Nuffnang Ads

Thursday, February 25, 2010

Kerja oh Kerja

.

Salam Reader(s),

Macam-macam mahu cerita, tapi alahai, busy sangat. So here it goes, in point form(s):

Sekarang musim panas. Panas terik. Berbahang rasa kalau sekembali dari lunch tengah hari. Air cond dalam bilik sure tak off sebab nanti balik dari lunch, bilik dah sejuk. Hahah!

Saya kira dah 12 minggu saya banyak kerja. Terlalu banyak, instructions tanpa henti, notifications here and there, meja bersepah dengan files (tahap file ada bawah meja, tepi meja, dekat meja belakang, atas seaty clients etc.) Tu belum tengok meja dan tempat PA saya lagi, oh my. Kalau lah orang faham tentang kerja yang melimpah-limpah, boleh la bayangkan ini. Bukan tak pernah banyak kerja, tapi ini kerja yang extra padat macam tak henti-henti. Kalau dulu, boleh juga bernafas lega selang sehari kejar datelines, tapi sekarang … (malas nak explain dah).

Bukan setakat saya yang banyak kerja, Bos pun sama. Balik dekat-dekat pukul 5.00 pm. He usually leave the office before azan solat Asar so that boleh pergi berjemaah kat masjid. Jadi, kalau hampir setiap hari dia pulang pukul 5.00 pm, itu petanda dia banyak kerja. Kalau Boss banyak kerja, anak buah dia ni lagi laa, kan? (lagi nak explain yang SAYA INI banyak kerja, heh).

Bulan Disember lepas, saya dapat MC sehari on Sunday sebab sakit kepala dan ada tanda-tanda nak demam pada hari sebelumnya. Tapi bila Ahad kunjung tiba, saya gagahi juga ke Pejabat, sebab dalam otak asyik fikir, kalau MC harini mesti esok lusa lagi bertambah kerja. Mahu tak mahu, simpan saja MC dalam laci dan teruskan lah dengan kerja di depan mata.

It goes on, saya berhempas pulas siapkan kerja hari demi hari. Makin banyak disiapkan, makin banyak yang datang. Paling tak tahan, dengan berat hati bawak kerja balik rumah untuk disiapkan dan adakalanya datang ke Pejabat pada hari Sabtu untuk siapkan kerja (and left Lil Darling kat rumah during the weekend when I supposed to spend (precious) time with her 24/7. Huwaaa!!!) Last week, siap bawak Lil Darling (dan Husband) gi Office on Saturday sebab ada client nak datang sign Agreement.

Hari Ahad lepas (21.02.2010), tekak sakit dan rasa letih. Husband paksa gi klinik petang dan telah mendapat MC. Lalu Isnin telah redha mahu duduk di rumah with Lil Darling and put aside semua kerja. Itu pun setelah Husband janji nak tolong settle-kan satu file penting, then baru rasa lega untuk tidak ke Pejabat.

Satu hari MC di rumah dengan Lil Darling, memang seronok selain Ummi masak kan food yang sedap-sedap, lalu bertambah sihat lah saya. Siap update kat Twitter

“Sebenarnya merasai nikmat mendapat MC today. Precious time with Lil Darling and my beloved mum masak sedap2. Bertambah sihat, syukur”

Sebenarnya semasa lepak makan dengan colleague saya tempoh hari dia cerita yang kalau dia teringat sesuatu perkara yang berkaitan dengan kerja, pasti dia tak sabar mahu ke Pejabat esok hari untuk selesaikan apa yang terlintas di fikiran dia.

Saya setuju sangat dengan dia, sebab saya pun begitu. Kadang-kadang tak boleh tidur malam sebab teringat mahu selesaikan kerja dengan cepat supaya hati (lebih) tenang. Saya bukan lah seorang yang workaholic, sebab saya juga ber-facebook, ber-twitter, ber-blog during office hours. Tapi saya fikir tentang responsibility saya, tentang amanah orang terhadap saya dan tentang persaingan business sekarang. Bukan mudah ya, adik-adik (tetibe?)

Apa yang saya mahu simpulkan di sini adalah saya terlalu banyak kerja tapi syukurlah dengan setiapnya kerana itu rezeki saya, rezeki family saya. Dan saya percaya mungkin Tuhan mahu mengampuni dosa-dosa saya dengan sedikit penyakit yang diberikan dan kemudiannya disembuhkan saya bersama hati yang lebih tenang dan rezeki yang bertambah. Syukur lah saya mempunyai seorang Suami yang memahami dan anak saya yang tak punyai banyak kerenah serta keluarga yang sentiasa menyokong saya. Paling penting, walau kerja banyak sekali pun I love everything about the office!

Alhamdulillah, syukur lah pada-Mu, Tuhan!


.




Thursday, February 18, 2010

CNY Holidays

Cuti panjang CNY tahun ni, Abah dan Ibu bawak Khayra for a road trip to KL. Sepanjang jalan Khayra tidur dan bangun untuk menyusu kemudian sambung tidur semula. Zzzzz. Sampai KL Khamis malam 12.02.2010. Hari Jumaat, Abah dan Ibu bawak Khayra gi S*ogo dan malamnya dinner kat rumah Pak Long kat Sering Ukay. 

Hari Sabtu, Ibu mandikan Khayra awal pagi sebab Ibu cakap kawan-kawan Khayra nak datang rumah. Mula-mula Aunty Liza yang datang dulu. Lepas tu Aunty Linda, Uncle Zul, Wijdan, Aunty Zmah, Uncle Bon (?) dan Hana datang serentak. Wah, ramai orang kat rumah Khayra pagi tu datang untuk breakfast. Ibu cerita Aunty Liza, Aunty Linda dan Aunty Zmah kawan-kawan se-hostel , serumah dan sekuliah Ibu time study kat U*iTM Shah Alam dulu. Ibu memang close dengan diorang, kira susah senang together lah. Pastu semua kawan-kawan Ibu tu kahwin dengan kawan-kawan sekuliah Ibu dan Abah jugak, kira Uncle Zul dan Uncle Bon tu pun classmates /coursemates Abah. Fuhyoo, close sangat relationship kawan-kawan Ibu dan Abah ni. Khayra main-main dengan Wijdan dan Hana lah pagi tu dan tukar-tukar hadiah. Aunty Liza pun bawak hadiah untuk Khayra, Wijdan dan Hana. Thank you semua!



Ok, ni gambar ramai-ramai.


Ni pula gambar para Abah bersama anak masing-masing. Dari kiri : Uncle Zul bersama Wijdan, Uncle Bon bersama Hana dan Abah bersama Khayra. 




Owh, ni ‘single’ ladies. Haha. Ibu dan kawan-kawan Ibu. Dari kiri : Aunty Linda, Ibu Khayra, Aunty Liza dan Aunty Zmah.




Haha, ni baru gambar para ‘single’ ladies bersama anak masing-masing. Opps Ibu kata, Aunty Liza single. Pastu Aunty Linda cakap kat Aunty Liza, “kalau nak makan nasi minyak, jangan lupa jemput kita.” Ok, kalau inform awal-awal, Khayra pun nak datang tau. Teeeheee.





Gambar family 1, family 2 dan family 3. Ikut urutan ini, Khayra lahir first (1.07.2009), pastu Wijdan (29.07.2009) dan diikuti Hana (19.08.2009).



Petang Sabtu, Abah dan Ibu bawak Khayra attend Birthday Party Kak Ira, sepupu Khayra. Ada ballons, birthday cake, birthday presents dan macam-macam lagi. Khayra seronok tengok Kak Ira potong kek and semua nyanyi ‘Happy Birthday’. Lagi seronok bila tengok Kak Ira bukak hadiah-hadiah dia. Macam-macam ada! Heheh. 




Malam pula, Khayra pergi OU dengan Abah dan Ibu yang dah janji untuk dinner dengan Uncle Shukri dan Aunty Asmah. Mula-mula nak dinner dekat Chilis, tapi fully booked dan kena tunggu 50 minutes. So kita terus proceed ke Burger King. Uncle Shukri bawak Khayra jalan-jalan dan hadiahkan Khayra teddy tu. Hihi. Thank you, Uncle Shukri!





Ni dah nak balik rumah lepas dinner, Khayra sempat bergambar dengan Uncle Shukri dan Aunty Asmah.




Pagi Ahad, Abah bawak Khayra gi swimming. Air sejuk walaupun time tu dah pukul 11.00 pagi. Kali ni Abah bagi Khayra swimming dan main dengan floater. Best sangat.




Abah nak sangat makan Chilis, jadi Ibu plan untuk lunch kat situ. Orang ramai sangat and still kena tunggu 20 minutes so Ibu ajak pergi Moms Care dulu. Lepas 20 minutes, pergi semula ke Chilis dan dah dapat seat. Abah suka lah dapat makan kat Chilis. Haha.




Malamnya, Mak Ngah dan Pak Ngah ajak dinner kat Marche. Semua ada malam tu, Pak Long sekeluarga, Mak Ngah sekeluarga, Ki dan Wan pun join. Thank you Mak Ngah!

Khayra balik KT pagi Isnin dan singgah Kuantan sebab Abah nak beli DVD dan lunch dekat Cherating. Khayra sempat singgah visit Wan Tik dan Wan Pah dan mandi air telaga yang sejuk sangat tu. Heheh. Seronok lah road trip ni. 

Sekian, cerita Khayra dan cuti panjang CNY tahun ini. 

P/s : Happy Birthday Tok Wan! Pagi tadi Khayra nyanyi ‘Happy Birthday’ dan bagi hadiah kat Tok Wan. Malam ni kita celebrate k, Tok Wan, Khayra belanja. Heheh.