Cuti panjang CNY tahun ni, Abah dan Ibu bawak Khayra for a road
trip to KL. Sepanjang jalan Khayra tidur dan bangun untuk menyusu kemudian
sambung tidur semula. Zzzzz. Sampai KL Khamis malam 12.02.2010. Hari Jumaat,
Abah dan Ibu bawak Khayra gi S*ogo dan malamnya dinner kat rumah Pak Long kat
Sering Ukay.
Hari Sabtu, Ibu mandikan Khayra awal pagi sebab Ibu cakap
kawan-kawan Khayra nak datang rumah. Mula-mula Aunty Liza yang datang dulu.
Lepas tu Aunty Linda, Uncle Zul, Wijdan, Aunty Zmah, Uncle Bon (?) dan Hana
datang serentak. Wah, ramai orang kat rumah Khayra pagi tu datang untuk
breakfast. Ibu cerita Aunty Liza, Aunty Linda dan Aunty Zmah kawan-kawan
se-hostel , serumah dan sekuliah Ibu time study kat U*iTM Shah Alam dulu. Ibu
memang close dengan diorang, kira susah senang together lah. Pastu semua
kawan-kawan Ibu tu kahwin dengan kawan-kawan sekuliah Ibu dan Abah jugak, kira
Uncle Zul dan Uncle Bon tu pun classmates /coursemates Abah. Fuhyoo, close
sangat relationship kawan-kawan Ibu dan Abah ni. Khayra main-main dengan Wijdan
dan Hana lah pagi tu dan tukar-tukar hadiah. Aunty Liza pun bawak hadiah untuk
Khayra, Wijdan dan Hana. Thank you semua!
Ok, ni gambar ramai-ramai.
Ni pula gambar para Abah bersama anak masing-masing. Dari kiri : Uncle Zul bersama Wijdan,
Uncle Bon bersama Hana dan Abah bersama Khayra.
Owh, ni ‘single’ ladies. Haha. Ibu dan kawan-kawan Ibu. Dari kiri :
Aunty Linda, Ibu Khayra, Aunty Liza dan Aunty Zmah.
Haha, ni baru gambar para ‘single’ ladies bersama anak masing-masing.
Opps Ibu kata, Aunty Liza single. Pastu Aunty Linda cakap kat Aunty Liza,
“kalau nak makan nasi minyak, jangan lupa jemput kita.” Ok, kalau inform
awal-awal, Khayra pun nak datang tau. Teeeheee.
Gambar family 1, family 2
dan family 3. Ikut urutan ini, Khayra lahir first (1.07.2009), pastu Wijdan
(29.07.2009) dan diikuti Hana (19.08.2009).
Petang Sabtu, Abah dan Ibu bawak Khayra attend Birthday Party Kak Ira, sepupu Khayra. Ada ballons, birthday cake, birthday presents dan macam-macam lagi. Khayra seronok tengok Kak Ira potong kek and semua nyanyi ‘Happy Birthday’. Lagi seronok bila tengok Kak Ira bukak hadiah-hadiah dia. Macam-macam ada! Heheh.
Malam pula, Khayra pergi OU dengan Abah dan Ibu yang dah janji untuk dinner dengan Uncle Shukri dan Aunty Asmah. Mula-mula nak dinner dekat Chilis, tapi fully booked dan kena tunggu 50 minutes. So kita terus proceed ke Burger King. Uncle Shukri bawak Khayra jalan-jalan dan hadiahkan Khayra teddy tu. Hihi. Thank you, Uncle Shukri!
Ni dah nak balik rumah
lepas dinner, Khayra sempat bergambar dengan Uncle Shukri dan Aunty Asmah.
Pagi Ahad, Abah bawak Khayra gi swimming. Air sejuk walaupun time tu dah
pukul 11.00 pagi. Kali ni Abah bagi Khayra swimming dan main dengan floater.
Best sangat.
Abah nak sangat makan Chilis, jadi Ibu plan untuk lunch kat situ. Orang
ramai sangat and still kena tunggu 20 minutes so Ibu ajak pergi Moms Care dulu.
Lepas 20 minutes, pergi semula ke Chilis dan dah dapat seat. Abah suka lah
dapat makan kat Chilis. Haha.
Malamnya,
Mak Ngah dan Pak Ngah ajak dinner kat Marche. Semua ada malam tu, Pak Long
sekeluarga, Mak Ngah sekeluarga, Ki dan Wan pun join. Thank you Mak Ngah!
Khayra balik KT pagi Isnin dan singgah Kuantan sebab Abah nak beli
DVD dan lunch dekat Cherating. Khayra sempat singgah visit Wan Tik dan Wan Pah
dan mandi air telaga yang sejuk sangat tu. Heheh. Seronok lah road trip ni.
Sekian, cerita Khayra dan cuti panjang CNY tahun ini.
P/s : Happy Birthday Tok Wan! Pagi tadi Khayra nyanyi ‘Happy Birthday’ dan bagi hadiah kat Tok Wan. Malam ni kita celebrate k, Tok Wan, Khayra belanja. Heheh.
No comments :
Post a Comment