Ibu tulis ini untuk rekod
Khayra pada masa hadapan kelak.
Khayra yang dikasihi,
Ramadhan 1436H (tahun
2015) adalah tahun pertama Khayra berlatih puasa (Khayra berusia 6 tahun). Ibu
dan abah tak pernah paksa tapi Khayra volunteer nak puasa sebab dengar ramai
cakap pasal berpuasa dan ganjaran bagi orang yang berpuasa. Ibu cerita
bagaimana kita rasa gembira bila waktu berbuka dan bulan Ramdhan yang penuh
dengan barakah.
First day puasa jatuh pada
hari Khamis, 18.06.2015 – ibu tak kejutkan sahur so Khayra breakfast pukul 7.00
pagi. Ibu sediakan bekal seperti biasa tapi Khayra kata nak bawa biskut
Chipsmore sahaja. Jadi ibu tukar bekal Khayra dari nasi goreng Cina kepada
Chipsmore dan kurma. Ibu macam doubtful sikit bila Khayra nak puasa sebab tahu
anak ibu suka makan. Hehe. Dalam kelas Khayra tak ramai Melayu, ibu risau juga Khayra tak tahan kalau tengok diorang makan bekal masa recess. Ibu pesan pada Kak Ima – penjaga di daycare Khayra
yang Khayra ada bagitahu nak puasa tapi kalau Khayra tak tahan dan nak makan,
please let her. Tiada paksaan sebab ibu tahu ini tahun latihan Khayra. Kalau
dapat half day pun, ibu dah gembira.
So bila balik school, Kak
Ima kata dia bagi Khayra makan nasi dengan lauk ikan masak kicap tapi Khayra
tak tambah nasi. Balik ke rumah, ibu check bekal, Khayra tak sentuh langsung.
Jadi kiranya Khayra puasa 3/4 hari je masa first day puasa. Alhamdulillah.
Malam pula, Khayra request nak ikut ibu pergi terawikh dan managed to complete
solat Isyak berjemaah dan 8 rakaat solat Terawikh berjemaah di Masjib Kubang
Parit. Alhamdulillah. Sebelum pergi ke masjid, Khayra bagitahu ibu:
“Ibu, kita kena berpuasa
dan solat sebab Allah dah bagi kita macam-macam kan? Hari ini Allah bagi kita
makan chicken rice yang sedap masa berbuka.”
Ibu tahu, Khayra faham
tentang sebab kita berpuasa dan solat. Sekurang-kurangnya Khayra tahu konsep
berterima kasih kepada Allah :D
Esoknya hari kedua puasa adalah during weekend,
kami tak kejut juga for sahur – jadi Khayra makan breakfast pukul 7.00 pagi dan
pergi mengaji. Balik mengaji ibu ajak ke Mr. DIY bagi Khayra busy sikit dengan
aktiviti. Ibu suap adik for lunch pun sorok-sorok dari Khayra supaya Khayra tak
terliur. Alhamdulillah, hari kedua hingga hari kelima berpuasa, Khayra managed
to puasa full sampai berbuka tapi pukul 5 gitu, Khayra ada minta air suam sikit.
Hehe. Tak apalah, slowly. Makanan memang Khayra tak sentuh langsung. Masa hari keempat berpuasa, abah pergi jumpa Mrs. W untuk bagitahu Khayra dalam latihan berpuasa dan kami beruntung sebab Mrs. W cukup memahami.
Jadi bila hari keenam dan
sehingga hari ini, Alhamdulillah Khayra berjaya puasa full. Ada a few times
masa kita ke KL last week, Khayra bangun sahur pukul 4.45 pagi dengan
sepupu-sepupu Khayra. So far Alhamdulillah, Khayra selalu eager nak pergi
terawikh dan berpuasa. Ibu memang tak kejut sahur awal sebab ini tahun latihan
kan, next year kita try OK? Ibu pun tak buat janji manis dengan Khayra untuk
upah kalau dapat puasa penuh tapi ibu selalu cerita pasal ganjaran Allah pada hari akhirat serta bagaimana para malaikat (Rakid dan Atid terutamanya) mencatat
segala amalan kita. Alhamdulillah Khayra faham dan tak pernah minta yang
bukan-bukan. Waktu berbuka pun Khayra makan berselera dan tak banyak ragam.
Hopefully nanti ibu boleh
train adik pula macam Khayra. Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan ibu dan abah
dalam melatih Khayra berpuasa dan solat. Semoga Allah sentiasa permudahkan
urusan kami untuk mendidik Khayra dan Hafiya.
InsyaAllah. Amin.
Sayang selalu,
-signed-
Ibu dan Abah.
#Tips
diari Ramadhan Khayra :
1. Cuba terangkan ganjaran
berpuasa – kanak-kanak mudah hadam dan perlu faham on reasoning kalau kita
explain dan saya berusaha dengan tidak menjanjikan dengan sebarang upah (duit, hadiah etc.) supaya
dia tahu sebab sebenar dia berpuasa. Yes, tak salah janjikan sesuatu untuk bagi semangat - you know your kids better.
2. Moms know their kids
better – saya memang sengaja tak kejutkan sahur pada waktu sahur sebab tahu
kemampuan anak saya yang makan banyak pada usianya sekarang. Ini latihan,
insyaAllah kami cuba pertingkatkan tahun hadapan.
3. Jangan memaksa – take things
slowly. Saya tak marah kalau Khayra request nak minum air masak masa first 5 days berpuasa TAPI saya tak pernah offer. Konsepnya, kalau dia minta, kami bagi dan ingatkan balik sambung puasa kalau larat. Dari hari ke hari, cuba buatkan mereka leka dengan pelbagai aktiviti
supaya fokus mereka bukan kepada makan dan minum. Nanti, dia akan terbiasa
dengan sendirinya.
4. Team up with your
spouse – sangat penting sebab suami juga mainkan peranan untuk sama-sama tolong
kita untuk latihan berpuasa anak-anak.
5. Bercerita – jadikan penyampaian
kita sebagai penceritaan sebab anak-anak perlukan suatu inspirasi untuk lakukan
sesuatu supaya mereka lebih bersemangat.
InsyaAllah mana yang baik itu datangnya dari Allah.
Atas - Kiri - Kanan | Solat Terawikh bersekali
dengan Tok Abah di Masjid Kg. Tok Ku, Chabang Tiga | Puasa hari kedua – ke Mr.
DIY | Solat Terawikh di Masjid Kubang Parit dengan ibu |