kitapun tatau dari mana Khayra got the infection, maybe dari daycare or maybe dari Melbourne or maybe dari persekitaran. Wallualam. Tapi Alhamdulillah semua dah OK.

Khayra at Starz Garden, SOGO.

Jadi alang-alang di KL – maka telah inform kawan-kawan untuk meeting / catching up (we have planned earlier sebab memang dah plan nak datang KL on Friday to attend a wedding). Biasa kalau gi KL mesti busy semacam memenuhi undangan-undangan perjumpaan. Cheewah. Macam PM je sibuk dia. Haha. Antara yang sempat meluangkan masa bersama kami:

(1) Id and Irfan! They invited us for having (homemade) lunch at their home – thank you! Sedaplah!

(2) Jumpa budak kecik 2 orang yang dirindui – Aisyah & Firdie. Juga bersama Ibu dan Abah mereka :D

(3) Jumpa Zulhairil yang jauh dari Sarawak – setelah bertahun nak jumpa Khayra, baru sekarang tercapai. Hihi. (Took almost 2 years!). Hubby was trying to gather all his ex-housemates at Bukit Kuda tapi tak tercapai sebab Daud couldn’t make it.

(4) A mini gathering / catching up just like the good old days at UiTM – the difference : now we bring our very own family together :D

(5) Anak-anak bermain bersama. Penyambung silaturrahim, insyaAllah.

Nevertheless it was so hard to say goodbye to everyone. Hmm.
.



Thursday, June 2, 2011

Resipi : Puding Roti

Selalu berdebar bila Ayin minta resepi masakan sebab saya bukanlah berbakat besar dalam bab-bab memasak ni. Teringat di Melbourne bila Mama (my MIL) bercakap tentang saya rajin memasak pelbagai lauk dan mengundang tetamu makan secara berjemaah depan Umi saya. Serta merta mengaku sebelum kahwin semua benda bab masak-memasak ni TAK PERNAH buat! Haha. Alhamdulillah selepas kahwin, BOLEH memasak tapi bukanlah pakar. Huhu. OK, that would be in another entry. Kah kah!

Malu (tapi mahu) share resipi ini sebab resipi orang lain (lagi-lagi Ayin tu :D) lagi hebat dari ini tapi saya share sebab saya suka sangat dessert ini dan atas permintaan Ayin, maka inilah resipi : Puding Roti. (Maaf, tiada gambar. Tak pernah snap gambar homemade Puding Roti. Hihi)

Bahan-bahan

4 – 5 keping roti (Tips : Roti High 5 adalah pilihan saya sebab textured yang soft)
500ml susu segar
3 biji telur (medium size)
5 sudu besar gula
1 sudu besar tepung kastard
Kismis (untuk ditabur) *optional (Tips : Lagi sedap bila ada kismis hitam)

Cara-cara

1. Sapukan loyang dengan mentega.

2. Potong roti dan susun di dalam loyang (tiada garis panduan untuk susunan roti yang ditetapkan).

3. Taburkan kismis ke atas susunan setiap lapisan roti.

4. Susu dipanaskan di atas api perlahan dan tidak perlu tunggu hingga mendidih.

5. Masukkan telur dan gula dalam satu bekas dan pukul kedua-duanya sehingga kembang dan sebati.

6. Masukkan susu yang telah dipanaskan.

7. Masukkan tepung kastard dan kacau hingga sebati dan tepung tidak berketul-ketul.

8. Apabila sebati, tuangkan campuran atas susunan roti.

9. Biarkan selama 20 minit supaya roti kembang.

10. Bakar 45 minit pada suhu 180 darjah celcius.

11. Kemudian sejukkan sebelum dimakan. Lebih enak dibiarkan sejuk di dalam peti ais.

Sebenarnya Puding Roti di atas sudah sedap dimakan begitu sahaja (bagi saya), tapi jika ada yang ingin makan bersama sos kastard, bolehlah ditambah untuk dimakan bersama Puding Roti tersebut.

Sos Kastard

500ml susu segar
2 sudu besar kastard
2 sudu besar gula biasa / gula perang
Sedikit esen vanilla

Cara menyediakan sos kastard

1. Kesemua bahan di atas disatukan.

2. Sebatikan kesemua bahan (tiada yang berketul dan gula hancur).

3. Tapis campuran tersebut.

4. Masak di atas api perlahan dan hendaklah sentiasa dikacau.

5. Kacau di atas api perlahan sehingga campuran pekat dan berkilat.

Siap untuk dimakan bersama Puding Roti! Yummy good! At least lepas ini kalau ada roti yang leftover, bolehlah buat kan? Hehe :D
.