I had a (very) great weekend last week. Since my Boss had approved my 2-days leave, I have overall 6 days off (termasuk cuti umum Pertabalan DYMM Sultan Terengganu & Maulidur Rasul) from the office dan dengan seronoknya saya telah ke KL. Ngee. Jom, biar gambar menceritakan segalanya!
Saya berpeluang bertemu mata dengan best friend saya ini, Linda dan
Suaminya dengan menetapkan temujanji untuk makan tengah hari dan menonton cerita ini di One Utama. Memang bestlah, kami gelak tak ingat dunia dan sesuai lah untuk kami, bakal ibu, menontonnya. Suami saya tidak menggalakkan saya menonton cerita-cerita seram, berunsur ganas dan yang sewaktu dengannya buat masa sekarang. Dan buat julung kalinya saya berani untuk bergambar semasa pregnant sebab mahukan kenangan sewaktu berbadan dua ini dipegunkan. Ngee.Mengikut
entry saya sebelum ini, saya dan Suami telah genap setahun diijab qabulkan pada 08.03.08. Sempena meraikannya, saya dan Suami ke Bora Asmara for our Anniversary Dinner. Lihatlah, penyanyi itu bersungguh-sungguh menghiburkan kami dengan lagu 'Sepanjang Jalan Kenangan' dan 'L.O.V.E.' dan saya tersipu-sipu bila lagu itu ditujukan kepada kami. Baby juga bergerak aktif seakan-akan turut sama meraikan kami. Heh. Itu Steak untuk Suami saya dan Oriental Chicken Chop untuk saya. Sedap dan lazat! Suasana di situ memang tidak menghampakan. Romantis lah! Teehee.Ini gambar-gambar di Bora Asmara itu lah. Cuma gambar pertama (dari kiri) di rumah. Lihatlah Suami saya bersungguh-sungguh menghayati apa yang saya tulis dalam kad. Heheh!
Oh, itu kegemaran Suami saya. Saya mengidam mahu makan buah manggis sejak 2 bulan lalu, tapi kata Umi, belum musimnya lagi. Jadi, bila ternampak saja di tepi jalan di Petaling Jaya, kami terus beli walau agak mahal. Puas hati saya. Heehe. Dan tengoklah Suami saya, berusaha untuk mendapatkan isi durian kegemarannya. Saya lihat saja sebab saya tak makan durian. Hahah. Gambar terakhir itu, surprise pressie dari Suami saya. Saya bangun dari tidur seusai Subuh dan nampak setting sebegitu di ruang tamu kami. Saya suka sangat! (tahap bergenang air mata sebab terlalu happy. hihi.) Thanks Dearie!
Saya dan Suami ingin ucapkan terima kasih pada semua yang telah sms dan call kami pada 08.03.09. Sungguh terharu lah atas ingatan dan doa-doa kalian! Dan tak lupa pada Zulus untuk special post di blognya.
Thanks ya!
No comments :
Post a Comment