Nuffnang Ads

Wednesday, February 16, 2011

Entri Hari Cuti

.
(Note : Entri bercakap dengan diri sendiri pada hujung minggu / cuti,
jadi penggunaan ‘aku’ adalah wajib)

I told myself, I wanna take a break today. No house chores, no cooking, no cleaning but only spending time with my Lil Darling and my Husband. Balik saja dari breakfast, I changed into my comfy (home) attire dan mahu kotakan ‘janji’ pada diri yang I will not doing any chores today, dragged myself in front of TV and … aaaahhh seronok! At that time Lil Darling was playing with her toys, so I had my ‘me-time’ all by myself. Until in a few seconds ada suara-suara yang terngiang dalam kepala aku.

*Gambar sekadar hiasan* (My priority)

“Kalau aku tak menyapu, macam mana rumah ini nak bersih? Kalau aku tak mop lantai, macam mana aku nak selesa berjalan atas lantai yang suci dari habuk? Kalau aku tak masak sekarang, nanti kena keluar beli food, kena tukar baju, kena redah panas terik .. bla bla bla.”

Baiklah. Aku masih pegang pada janji aku. Mata tenung skrin TV and pretending to enjoy the show. Tiba-tiba macam terdetik lagi dalam hati,

“Kalau tak mop lantai, nanti berdebu dan anak sakit, macam mana? Kalau tak masak, nanti Hubby nak makan apa for lunch? Kalau tak salin cadar, nanti tidur tak lena … bla bla bla.”

Bila terbayang anak bakal sakit dan suami kelaparan, maka aku bingkas bangun dan mengambil penyapu, mop lantai, keluarkan ayam dan daging untuk defrost, tukar cadar baru, basuh toilet etc. Sepantas kilat janji terburai bila ingat pada anak dan suami.

Ya, mudahnya aku mengaku kalah. Kadang-kadang aku rasa nak ignore semua kerja di rumah sebab kadang-kadang aku letih dengan kerja seharian di pejabat, jadi weekend/cuti aku janji nak rehat. Tapi aku tak pernah menang bila suara hati tu berkata sebaliknya. Bukan aku mengungkit atau mengeluh dengan kewajipan aku dan tanggungjawab aku, tapi aku selalu saja gagal untuk ignore semua itu bila aku berada di rumah. The only way I can escape from all these works is when I am in a holiday, far away from my home. Tapi aku jenis yang cintakan rumah, cintakan suasana seindah biasa di rumah, homesick bila lama tak tengok rumah. Jadi solution nak holiday lama-lama bukan dalam diari hidup aku. Tapi aku suka la pergi holiday. Paling lama pun seminggu. Sebab aku pernah pergi UK 2 minggu lebih, aku rindu rumah, rindu Malaysia. Hari-hari hitung hari nak balik Malaysia. Aku pernah cuti 5 hari dan ke KL tapi hari ketiga, aku dah rindu rumah, rindu pejabat. Kah kah! Pathetic betul!

Jadi bila aku cintakan rumah, aku suka buat kerja-kerja rumah. Aku suka tengok lantai dimop sebab kalau lepas mop, kaki yang berpijak atas lantai tu lain rasanya dengan lantai yang belum mop. Aku suka salin cadar sebab bila tidur atas cadar baru (basuh) lain rasanya dengan tidur atas cadar yang lama pakai. Aku suka menyapu rumah sebab kalau tak menyapu dan nampak rambut / helaian benang / cebisan tisu atas lantai, sure aku rimas dan tak senang duduk. Aku suka make up table aku bersih dari habuk make up sebab aku suka lah tengok benda bersih, berkilat dan teratur. Aku suka keadaan rumah tersusun dan bau lantai yang baru dimop dan toilet yang baru dicuci. Jadi kalau aku escape untuk buat benda-benda ni, aku rasa tak lengkap dan aku rasa tak senang duduk.

Aku pernah juga nak upah cleaner/helper datang bersihkan rumah aku on weekly basis, so that aku boleh rehat. Pernah suatu hari tu dah siap deal bagai dengan helper, tapi pagi Jumaat tu aku cancel sebab aku nak buat sendiri. Jadi helper tu datang bersih rumah Mama (MIL) aku saja. Aku rasa aku lagi puas hati buat sendiri kot, sebab tu aku cancel. Bila orang cakap pasal maid, aku dan suami sama-sama setuju tak mahu sebab tak reti duduk serumah dengan orang asing. Nanti aku rasa terkawal dalam rumah sendiri, jadi tak perlu lah maid walau kadang-kadang aku macam in denial. Kah kah! Tapi aku cakap semua ni untuk jangka waktu SEKARANG. 10 tahun lagi, atau tahun depan atau esok, wallahualam. Itu semua bergantung atas keadaan, bukan aku tanak orang lain bersihkan rumah aku, tolong aku lipat baju, tolong aku bersihkan dapur, aku laaagiiii suka, tapi bukan untuk masa sekarang sebab aku mampu lagi buat sendiri dan aku rasa puas hati bila boleh buat sendiri dari orang lain yang buat.

Pernah satu hari, aku balik dari JB dengan Khayra (sebab Khayra demam so, aku terpaksa stay JB tapi suami dan parents aku dah balik KT – ok, itu maybe cerita dalam satu entri lain. Hehe), dari KLIA aku dah terfikir banyak kerja nak buat bila sampai rumah nanti. To list on; unpacking, laundry, sapu rumah, mop lantai, kemas dapur etc. Fikir semua kerja dah buat aku letih tapi aku memang tak ada intention nak panggil cleaner/helper untuk tolong walaupun aku penat jaga anak yang tak berapa sihat. Jadi aku redha. Tapi masuk rumah je, suami aku cakap, “Dah, rest je. Saya dah buat semua kerja.” Aku terkesima sebab bila masuk rumah, SEMUA kerja dah settle termasuk unpacking, laundry, lipat baju, kemas dapur, sapu rumah etc. Sampai aku tak ada kerja nak buat! Aku hanya mampu sujud syukur dan berterima kasih pada suami aku. Tak dinafikan lah pertolongan seumpama itu memang betul-betul buat aku lega sebab I had a long journey from JB-KL-KT dan aku rasa macam nak menangis gembira yang tak terpalang. Sumpah, terharu sangat bila suami bantu! Kalau itu sebagai hadiah birthday pun, aku bersyukur. Haha!

Kerja-kerja rumah ni sebenarnya walaupun penat nak menghabiskannya, apatah lagi berat nak memulakannya tapi once dah complete rasa lega semacam. Puas hati sepenuhnya bila tengok semua siap. Lain rasanya bila dah buat dengan nak mulakan. Bila semua complete, penat tu boleh cover semula just by looking at the clean kitchen, lantai yang dah disapu dan dimop, laundry yang dah siap, cadar baru yang dipasang, masakan yang dah terhidang di meja makan etc. Happy sangat! Sebab aku suka menyapu dan mop rumah dan buat kerja rumah sendiri, bila aku cakap-cakap pasal beli rumah baru dengan suami, perkara pertama suami aku consider adalah keluasan rumah. Katanya tak mahu rumah besar-besar sebab nanti penat aku nak menyapu, mop dan mengemas satu rumah. Kah kah! Terima kasih suami sebab consider faktor tersebut!

Sekarang semua kerja tu dah siap. Aku rasa lega. Aku cakap begini sebab aku ada masa untuk lakukan semua dengan kesihatan yang baik dan aku berjaya lakukan semua dengan masa yang ada dan dengan tenaga yang ada. Kalau nanti aku tak sempat buat semua, tak sesihat kini dan tak ada lapang waktu untuk aku selesaikan semua, jadi maafkan lah aku. Wallahualam.
.



8 comments :

ibuwijdan said...

hahahhhaaaa..setuju..setuju..aku pun bila weeeknd terus kena tukar title..dr lawyer ke bibik..buka jer mata dah siap sedia ngan keje umah..tapi aku suka..lagi letih jaga wijdan sebenarnya..nak pinjam wiji?

Huzairiyah Hussin said...

wah rajinnya wahida,

kita kalau dtg angin malas, mmg suara hati tak dapat menang. memang layan tv sampai nak muntah, lepas tu esok baru dtg kesedaran. barulah buat keje sume.

now ni maybe sbb hubby balik once a week, jadi everyday kena pastikan rumah kemas. so that weekends tak de lah dia bising, dia balik tp wifey dok basuh pinggan, basuh baju lah, menyapulah apalah.

besok bila dia dh stay kl semula, angin malas menyerang balik.hahah

salute dengan wahida. harap kita boleh ada perasaan begitu juga

amrulazmi said...

ok, aku perlukan maid untuk uruskan rumah bujang aku. dang!

HW said...

Linda : Sedih kan? Dari lawyer turun pangkat terus. Haha! Eih, berdebar aku nak jaga Wiji, mampu kah aku? Boleh je untuk cuba try test. Hahah!

Kak Ajai : Masalah betul kalo suara hati overruled, kan? Letih! Tapi kite rasa semua wanita (cheewahh!) pun ada perasaan yang sama i.e. apa sahaja untuk suami & anak. Hehe :D

Amrul : Carilah suri dulu, baru cari maid. Hehe :P

The Zulus said...

kita tukar kejap nak, seminggu je..biar kitaorg jg khayra. hehehehe. Rumah kau bukan tingkat 7, at least kalau wiji buang barang tak penat nak amik balik. hahahahah

HW said...

Zulus : Haha, nanti datang KT, kita lihat bagaimana. Hihi. Ha'ah, patutlah korang slim, turun naik amik barang. Pandai Wijdan suruh parents dia exercise! Haha :D

Anonymous said...

klu gi umah wahida kemas sokmo umah dia (promote skit adik amber ni)..

HW said...

Bro : Haha, nanti kite belanja k? Hihi :D