Nuffnang Ads

Thursday, September 5, 2013

Hafiya - 10 months



Alhamdulillah, Hafiya bukan picky eater. Setakat ini semua yang saya masak, dia terima dengan baik. Bersungguh pula tu kalau makan. Kalau lambat suap, siaplah dia akan tarik sendiri mangkuk dari kita. Ish, Adik ni!

Start bagi Hafiya solid food masa Hafiya 5 hari lagi nak menjangkau 6 bulan. Air liur menjejes tu sampai sekarang lah. Apa yang ibu mengidam tak dapat makan dulupun tak ingat, nak. Hehehe.

Antara kesukaan Hafiya:

Avocado (started / 1st solid food Hafiya : puree Avocado + breastmilk)
Pear
Banana (Tak pernah bagi single, mesti mix with Pear / Avocado etc)
Apple
Papaya
Broccoli
Carrot
Cauliflower
Tofu
Potato
Sweet Potato
Porridge
Pasta
Barley
Cheese
Salmon
Chicken
Meat
Oat



Suka sangat masak untuk Hafiya sebab dia suka sangat makan tapi badan tetap maintan slim. Ini ikut side ibu ni. Teeheee :) 




Tuesday, September 3, 2013

Cuti Hari Merdeka 2013

Waktu entri ini ditulis, usia anak-anak saya, Khayra (4 tahun) dan Hafiya (10 bulan). Last weekend kami cuti panjang – 3 hari. Kami tak ada plan ke mana-mana pun sebab ada wedding asalnya. Jadi hari pertama cuti, kami angkut anak-anak ke lagoon pada sebelah petang, lepas tu terus dinner kat TER juga. Pergi lagoon tu dah siap-siap set timing dengan Far sekali. Lagi ramai, lagi meriah.

As usual, kanak-kanak inilah yang paling happy. Kakak Khayra tengah nak buat sand castle :)


Mainlah, nak. Terokai alam gitu. Heheh.


So on Sunday tengah tak buat apa-apa petang tu, I decided nak potong rambut depan Hafiya. Tanpa sebarang pengalaman dan skill gunting rambut, selamba je saya potong. Hafiya duduk diam je sepanjang proses gunting rambut tu. Good girl lah, nak!



Ini gambar ketika makan malam bersama mertua di The Chicken Rice Shop. Tengok Hafiya tu, apa yang menggelikan hati pun tatau. Hehe.


Oh, Kakak Khayra dalam stage membaca sekarang. Kami belikan buku-buku Peter & Jane tu. So far dia sangat suka & rajin membaca. Kalau ada activity books, Khayra yang paling suka buat. Kadang-kadang kita kena stop-kan dia sebab kalau boleh dia nak buat dari awal terus habiskan sampai akhir. Heheheh.

Adik Hafiya dah boleh panggil “Abb-bahh” seawal usianya 6 bulan. Terkejut juga dapat panggil Abah tanpa pelat. Dari usianya 6 bulan dah boleh tepuk amai-amai, boleh babai, dan boleh cekur. Move on sewaktu usianya 7-8 bulan dah kenal Eddy the Elephant (soft toy Lamaze dalam kereta), kenal ahli keluarga, kenal fan, kenal Mickey Mouse, kenal Dora, kenal radio Tok Wan. Tumbuh gigi pertama sewaktu usianya 8 bulan (dan demam pertama kali). Dalam meniti usia 8-10 bulan dah kenal dan boleh pointed out her body parts eg. hair, mouth, hands & tummy. Masih fully breastfeed, alhamdulillah! She is a big fan club of her sister, Kakak Khayra. Apa sahaja yang Kakak buat, mesti gelak besar sampai terkekek-kekek dan every time nampak Kakak balik school, mesti peluk cium Kakak macam setahun tak jumpa! Kakak pula every time bangun tidur, mesti nak peluk cium Adik dahulu sebelum mandi. Heheh.


I love you both, girls! Sayang sangat-sangat :)