Nuffnang Ads

Monday, April 18, 2016

Day 3: Sydney

DAY 3: 15.03.2016
(SYDNEY)

“Travel while you’re young and able. Don’t worry about the money, just make it work. Experience is far more valuable than money will ever be”. – Anonymous

Bangun pagi dan breakfast roti dan oats serta milo, bersiap sebab we are going to Darling Harbour today. Oh sebenarnya hujan renyai sikit sebelum Subuh so agak berdebar dengan cuaca hari ini sebab kami nak bergerak dengan public transport je. 


Average weather in Sydney, March, 2016


Average weather in Sydney, March, 2016

Dalam 8.30am, dah tak hujan tapi quite wet lah kan sebab baru lepas hujan renyai. So kami menyusuri jalan ke Circular Quay train station yang terletak about 10 mins walk from our hotel. Sambil berjalan, sambil ambik gambar sekali.

Bila sampai di Circular Quay train station, ada staff kat situ inform kami untuk cari staff kat atas sebab FIL guna wheelchair so nanti staff kat atas akan assist untuk naik/turun train. Dia dah siap-siap intercom staff kat atas untuk maklumkan pasal kami. Then bila naik kat atas, we found the staff dah siap tunggu dengan satu papan extension untuk mudahkan kami maneuver wheelchair masuk ke dalam gerabak train. FYI untuk yang wheelchair bound, kena tunggu kat gerabak yang tulis wheelchair atau ada penanda aras gambar wheelchair sebab senang nak masuk ke tempat yang dikhaskan. Dan disebabkan assistance dari staff di situ, maka pergerakan kami agak mudah sebab tak perlu angkat banyak wheelchair tu untuk masuk train sebab dah ada extension khas. Memang sangat wheelchair friendly kat sana, so no need to worry.

Nota: Jangan lupa swipe kad Opal sebelum ke train. Kredit akan ditolak siap-siap waktu kita sampai di stesen yang kita nak keluar.


Circular Quay train station


My parents in the train


Dah sampai Town Hall Station (kami pilih turun di Town Hall Station untuk ke Darling Harbour), kita akan melalui Queen Victoria Building (QVB) and memandangkan masih awal, maka kami tak plan tour QVB dulu so just singgah ambil gambar je kejap. Next kami kena jalan sikit dalam 10 mins ke Darling Harbour.


Queen Victoria Building (QVB) 
Our lil darlings got the name for their alter ego from here :P 
And this was the best picture of us in front of QVB. Haha.

So plan harini adalah untuk ke 2 Sydney’s Attractions i.e. Madame Tussauds Sydney and Sea Life Sydney. Kami dah siap beli ticket combo ni online dari Malaysia lagi. Bila sampai kat kaunter just pergi redeem tickets je. Jimat masa untuk queue beli ticket sebab kalau kena peak hour / weekend memang line panjang nak beratur. 


Got our combo tickets from here as above. Murah sikit dari direct website.


Lil Darlings at Darling Harbour :D


Oh the reason kami tak pergi Wild Life adalah sebab dah ada plan dengan haiwan-haiwan di New Zealand nanti dan sebab kami plan nak pergi lunch di Sydney Fish Market so kena budget time betul-betul. Kalau ambil 3 combo pass, memang tak sempat nak kejar semua before lunch time. Harini adalah birthday Abah Haris (my FIL) so ambil kesempatan nyanyi birthday di Darling Harbour. Pengalaman indah ni celebrate birthday jauh dari Malaysia. Hehe.


Both were singing birthday for their Ki (grandfather)


Queen E and the queen of my heart, my BFF, my mom :D


So first kami ke Madame Tussauds Sydney dulu. Last time when we were here in 2013 tak ada lagi patung lilin Prince William and Kate Middleton. Now dah ada. 


Our lil darlings with the famous couple :P 

Sebenarnya dah janji dengan Ayuni, my schoolmate masa STF dulu yang berhijrah ke Sydney ikut suami yang bekerja untuk jumpa di area Darling Harbour today sebab nak pass barang kiriman dari Malaysia. Bila kami nak masuk ke Sea Life after Madame Tussauds (we spent nearly 2 hours in Madame Tussauds), Ayuni said that she was on her way to Darling Harbour dari rumah. So kami plan masuk Sea Life dulu and agak-agak lepas Sea Life boleh jumpa terus kat luar nanti. 


Sydney Sea Life Aquarium


My beloveds inside the Sydney Sea Life Aquarium

So dah habis tour Sea Life (about 1 hour plus), we went out through Sea Life Café dan jumpa Ayuni kat luar. So masa ni sempat lah borak sekejap dan pass barang kiriman serta bergambar. Masa ni juga tanya Ayuni cara paling senang ke Sydney Fish Market untuk lunch (sebab last time masa kami datang tahun 2013, kami tak berkesempatan pergi ke Sydney Fish Market).


Ayuni, Muslim, Wahida and Khayra :D


Sempat bergambar kenangan keluarga with Ayuni and her son, Muslim.

Kami perlu menyusuri Darling Harbour untuk ke arah Hard Rock Café Sydney sebab perlu menaiki Light Rail to Fish Market. Masih boleh gunakan kad Opal untuk Light Rail ya. Sementara tunggu hubby masuk ke Hard Rock Café sekejap, kami lepak-lepak area depan tu dan bagi makan seagulls yang memula friendly je bila bagi makan. Lepas tu mengganas bawa semua kawan-kawan dia datang nak makan sama sampai kami semua annoyed. LOL!


Check out my mom's and Hafiya's reaction bila seagulls mengganas. LOL!

Dari Light Rail kat area Darling Harbour (I can’t remember the exact station, tapi kena melintas jalan dari area mall situ ke Light Rail) kami akan terus ke Fish Market Station. Bila sampai kat sana just jalan sikit lebih kurang 10 mins ke Sydney Fish Market.


Sydney Fish Market


Doyles



So kat sini dah dapatkan tips dari Ayuni, boleh try makan kat Doyles and request for non beer batter untuk Lobster and seangkatan dengannya. Kami pilih-pilih menu seafood, ya Allah sungguh fresh kat sini dan ambil tempat kat area tepi harbour kat luar Doyles untuk makan tengah hari walaupun dah agak lewat dalam pukul 2.30pm masa tu. Cost kami makan berserta air panas dan sejuk, ada menu lobster, sotong dan seafood platter, fries, kids menu dalam AUD100+. Again, jangan convert. Pejam mata je sebab nak rasa makanan kat tempat orang, kan. Hehe.


Doyles - some of our catch that day 


Hubs with his lobster :D



From our makan place that day. 

Next, memula kami plan nak singgah QVB semula tapi sebab nak bagi parents rasa naik ferry, so kita cancel dan plan terus ke Circular Quay sebab semalam masa kita pergi area Sydney Opera House tu, my FIL tak ikut sebab berehat kat hotel. Jadi this time nak bawa FIL pula pergi melawat kawasan sekitar. Dari Sydney Fish Market Station light rail, kami ke Pyrmont Bay light rail station. Dari situ kena jalan kaki dalam 5 mins ke Pyrmont Bay Wharf dan tunggu ferry ke Circular Quay Wharf. Bayaran ticket Opal untuk naik ferry ni agak mahal berbanding train ride tapi untuk pengalaman, OK je lah. Dari Pyrmont Bay Wharf ke Circular Quay Wharf ada 4 stops. Adalah pengalaman parents naik ferry ride merentasi Harbour Bridge. Sungguh indah, subhanallah. Thank you Ayuni, for the suggestion untuk kami naik ferry dari Fish Market


Team lelaki and team kanak-kanak :P


Team ibu :P



Some of our photos from the ferry ride to Circular Quay Wharf. Subhanallah, indahnya ciptaan Allah.

So sampai kat Circular Quay Wharf, kami berhenti kat satu café minum sekejap dan makan buah. Oh, sebelum terlupa, untuk menaiki ferry ni, bagi golongan wheelchair ada extension khas yang memudahkan. Staff ferry akan tolong set up macam bridge kecik untuk laluan kerusi roda / stroller. Memang mudah. Next melawat sekitar Opera House semula sebab dah cukup korum harini.


Our complete family photo in Sydney *love*
(walaupun ada yang terlelap, lulz) 


Ni tengah gelak sebab kami cuba wefie dengan Opera House tapi tak muat nak masuk frame melainkan kami berlawak, kena dukung Abah Haris. Haha!


This trip mainly dedicated for them - our beloved parents. Love. 

Lepas tu makan aiskrim sebelum balik ke hotel. Harini Mama belanja sempena Birthday Abah (FIL).

Bila kami sampai di hotel, ada chocolates dan surat dari management Holiday Inn untuk pohon maaf pada kami sebab masalah teknikal aircond semalam. Wow bagus sangat customer service mereka ni. Good job, dan kami terharu sangat dengan servis bagus begini.

Malam tu lepas makan, hubby ajak keluar dating berdua sebab kami kononnya nak pergi kedai Lord of Fries seperti yang dicadangkan oleh Ayuni. Jalan punya jalan naik turun train, tanya orang bagai tapi tak boleh locate kat mana kedai tu, haha. Sejuk menggigil plak tu kat luar masa tu dan kami tak bawa data pulak sebab hubby terlupa bawa tab dia so tak jumpa Lord of Fries. Hampalah kawan. Lepas balik semula ke hotel, kami ke roof top hotel untuk tengok pemandangan sekitar yang sungguh awesome! Cantik, subhanallah.  


The picture didn’t do the justice sebab gelap. 
Picture was taken from the roof top of our hotel, Holiday Inn Old Sydney.


Gambar dari website - from the roof top.

Will continue on this trip soon!


No comments :