Nuffnang Ads

Wednesday, October 30, 2013

Doa Nabi Yunus A.S.




Nak post entri tapi asyik type, delete, type, delete.
Last-last entah ke mana.

Rindu anak-anak. Alah, setiap masa pun rindu.
Macam tak cukup je masa spend dengan diorang.
Sebab siang semua busy dengan kerjaya masing-masing.
Malam diorang jenis yang tidur awal dan sleep throughout the night.
Akupun apalagi, join sama tidur.

Alhamdulillah, tidur malam aku masih cukup.

Lately, kerap juga terjaga jam 3-4 pagi.
Terjaga pastu takleh tidur.
Fikir macam-macam.
Kalau nak tahu pukul 3-4 pagi tu masa yang tenang nak fikir macam-macam.
Dan waktu yang tenang nak buat solat tahajud.

Kadang-kadang takut dengan dunia hari ini.
Banyak kes jenayah dan kes yang luar biasa berlaku.
Takut fikir masa depan anak-anak.

Mampu tak kita nak jaga mereka?
Mampu tak kita raise them up mengikut syariat agama.
Mampu tak kita bagi kehidupan yang terbaik untuk mereka.

Bila fikir jauh macam ni, hanya doa dan tawakal yang mampu kita buat.
Yang selebihnya hanya Allah yang tahu jalan yang terbaik untuk kita.
Sebab itu kita tak boleh jauh dari-Nya.

La Ilaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minazzolimin.
*Doa Nabi Yunus semasa berada di dalam perut ikan. 


Rajin-rajin kita amalkan. InsyaAllah.


Small Celebration for Hafiya's First Birthday

Happy 1st Birthday, Hafiya!


Date : 25.10.2013
Venue : TH Hotel & Convention, KT.
Cake : Victoria Sandwich Cake 
by @ohCantekSekali (FB) @canteksekali (Instagram)









Thursday, October 24, 2013

Hafiya - First Birthday and Reminiscing On the Day You Were Born

Tak pernah ceritakan pengalaman bersalin kat sini. Previously time Khayra, Abah dia yang ceritakan dari side bapa. Hehehe.

Consider this as my little gift sempena birthday Adik Hafiya yang pertama i.e. esok (how time flies!), let’s reminiscing your birth story, shall we? :P

24.10.2012 (Wednesday)

I was on medical leave (MC) since a day before (23.10.2012) since doctor (Dr. Seripah) kata baby dah engaged dan if I wanted to deliver kat Intan, kena rest duduk diam-diam since Intan tutup for Raya Haji (on 26.10.2012 – Friday). Was given MC for 2 days and akan sambung after Raya Haji if belum deliver.

Posted an entry in this blog at noon dan tak rasa nak lunch makan nasi. Dah rasa sakit perut sikit-sikit. So after solat Zuhur, went to the kitchen and makan roti dan aiskrim then tengok TV. At 3pm dah rasa macam ada mild contractions. Timing about 10 minutes apart. Told Hazri dan dia bergegas pulang (on his way home, singgah ambil Khayra kat school). Hazri informed his mother and Mama datang checked on me kat rumah. Terus bersiap nak pergi Intan tapi sempat juga makan nasi sejemput takut tak ada energy nanti.

Hazri sampai kat rumah, kita check semua beg dan masa keluar rumah tu tengah azan Asar. So kita decided nak solat dulu kat rumah, baru pergi Intan. Mama dah risau takut ter-deliver kat rumah. Heheh. Masa tu bearable lah contractions and all. Yang paling sedih adalah masa nak tinggalkan Khayra (we decided to leave her with Mama & our helper).

5.30pm : Doktor Kamsiah did VE and confirmed that I was dilated 3cm and suruh warded. Sebab katanya kalau warded esok dah tak diterima since Intan nak tutup for Raya Haji on Friday. Dalam hati, bersyukur sangat labour signs showed up today sebab we did check on KTS (the male gynea was also on leave), so the only option kami ada adalah HSNZ in which I sangat-sangat nak deliver kat Intan sebab nak doctor perempuan.

Able to get a single ward room and changed into labour attire sebelum went for monitoring the baby’s heart beat etc. Then ubat berak was pumping in and sampai bilik I bergegas to the toilet. Heheh. Baru managed to talk to Umi dan Abah (called earlier but not answered) serta hubby informed our siblings.

7.00pm : Dinner was served. Contractions masih bearable. My parents and Khayra datang after Maghrib.

8.45pm : Another check up by Doktor Kamsiah (the same doctor masa Khayra dulu). I was 6cm dilated. My water broke. I wanted to jalan-jalan (dan digalakkan oleh doctor sebab dia tengok I macam cool je. Hehe) sekitar luar ward. Masa tu rasa sakit tapi macam boleh bertahan. Sempat berbalas Whatsapp dengan siblings, jalan-jalan berborak dengan nurses kat luar, layan Khayra dan sempat tengok baby’s ward. Baca Yasin dan surah-surah pilihan sementara tunggu next check up which was scheduled at 12.45am.

9.30pm : I asked my parents to go home sebab Khayra dah mengantuk. Drama sikit time dia nak balik sebab dia peluk dan nangis, dengan ibu dia pun menangis sama. Hehehe.

(25.10.2013 – Thursday)

Arafah Day. (Hari Wukuf di Mekah)

12.00am : Opted for an early check up. 8cm dilated. Doktor bagi tak balik ke ward (yang cuma boleh jalan sejengkal je. Hehe) and just be in the labour room with husband. Dikeheningan pagi (ecewah), nurse boleh tanya I, “Puan OK? Senyap je, kang sedar-sedar dah deliver.” To them pada tahap 8-9cm dilated and I tak ada ada mengeluh sakit, menangis, trying to push atau membuat bunyi-bunyian pelik (heheh), adalah something yang luar biasa. Alhamdulillah, I still managed to bear the contractions yang datang kejap-kejap. Dalam hati hanya doa doa dan doa serta baca semua surah dan doa yang terlintas difikiran.

1.30am : Tried to push but the contractions were too short and not that strong. Doktor asked me to push while mengiring ke kiri tapi sama juga. Contractions were just too short and not that very strong. Masa tu dah start risau sikit. I talked to Hazri, “Yang, takutnya. Kenapa contractions tak strong? I cannot push” Hazri just kept me calm. Masa tu ada strong determination untuk keluarkan baby cepat-cepat sebab perasaan nak tahu how’s the baby is doing inside tu sangat kuat. Motivation pada ketika itu adalah Khayra, I really nak tengok her expressions bila jumpa her adik baby.

The next minute at 2.24 am setelah berperang dengan contractions yang pendek dan tak begitu kuat, Alhamdulillah I safely delivered a baby weighing 2.76kg. Lega sangat! Big relieved sangat rasa :)

BUT there was an emergency situation berlaku.

When the baby’s head dah keluar dan I could hear baby menangis disaat I dah rasa lega seleganya, Doktor asked me to push lagi sebab tali pusat terbelit! Masa tu dari perasaan lega, tenang dan happy sangat sangat sangat, tiba-tiba rasa panik, berdebar dan risau. Menggeletar satu badan and I tried to push lagi. Masa tu Allah sahaja yang tahu how I feel sebab kita dah bertenang dari kerisauan tapi ada panic situation pula and all I could think of masa tu adalah “ingat Allah, ingat Allah, ingat Allah”. Doktor suruh push lagi sebab tali pusat terbelit 2 pusingan kat leher baby! Doctor was trying to pull off the umbilical cord dari leher baby and tried their very best to keep (save!) me and the baby.

That was the longest hour in my life. Seriously. Alhamdulillah, they managed to make all things right and the baby was showed to me and put on my chest sambil Doctor tanya about the baby’s gender for me to answer.

They passed the baby to Hazri untuk diazan dan iqamah and the after birth process was initiated on me (checking up my condition, my blood pressure etc.).

There was another mom who also delivered a baby boy beberapa minit after Hafiya was born. So I have to wait until the doctor attended that mom dulu before they could release me to my room.

As soon as I was transferred into my room, semua dah ada. My parents, my PIL dan yang penting sekali nak jumpa adalah Khayra! There she was, tengah berkepit dengan baby! The initial plan was Khayra akan ikut my parents balik and akan datang semula after breakfast tapi bila dah jumpa ibu tu, dia tanak balik. So she joined us tidur dalam ward that day. Masa release to my ward pun dah pukul 3 pagi, so tup tap tup tap tak tidur mana dah hari tu. The baby was allowed to be with me in the same room that night.

Pagi-pagi esoknya, my elder brother datang visit with his family all the way from JB. Balik nak Raya Haji, boleh jumpa niece sekali. Heheh. My youngest brother pun datang dari Dungun. We were allowed to be discharged after lunch hour that day dan boleh sambut Raya Haji esoknya (26.10.2012) sekali. Alhamdulillah.

All in all, macam mimpi pun ada rasa bila bersalin ni. Situasi dan sakit berbeza tapi as a mom tak akan lupa untuk setiap detik dan saat giving birth to them. Ni bila menaip pun rasa fresh lagi ingatan. Terima kasih Allah, untuk hayat yang masih ada dan pengalaman melalui jihad kecil melahirkan khalifah-Mu. Syukur untuk setiap apa yang terjadi dengan izin-Mu. Syukur untuk normal delivery and free intervention of any drugs semasa melahirkan both of Khayra and Hafiya.

We named her Hafiya yang bermaksud sangat baik (Surah Maryam, ayat 47). I would consider Hafiya as a survivor who is indeed an easy baby after all. Alhamdulillah.

Sempena hari lahir pertama Hafiya ini, ibu dan abah (serta Kakak Khayra) doakan semoga diberi pinjam selama mungkin hayatnya kepada kami, semoga membesar menjadi anak yang solehah dan semoga sentiasa berada di bawah rahmat Allah.

Amin.

Hubby and Hafiya – a few minutes selepas dilahirkan. Azan dan iqamah.

Born on 25.10.2012 (9 Zulhijjah 1433H) (Thursday)
at 2.24am, weight 2.76kg, height 51cm via normal delivery.


Hafiya with both of her grandmothers and Kakak Khayra :) 


Hafiya – Hari ke 13


Hafiya – 10 bulan 


Hafiya – 10 bulan 


Recent picture (23.10.2013) 

Happy 1st Birthday, Hafiya sayang!

We love, love, love you!