Semalam ada chatting dengan kawan U*iTM saya tentang Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ). Saya ingat lagi, selepas seminggu kad jemputan kahwin saya diedarkan, Bos panggil saya dan bertanya plan saya selepas kahwin iaitu samada resign dan mengikut Suami ke KL (Suami saya ketika itu bekerja di B*NM) atau saya mempunyai perancangan lain. Saya rasa Bos risau kalau-kalau saya resign (cheewah!). Bila saya utarakan yang Suami berminat untuk practicing, cepat-cepat dia berkata :
“We could accommodate him here.”
Kami berbincang dan Bos meneruskan tawarannya. Tatkala itu Tuhan sahaja yang tahu betapa saya gembira dengan tawaran Bos saya itu walau masih belum berbincang dengan bakal Suami ketika itu. Saya dan Suami pernah berbincang selepas kami bertunang tentang hala tuju kami selepas berkahwin. Nampaknya pilihan yang ada ketika itu adalah meneruskan PJJ.
Time passed and we married, went for our honeymooning and the weekly visits which were never failed. It went for 15 months until the Husband finally resigned from B*NM and started his pupillage in June, 2009 simultaneously our PJJ’s status was deleted there and then.
Saya ingat lagi during my (pregnancy) monthly check ups, Suami saya sedaya upaya pulang dari KL to accompany me to the clinic and ‘meet’ our Lil One. Sometimes we planned the appointment(s) to be held during weekends so that the Husband also could be there with me. Sepanjang pregnant saya hanya cramp 3 kali dan ironinya cramp tersebut hanya berlaku ketika Suami ada bersama saya. Alhamdulillah, Tuhan memudahkan segalanya untuk saya sepanjang kami PJJ dan saya pregnant ketika itu.
Saya bersyukurlah untuk segalanya. Untuk tawaran dan peluang yang diberikan oleh Bos saya kepada Suami, untuk pengorbanan Suami saya resign dan mengambil risiko untuk practicing law and spend our lives here in KT dan untuk doa-doa ibu bapa dan keluarga kami yang sentiasa menyokong kami. If I were in his shoes, saya tak pasti adakah saya begitu berani untuk mengambil risiko yang besar dalam hidup i.e. resign and practice. Tapi itulah hakikat hidup.
“Risiko terbesar dalam kehidupan adalah apabila seseorang itu tidak berani untuk mengambil risiko.” It was quoted somewhere but I couldn’t remember the source. The truth is that saya amat risau jika jalan yang kami pilih ini membuatkan Suami saya tidak happy atau sebaliknya. Tapi Alhamdulillah, so far saya tahu Suami saya happy with his decision. At least saya tahu bila ada ex-colleque(s) dia berkata, “Wah, your face is glowing lah.” Itu petanda kurang stress dan bahagia serta happy, kan? Dan saya tahu dengan solat istikharah dan doa yang tak pernah putus, inilah petunjuk yang terbaik buat kami, insyaAllah.
After 6 months of his pupillage (the Husband got an exemption from the BC), finally on 4th February, 2010 the Husband was admitted as an advocate and solicitor. A ceremony was held at the Court and during the speech, I was in tears. Saya happy untuk Suami as his dream of becoming an advocate and solicitor akhirnya tercapai. Saya terharu untuk Suami dengan pengorbanan yang dilakukan. Sedikit kerisauan dihati jika pilihan ini sukar baginya. Most of all, itu adalah airmata gembira saya dan seperti kata YA Hakim pada hari tersebut yang begitu kagum dengan pencapaian Suami saya, we welcome you to the profession!
Congratulations, selamat bertugas dan welcome to the profession, Dear Husband!
1 comment :
Post a Comment