Nuffnang Ads

Wednesday, October 6, 2010

Memories are the Best Gifts of All #TLS

.

Dua minggu selepas Hari Raya yakni pada 14 Syawal (23.09.2010) kami telah ke KL. Tujuan utama adalah untuk menonton Tun Mahathir The Musical (TMTM) dan terlanjur kami di KL dan sementelah masih dalam bulan Syawal, kami juga berkesempatan bertemu mata dengan rakan taulan yang dikasihi (cheewah, ayat!).

Agenda Pertama : 23.09.2010 (Khamis)

Perjalanan dari KT – KL dengan kereta mengambil masa 5 jam. Kami bertolak jam 3.30 ptg dan tiba di KL jam 8.30 mlm. Alhamdulillah, Khayra tak meragam, tidur, main sekejap & menyusu kemudian tidur semula.

Tiba di KL terus ke Uptown dan jumpa Linda & Zmah. Syoknya sebab boleh temukan kanak-kanak riang 3 orang tu, Khayra, Wijdan & Hana. Last diorang jumpa bertiga Februari lalu, masa tu semua takleh jalan lagi, sekarang dah boleh berlari! How time flies.


Bestnya tak boleh nak cakap bila jumpa semua sekali begini. Paling tak sangka, Khayra nak dengan Aunty Zmah dan Aunty Linda walhal bukan jumpa tiap-tiap hari (almaklum, anak saya kurang socialize dengan public sebab tak duk nursery, kannn?). Sekarang semua dah boleh jalan, bukan main susah lagi nk tangkap gambar, sorang ke selatan, sorang ke timur, sorang berlari. Hai lah anak-anak! Ibu-Ibu pun tak senang nk bercakap sebab kena tengok anak-anak, tapi Abah-Abah rileks je makan & bergosips. Haha!

Perjumpaan tak lama tapi tetap fun! Sayanglah korang semua! Perjumpaan diakhiri dengan soalan bonus, “Bila Khayra / Wijdan / Hana nak ada adik?” Muwahahahah!

Agenda Kedua : 24.09.2010 (Jumaat)

Tropicana City Mall

Plan secara tiba-tiba. Linda datang ambil saya dan Khayra dari rumah SIL untuk ajak keluar lunch sebab Hubby kat court & solat Jumaat dengan kawan-kawan B*NM. Kami ke Tropicana City Mall & lunch di Otak-Otak Place sambil bergosips (lagi).

Lepas lunch, sambung gosips di First Floor. Khayra tak berani berjalan jauh dari kami, so lagiiii la kami syok berborak. Haha!

TMTM

Plan dah lama. Since sebelum puasa kalau tak silap. Siap Marliza & Daud turut terjebak lepas saya tweet dah booking tiket TMTM dan seats kami sebelah menyebelah. Hehe.

IMO : There was not much to shout about TMTM but overall it was just ok. Still rasa P.Ramlee The Musical lagi best. Terjumpa rakan – rakan Srikandi di sana iaitu Hanis & Anisah :D

Note of appreciation #1 : Terima kasih to Kak Liana, Abang Razman, Kak Nie, Eirfan & Eihsan for taking care of Khayra semasa kami di Istana Budaya menonton TMTM.

P/s: I should have provided with a manual on “How to Put Khayra to Sleep” lain kali, kan? Hehe. Khayra tanak tidur and waited for us to come back from IB although it was already 12.00 midnight.



Note of appreciation #2 : Terima kasih to Encik Suami yang tolong pujuk Mr.Penjaga Barisan Sign Autograph yang membuatkan saya dapat bertemu mata dengan pelakon – pelakon utama TMTM. Heheh! (Slot for public dah ditutup tapi Suami saya pujuk Mr.Penjaga Barisan Sign Autograph untuk saya masuk barisan dan yeay, berjaya!)

Note of appreciation #3 : Terima kasih to Encik Suami, Marliza & Daud sanggup teman sampai habis sesi bergambar dan mengadakan sesi gigam bersama selepas itu. Hehe.

Kemudian meneruskan sesi dating bersama Marliza & Daud sambil late night dinner di Uptown.

Agenda Ketiga : 25.09.2010 (Sabtu)

KLIA

Hantar Mama yang akan bercuti dan melawat Europe di KLIA. Bangun awal pagi untuk breakfast & ke KLIA together with family Kak Liana.

Beraya

Ke rumah Shukri & Asmah straight from KLIA. Thanks to Shukri dan Asmah sediakan makanan lazat for us that day. Dari rumah Shukri, call Id untuk ke rumah (baru) tapi makcik tu tak angkat telefon. Call Irfan dan kami adalah macam 10 minit lagi nak sampai rumah mereka. Id kecewa sebab tak dapat masak for us that day sebab kami bagi short notice. (Alaaa, next time k? Kitorang bagi 48 hours notice. Ngee) Nway, thanks for having us!




***

Banyak sebenarnya agenda lain bila sampai di KL, terutama untuk singgah beraya dan bertanya khabar teman-teman dan saudara-mara tapi itulah masa tidak mengizinkan. Memang setiap kali datang KL mesti jadual ketat, jadi maaf lah pada sesiapa yang kami tak sempat jumpa setiap kali di KL.

Overall, ke KL adalah fun tapi bila balik KT sure melepek letih. Kah kah!

.

11 comments :

Hazri said...

Sekarang kalau trip ke KL mesti meletihkan, too many things to do, so little time... sigh

HW said...

Betul! Lagi-lagi ramai cakap nk jumpa Khayra. Macam selebriti. Heh.

Anonymous said...

Bila nok ajak kami nonton teater jugok?

beso doh khayra..!

HW said...

Bro : Jom, next : Natrah

Unknown said...

1st pic diatas adalah yg terbaik dpt snap sbb anak2 yg lasak.hahahha..ye para abah relax makan&bergosip.para ibu sibuk kejar anak2.heaven bawa khayra ke tropicana sbb dpt melepak sambil borak.klu wijdan...aishhhh...bila nak jumpa lagi ye?

HW said...

Linda : Tapi ko tutup mata & Khayra tak pandang kamera, haha! Abah-Abah tolong amik gmbr. Hehe.

Nak nak nak jumpa lagi!

Insan Biasa said...

jemput bertandang lagi ke rumah saya lain kali.. Hari tu menu mee bandung.. Next time mee banting lak.. Heheh

farul said...

Wahida, mcm kenal jek Asmah tu..Dia masuk STF masa form 4 ek? rasa mcm ex-school mate dulu dulu..hehehe

HW said...

Shukri : InsyaAllah. Mee Bandung sedap nanti nk rasa mee banting plak. Hehe :P

Farul : Asmah wife Shukri, Shukri kawan BNM Hazri. Bukan school-mate kitorg. Heh

farul said...

Yeah, rasanya Asmah tu my ex schoolmate kt SMK Cheras dulu hehehe mana bleh lupa muka org yang kita penah minat :ppp

HW said...

Farul : Haha, keciknya dunia :P