Nuffnang Ads

Wednesday, December 16, 2009

Learn From Mistake

  1. Kerja di pejabat semakin menimbun la sekarang. End of year syndrome. Haish.

  2. Semalam ada buat silap. Documentation Bank. Silap sebab over looked. Tapi tade effect sangat. Tapi susah la nk kompromi dengan Bank sebab kalau hitam kata Bank, hitam la kena buat. In return kena buat application for court order. Nasib baik Ex-Parte application. Sedih la sebab tak check betul-betul. Sila ketuk kepala saya supaya saya akan ingat sampai bila-bila.

  3. Merujuk No. 2 di atas, nasib Bos tak marah saya. Bos marahkan legal system (boleh?). Ok, Bos baik! (sebab tak marah saya. Ngee)

  4. Pastu Bos cakap dia pun pernah buat mistake yang sama 10 tahun yang lalu. Sekarang dah tahu kenapa Bos tak marah. Hehe. Keyword di sini adalah ‘check’. Ingat tu Wahida, check!

  5. Saya selalu rasa down (sikit) kalau buat salah. Sebab kalau salah, laaagiiii banyak kerja nak kena buat. Rectify lah, initials lah, chop lah, cancel lah etc. Lagi menambah (beban) kerja yang sedia ada.

  6. Tapi saya akui melalui kesilapan itu, kita dapat belajar. Sila nyanyi lagu “Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan… yada.. yada…” Heh. Saya baru belajar ilmu (praktikaliti) undang-undang ini 3 tahun. Baru sahaja genap 3 tahun pada 07.12.2006 yang lalu. Boleh la terima excuse saya ini ya?

  7. Sudah insaf (dan rasa bersalah) sebab tidak dimarahi oleh Bos. Jadi telah bertekad dan berazam mahu buat kerja dengan betul-betul. Siap janji dengan diri, “no internet surfing other than things that are related to work (ONLY) during office hours”. Tapi siapalah saya, saya update status FB selepas 3 jam bertahan. Woohoo. Sila maafkan saya, saya rindu Encik Suami ketika itu. Heh.

  8. On a different topic, saya nak ucapkan terima kasih pada inventor(s) tudung Ariani. Sungguh mudahlah. Bertambah mudah when you are a working mom. There will be not enough time for you (me) to wear your (my) tudung with all kinds of brooches, semat sana, pin sini, betulkan depan, kelepet sisi etc. With that kind of tudung (Ariani is a brand right?), it’s just make your life simple, pakai, letak brooch tengah then there you go. Tanpa tengok cermin pun boleh. Heh. Ok, I am not pemalas in that way, tapi tak cukup masa sebab nanti nak BF baby lagi, prepare breakfast lagi. Yang penting tudung sebegini (IMHO) selamat terutama semasa dukung baby sebab saya takot brooch berhampiran bahu terkena pada baby. Heh.

  9. Saya tertunggu-tunggu nak tengok season finale Desperate Housewives semalam. Siap sms Husband supaya sampai dari KL before 9.00pm. Tetibe dapat tahu 2 hours season finale start at 8.00pm. Frust giler sebab bukak Channel 711 pukul 9.00pm. Sob. Sob.

  10. Saya tertarik dengan entri Saudara SaifulNang : Rags to Riches 7 – It’s A Small World in the End, bertarikh 9hb Disember, 2009. Menarik lah! Go and read peeps! Inspiring indeed.

  11. Ok, sudahlah. Timbunan kerja memanggil-manggil sekarang. Mahu buat kerja pula. Insaf sudah.


    .


No comments :