Nuffnang Ads

Wednesday, October 27, 2010

Preview : Trip to Bandung

.





Trip to Bandung
21st October, 2010 – 24th October, 2010
We had so much fun at Bandung!
Great company + beautiful scenery + shopping till drop = fun fun fun holidays! :D
Later ya, have to finish works first! Heh.
.


Thursday, October 14, 2010

Time Flies #1

.
Of all the haunting moments of motherhood, few rank with hearing your own words come out of your daughter's mouth. ~Victoria Secunda

Semalam ajak Khayra gi salon, nak gunting rambut belakang dia. Since lahir, this is the first time nk potong rambut belakang dia. Rambut depan memang dah banyak kali potong sebab if panjang akan masuk mata dan kadang-kadang Khayra tamau ikat rambut. So the best solution, dari mengganggu mata dan leher dia, kami decided potong pendek. Hehe.

Sebelum ni pernah potong sendiri sekali je rambut depan Khayra, masa dia kecik dalam 7 bulan mcam tu. Then lepas tu bawak gi salon je sebab Aunty tu potong lagi lawa dari saya potong. Haha!

Time sampai kat salon tu Khayra ok je. Gelak-gelak, tegur orang sekeliling, makan biskut, jalan-jalan, main cak-cak etc. (sementara tunggu turn sebab kat situ ada Aunty ni sorang je akan entertain kids yang nak potong rambut). Then bila sampai turn Khayra, saya letak Khayra atas kerusi and Aunty tu letak cover kat badan Khayra nak prevent rambut jatuh.

At first, Khayra ok then bila half way potong rambut belakang, dia notice Aunty tu pegang rambut dia and did something to her hair, terus dia geleng-geleng kepala and cakap ‘Nanak’ (means tanak) and started mencebik. Ok, bermula la sesi pujuk memujuk and entertain Khayra lebih dengan bagi dia main dengan riben, handphone etc tapi semua tak jalan. Kah kah! Khayra tunjuk pintu and kept saying ‘Nanak’ and geleng kepala and ajak balik rumah. Haha! Aunty tu sungguh sabar tau, macam-macam dia pujuk Khayra, at last selesai gak gunting rambut belakang Khayra. Fuhh! (I was sweating at that time even ada air-cond! Haha!)

Sebab tak makan pujuk, akhirnya saya mengalah and ajak Khayra pulang and decided tak potong rambut depan. Aunty tu cakap sebelum kami balik, “Next time, ok?” Tapi Khayra geleng kepala and cakap “Nanak!” dan lambai tangan bye-bye. Kah kah!

Now I realize that my daughter has grown up dan boleh buat keputusan sendiri; i.e. boleh cakap tanak, boleh ajak balik, boleh faham tanak datang next time sebab dia tanak potong rambut. This fact hits me sometimes but I know; time flies (when you are having fun)!

Semoga anak saya membesar dengan sihat dan dilindungi rahmat Allah sentiasa. Amin.

Maksudnya: (Mereka berdoa): “Rabbana (wahai Tuhan kami)! Janganlah Engkau (Allah) sesatkan hati kami sesudah Engkau (Allah) berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat yang langsung daripada sisi Engkau (Allah). Sesungguhnya Engkau (Allah) adalah al-Wahhab (Maha Pemberi).” [Surah Al-Imran ayat 8]


.

Monday, October 11, 2010

Random - Versi Masakan

.

Mari kita membuat entry random hari ini :

Pagi ini Abah (FIL) datang hantar kuih dadar yang Mama (MIL) buat untuk kami breakfast. Abah saya pula menelefon awal pagi untuk memberitahu telah membeli nasi lemak dan roti canai untuk kami makan pagi. Alhamdulillah untuk rezeki-rezeki di pagi hari. Ya, ibu bapa kami sama-sama bergabung tenaga untuk melihat anak menantu mereka gemuk dan sehat. Hehehe.


Rumah kami bersepah minggu lepas sebab Khayra suka main dengan blocks sekarang. Tapi saya cakap, “Mainlah anak untuk develop skill kamu, jadi biarlah rumah kita bersepah” (tade, mana ada ayat drama cakap dengan anak. Ngee). Lepas Khayra main, saya atau Suami akan kemas letak blocks dalam box dia. 2-3 hari ini Khayra macam faham apa yang kami cuba ajar dia dan lepas main dia akan simpan semua blocks dia dalam box. Bagus anak Ibu! *Tepuk tangan*


Hari minggu lalu saya masak dan sempena menjem
put pulang Mama dari Europe, saya invite PIL untuk lunch di rumah kami dan pack sebahagian lauk-pauk untuk hantar ke rumah parents saya. Bagus kan, kongsi lauk untuk 3 rumah? Haha!


Saya cakap pada Suami untuk cuba buat pes “Namprik Pau” ikut resipi internet. Saya buat pes di awal pagi dan pack pes tersebut ke rumah Umi bagi dia rasa. Walla, Umi puji, maka bersemangat untuk buat masakan Ikan Siakap Namprik Pau.

Saya pantang sekarang pergi ke pasar basah. Mesti tak boleh tahan rasa nak beli semua ikan, udang, sotong, ketam, ayam yang fresh! Tapi mestilah tak beli semua sebab saya tak terer masak. Heh.

Oh lepas saya beriltizam dan buat pes Namprik Pau di awal pagi untuk santapan Suami saya, saya ke Pejabat dan dapat file baru bernilai 7 angka. Saya YM Suami dan cakap, “Ini rezeki Tuhan bagi sebab nak memasak untuk Suami.” Relevan tak? Heh. Alhamdulillah murah rezeki saya.

Eeii tak faham kenapa tak boleh Login “Manage My Booking” di web AA tu. Dah 2 minggu cuba. Lepas putus asa dan malas nak menambah dosa kering, saya ke airport dan suruh Staff AA buatkan dan bersyukur sebab hikmah-Nya, saya dapat tips untuk check in baggage untuk elakkan excess baggage. True, things happened for a reason.

Ok, entry random ini berkisar masakan, lalu saya sengaja letak gambar masakan saya minggu lepas. Suami saya suka ambil gambar masakan saya, tanda dia menyokong isterinya memasak. Hahahah! Saya nak kongsi resepi Namprik Pau versi saya, tapi terlalu malas nak senaraikan bahan-bahan dan steps masakan.


Next entry, perhaps? Tapi saya tak janji. Heh.


* Last gambar adalah Masakan Ikan Siakap Namprik Pau – versi saya.

.