Nuffnang Ads

Wednesday, September 8, 2010

Khayra and Ramadhan

.

Khayra dan bulan Ramadhan. (Kemaskini pada 29 Ramadhan)

Bangun sahur 3 kali sahaja setakat Ramadhan ini. Hari-hari lain Khayra tidur nyenyak dan bangun pukul 8.00 pagi.

Belum pernah dibawa ke Masjid untuk berterawikh sepanjang Ramadhan ini. Suami saya kata, “Kalau makmum lain tak kusyuk time bersolat disebabkan anak kita, kita yang berdosa.” Jadi saya tak mahu tanggung dosa untuk orang lain.

Semasa berbuka, Khayra tak pernah tidur (haipp, tak baik tidur time Maghrib!) dan akan turut ‘menemani’ kami berbuka puasa. Kebanyakan hari Khayra sangat memberi kerjasama dengan makan sendiri tanpa perlu Ibu suap atau leka bermain atau menonton TV. Namun ada juga hari-hari yang Khayra mahukan perhatian lebih di mana Ibu dan Abah akan makan secara bergilir.

Walau kita bawa Khayra ke Majlis Berbuka Puasa sekalipun, dia tak banyak ragam. Akan duduk elok-elok di baby chair dan turut serta menjamah hidangan buffet.



Ini gambar time berbuka dengan para peguam yang beramal di KT. Khayra dan juga Umar (dah lama tak jumpa Umar!)



Malam bila Abah ke Masjid untuk berterawikh, Khayra teman Ibu di rumah. Ni gambar time Ibu minta Khayra nyanyi lagu “Ibu Ratu Hatiku”. Hehehe.

Bila hujung minggu, sepanjang Ramadhan ini saya akan memasak (melainkan kami mendapat jemputan untuk berbuka puasa). Hari-hari bekerja kebanyakannya Ummi (my mom) atau Mama (my MIL) akan sponsor lauk atau ajak kami berbuka. Untung kami duduk dekat dengan ibu bapa. Ngee.

Ini gambar pada hujung minggu lalu, saya mencuba resepi pasta untuk Khayra – menu dicedok dari buku Puan Wardina Safiyah, “Mama, Saya Lapar…”



Ucapan Khas :

Selamat menyambut ketibaan Syawal. Semoga kita dikurniakan kesempatan untuk bertemu Ramadhan lagi pada tahun-tahun mendatang (Aaamiiinn!). Mohon maaf atas segala tutur kata dan silap laku. Salam lebaran pada semua! :D

P/s : InsyaAllah kami akan adakan rumah terbuka pada hari Raya ke-4.


.


9 comments :

Hazri said...

Biasanya org x puasa kena duduk tepi tiang je masa org berbuka, tp sebab
Khayra behave, boleh duduk sama2 dengan org berbuka... hehehe...

Selamat Menjalani Hari-Hari Terakhir Ramadhan Tahun ini & Selamat Hari Raya!

HW said...

Hubby : Haha. Tula, behave so boleh join makan sekali. Thanks to Khayra! :D

dayot said...

Selamat hari raya Kak Wahida&Khayra&family(^^)

HW said...

Dayot : same to you! :P

Anonymous said...

dok dang deh raya ke4.. chow lo to JB doh..

Farul said...

alamak dah terlepas u guys punye open house huk huk huk Khayra pun missed duit raya uncle :ppp

HW said...

Bro : Next year wajib! Ngee.

Farul : Takpe, Syawal sebulan so sempat lagi pos duit raya to Khayra. Kih kih!

ME! said...

wahida,
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN to your and your family
and kisses to lil Khayra yg sgt cerdik! :)

HW said...

Fara : Same goes to you & your family! :D