Nuffnang Ads

Monday, October 11, 2010

Random - Versi Masakan

.

Mari kita membuat entry random hari ini :

Pagi ini Abah (FIL) datang hantar kuih dadar yang Mama (MIL) buat untuk kami breakfast. Abah saya pula menelefon awal pagi untuk memberitahu telah membeli nasi lemak dan roti canai untuk kami makan pagi. Alhamdulillah untuk rezeki-rezeki di pagi hari. Ya, ibu bapa kami sama-sama bergabung tenaga untuk melihat anak menantu mereka gemuk dan sehat. Hehehe.


Rumah kami bersepah minggu lepas sebab Khayra suka main dengan blocks sekarang. Tapi saya cakap, “Mainlah anak untuk develop skill kamu, jadi biarlah rumah kita bersepah” (tade, mana ada ayat drama cakap dengan anak. Ngee). Lepas Khayra main, saya atau Suami akan kemas letak blocks dalam box dia. 2-3 hari ini Khayra macam faham apa yang kami cuba ajar dia dan lepas main dia akan simpan semua blocks dia dalam box. Bagus anak Ibu! *Tepuk tangan*


Hari minggu lalu saya masak dan sempena menjem
put pulang Mama dari Europe, saya invite PIL untuk lunch di rumah kami dan pack sebahagian lauk-pauk untuk hantar ke rumah parents saya. Bagus kan, kongsi lauk untuk 3 rumah? Haha!


Saya cakap pada Suami untuk cuba buat pes “Namprik Pau” ikut resipi internet. Saya buat pes di awal pagi dan pack pes tersebut ke rumah Umi bagi dia rasa. Walla, Umi puji, maka bersemangat untuk buat masakan Ikan Siakap Namprik Pau.

Saya pantang sekarang pergi ke pasar basah. Mesti tak boleh tahan rasa nak beli semua ikan, udang, sotong, ketam, ayam yang fresh! Tapi mestilah tak beli semua sebab saya tak terer masak. Heh.

Oh lepas saya beriltizam dan buat pes Namprik Pau di awal pagi untuk santapan Suami saya, saya ke Pejabat dan dapat file baru bernilai 7 angka. Saya YM Suami dan cakap, “Ini rezeki Tuhan bagi sebab nak memasak untuk Suami.” Relevan tak? Heh. Alhamdulillah murah rezeki saya.

Eeii tak faham kenapa tak boleh Login “Manage My Booking” di web AA tu. Dah 2 minggu cuba. Lepas putus asa dan malas nak menambah dosa kering, saya ke airport dan suruh Staff AA buatkan dan bersyukur sebab hikmah-Nya, saya dapat tips untuk check in baggage untuk elakkan excess baggage. True, things happened for a reason.

Ok, entry random ini berkisar masakan, lalu saya sengaja letak gambar masakan saya minggu lepas. Suami saya suka ambil gambar masakan saya, tanda dia menyokong isterinya memasak. Hahahah! Saya nak kongsi resepi Namprik Pau versi saya, tapi terlalu malas nak senaraikan bahan-bahan dan steps masakan.


Next entry, perhaps? Tapi saya tak janji. Heh.


* Last gambar adalah Masakan Ikan Siakap Namprik Pau – versi saya.

.

11 comments :

Hazri said...

tengok gambar pun dah terliur, tu tak rasa lagi... kalau sape2 turun teranu, silalah call chef wahida untuk buat tempahan ya... hahaha!

AyinEmran said...

nak nak resepi plis!!

cdalan said...

sori, but namprik pau ni ape wahida?

HW said...

Hubby : Bahaya tu, baru masak sekali takleh buat tempahan lagi. Hahah! Thanks Dearie! :P

Ayin : Alaaaaaa, malu kat Ayin nk bagi resepi. Hehehe :D

K.Shida : Ada certain panggil 'Pes Cili Sangai'. Tatau what it means literally. Heh. If gi kedai yg ada masakan Thailand, boleh try order. Rasa dia mcm masam, manis, pedas. Tapi lain versi dr masakan 3 rasa & sweet sour tu.

ibuwijdan said...

wah...ibu khayra sangat hebat,nampak sedap suma makanan tu.next year aku ke ganu,nak request tau....

HW said...

Linda : Weh, tak habis-habis request, datang cepat! Muwahaha! :P

Anonymous said...

meh sini nok test skali.. kalau amber kata "pass" bererti anda pass!

HW said...

Bro : Boleh! Bagi notice 48 hours k? Hehe :P

hafizmd said...

salam singgah,
terliur tgk gambar2 ni....adeh..

moge anak puan terus membesar dgr oenuh riang dan jadi anak yg solehah...

HW said...

hafizmd : Amiinnn & terima kasih! :D

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.