Nuffnang Ads

Saturday, December 31, 2011

December, 2011

Here’s the end of year of 2011. Quick updates on our events in December, 2011:


Khayra was helping me with baking chocolate chip cookies. A little helper, I must say! :D



Tadaa! Hasil tangan Ibu (dan Khayra) yang Khayra samakan dengan “Chipsmore”. Haha! *kembang setaman*



Invited both sides of parents to have lunch at our house. Great company!



Lazy Saturday morning – our homemade breakfast :D



Diary hunting with Lil One. She was undecided to pick her book. *Rambang mata* (Nasib baik terhadap buku-buku ;P)



Dinner at Pizza Hut. Muka bahagia Si Kenit. Heheh.



P/s : Goodbye 2011, welcome 2012! 


Thursday, December 15, 2011

Demam 30 Jam

It’s been a while since Khayra fell sick. Last aku tulis entry ini (February, 2011) yang Khayra demam bila dapat ulser. Since Khayra 2 years old, kita dah start bagi Vitamin C (her favourite is Grapes flavor – Champs) setiap hari. If kita tak ingat, Khayra yang akan minta. Alhamdulillah, since then dengan izin Allah Khayra tak demam.

Sejak kita kembali dari bercuti, KT hujan saja and on 9.12.2011, Khayra ada batuk sikit and we realized her body ada temperature lepas Maghrib. Kami terus ke klinik and doctor cakap ada demam, batuk dan selsema – perfect combo, NOT! We kept our eyes on her temperature and did the sponging method. Yang kelakarnya, when she refused to let me put the wet towel on her forehead, aku nyanyi lagu 25 Rasul sambil letak towel basah on her forehead, baru dia diam. Since then bila aku nak letak towel basah, she requested: “Ibu, nak nyanyi Adam Idris (25 Rasul) / Alif Baa Taa, plish (please)” Haha, sejuk hati aku :D


On 10.12.2011 – Temperature tak tinggi dah tapi batuk still tak berkurang. I blamed the weather, holiday bugs and the fact that Khayra did not take her Vitamin C regularly during our vacation. Huhu. Malamnya dikhabarkan berlaku Gerhana Bulan Penuh in which aku keluar juga dari rumah nak tengok at 9.45pm, tapi tak nampak. Heh. Lepas solat sunat Gerhana, aku selitkan doa semoga Khayra cepat sembuh. I took half day on Sunday dan Alhamdulillah Khayra dah tak demam. Syukur sangat Khayra hanya demam untuk 30 jam sahaja. Here’s photos of budak baru baik dari demam :P
 

Terus nak main masak-masak. Kihkih.


Precious photo – solat syukur, mungkin? :D


Tahiyat / Duduk antara dua sujud. Mulut kumat-kamit baca doa :D


Lepas solat kita kemas sejadah, k?


On another note, kami dah siap print out dan susun gambar-gambar percutian dalam album. Masih berhutang mahu share di FB / Twitter. Nanti ya, bila aku rajin. ;P


Sunday, November 27, 2011

November, 2011

So this would be our first (and ONLY) entry in November, 2011? So hectic. Jotting down these for our future references:-

17th and 18th November: MCLAREN VOLO

We have been searching a lightweight stroller / umbrella stroller for Khayra untuk jalan-jalan. Dah survey beberapa tempat dan dah buat sedikit rujukan di internet dan sangat memerlukannya sebelum Disember ini. Kebetulan ada beberapa ibu-ibu sedang berdiskusi di Twitter dan ramai yang suggest to buy Mclaren Volo sebab lightweight. My criteria are as long as ada shade and basket, it would be perfect. Hubby’s criteria kalau boleh nak yang ada strap to galas and of course lightweight. Dipendekkan cerita, one mummy (@idayezid) yang saya kenal di Twitter gave me a link (Ainpreloveditems) yang jual pre loved Mclaren Stroller including Volo. Added her at FB and lucky me on that day, dapat chatting with Ain di FB dan buat reservation on Volo. Lagi best bila Ain offered ada new Mclaren Volo but ada a minor defect (and not visible to the naked eyes, if I may add) with a really reasonable price. Ain showed me the defect dekat button on the shade yang tercabut and Ain dah fixed it with another button, so it’s just like 99% new. Yang lain tak ada problem langsung and it comes in a box with tag, rain cover and warranty. Made an appointment with Ain at KL and sangat berpuas hati when we looked at the condition of the stroller dan terus bayar in cash to her. Sungguh berpuas hati dealing with Ain & husband Ain yang tolong kami pasang the said stroller & tunjuk cara etc to us. Thanks Ain! Terima kasih juga kepada semua rakan-rakan Twitter saya yang lain! Love love love. Here’s a picture (taken with my BB) of the Mclaren Volo in Turkish Blue:


Khayra – tidur lena :D


Enjoying her Tutti Fruitti on the new stroller :P

My personal review on Volo : GREAT! Only weighing 4kg, ada strap to carry on the shoulder, ada basket, rain cover and shades. Volo tak boleh recline ya, kawan-kawan tapi for a toddler yang berumur 1 year and above, tak kisah sangat kot. Volo is suitable for baby from 6 months. For purpose of jalan-jalan (and if you already have another perfect stroller yang boleh recline and suits from newborn), Volo adalah bagus for your next (lightweight) stroller.
18th November: BEST FRIENDS

OK, enough on lightweight stroller. Next, we went to the Maternity & Children Expo at Midvalley. Secara tak sengaja sebenarnya sebab kami memang plan nak ke MV so masuk MV saja, baru tahu ada Expo. Langkah kanan lah kiranya. Haha.



Entrance – Maternity and Children Expo at Midvalley Megamall


Someone just got himself a new toy. *Ehem* ;) 
(Not at the Maternity and Children Expo, ya. Hehe)



At night jumpa kawan-kawan kesayangan, Linda and Zmah berserta Suami dan anak masing-masing di Uptown. Rasanya dah lama tak jumpa semua sekali begini so bila jumpa excited sangat! Thanks korang for the triple dates! :P



Kami bersama anak-anak yang makin membesar :D

19th November: WEDDING

Jalan-jalan di The Curve, singgah rumah Makcik dan Pakcik, breakfast with Abang Imran’s family and attending hubby’s best friend’s wedding at Bora Asmara. Kawan baik Suami saya since tadika. Bagus, kan? Jumpa Wahida Ghazali, kawan lama saya ketika tuisyen Darjah 6 at the wedding. It was a beautiful wedding and congratulations to Midah & husband!


Picture below : Khayra di Bora Asmara. Last time we went here, at Bora Asmara adalah ketika Khayra masih dalam kandungan Ibu, celebrating our 2nd Anniversary :P



20th November: AL-FATIHAH

7.45am – Mama called Tanya bila nak bertolak balik ke KT. Kami sedang bersiap nak bertolak balik ke KT pada waktu tersebut. At about 8.30am, tengah nak kunci pintu rumah SIL (SIL & family went back to KT already on Friday), Hubby’s BIL called and informed us that Wan (Hubby’s grandmother) dah meninggal. We were so shocked. Suami saya terduduk di kerusi when we received the sad news. I hugged Hubby & started to cry. I was in denial bila Suami bagitahu untuk inform that news to my family. Saya rasa macam baru saja cakap dengan Mama dan waktu itu masih tak ada perkhabaran sedih itu. We started the car & had our breakfast in the car dan terus balik KT. Masa tu Allah saja yang tahu, saya berdoa agar perjalanan kami selamat (hujan sangat lebat on that day) dan moga cepat tiba di KT. On our way, kami dapat live updates dari both SIL & BIL yang kebetulan balik ke KT pada minggu itu.

We reached KT at 1.30pm and terus ke rumah Mama. I cried again masa peluk my SIL, Mama, his Aunties & cousins. Walaupun saya berpeluang mengenali Arwah Wan hanya 3 tahun lebih, kehilangan Arwah sangat dirasai. Semoga Allahyarhamah Che Zainab Binti Abu Bakar (92 tahun) (28.02.1919 – 20.11.2011) ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Tahlil dan bacaan Yaasin diadakan di kediaman Mama untuk 3 malam. Terima kasih pada yang sudi hadir dan terima kasih atas segala ucapan takziah dan doa-doa kalian.


24th and 25th November: ENGAGEMENT

Went to KL again with my parents to attend my cousin’s engagement at Cyberjaya. Berkumpul with my siblings, aunties & cousins adalah fun sebab semua rapat dan banyak gossip. Tehee. We might have to cancel our trip to *ehem (nama tempat dirahsiakan) early next year sebab perkahwinan sepupu saya akan diadakan pada tarikh tersebut.

So that’s all my catatan ringkas for the events that have been occurred in November, 2011. Ada segala kemanisan pertemuan, kepahitan perpisahan, kesempurnaan sebuah ikatan baru dan keterujaan menempuh hari mendatang. That’s life, huh? So colourful.


With that I have another few working days before our holiday begins. Yippee! *lompatbintang*

** Salam Tahun Baru Hijrah 1433 kepada semua umat Islam.


Thursday, October 27, 2011

C-U-T-I

A day before cuti Deepavali :

Bangun dari tidur, siapkan Khayra untuk ke school :

Ibu     : Esok kita cuti! Yeay! *Muka excited*
Khayra : (Mamai, tetibe dengar word C-U-T-I) Kita nak gi H*ong K*ong, Ibu?!
Ibu     : Bukan, itu nanti hujung tahun.
Khayra : Ehmmm (buat muka sedih)

Alolo, sekarang kalau sebut cuti saja, mesti Khayra teringat nak pergi travel. Anak oh anak! :P


Sunday, October 23, 2011

Kaget Moment

Situasi 1 :
Kat shopping complex, tetiba ko nampak ada baby comel sangat dalam stroller lantas pergi sapa dan dukung bayi tersebut.

Situasi 2 :
Kat kedai makan. Ko nampak ada baby comel duduk atas baby chair, ko geram ko pergi ambil gambar baby tu dengan handphone. Kemudian gelak-gelak bagitau kat kawan-kawan ko yang lain betapa comelnya baby tersebut.

Situasi 3 :
Kat fast food restaurant, ko nampak baby comel jalan-jalan dengan parents dia ko pergi cubit-cubit pipi dia. Then ambil gambar sebab comel sangat.

OK. Banyak lagi situasi lain, tak larat aku nak list semua. Korang pernah tak buat macam ni bila nampak bayi / kanak-kanak comel, gebu, putih melepak dan seangkatanlah. Kalau pernah buat, pernah tak terfikir perasaan ibu bapa bayi / kanak-kanak tersebut? Mungkin ada yang tak kisah, tapi mungkin ada yang kisah. Tepuk dada, tanya selera. Tapi permintaan aku, fikir dulu sebelum bertindak. Heh.

On the other note, ni nak cerita sikit. Last week ada sekali kami singgah di restoren untuk makan malam. Sebelah kami ada satu pasangan warga emas. Sejak masuk ke restoren, Atuk tersebut dah tegur-tegur Khayra. Tanya Khayra makan apa etc. Kemudia bila kami nak balik, Khayra pergi salam dengan pasangan tersebut. Tiba-tiba Atuk tersebut peluk Khayra dan bahasakan diri “Ki”. Khayra salam juga dengan isterinya, tiba-tiba nenek tersebut peluk cium Khayra macam cucu sendiri. Siap bahasakan diri “Ki dan Wan” kepada Khayra. Aku kaget juga sebenarnya. Orang asing peluk cium-cium-cium anak aku. Tapi tetiba aku terfikir maybe Ki dan Wan tersebut rindu sangat kat cucu so bila nampak Khayra teringat-ingat kat cucu sendiri. Sedih pulak aku rasa. Tiba-tiba aku nak buat seruan supaya bawalah anak-anak korang kerap balik jumpa ibu bapa, sebab maybe diorang dirindui sangat oleh oleh Atuk dan Nenek masing-masing. Heh. Honestly, even Khayra duduk dekat dengan both sides of grandparents, kalau tak jumpa lebih dari 2 hari sure diorang akan call atau suruh datang rumah nak tengok, peluk cium dan macam-macam lagilah. So bayangkan kalau cucu-cucu yang duduk jauh, sure lagi rindu. Ogden Nash puts it, “When grandparents enter the door, discipline flies out the window.”


 Haha, so true, kan? But we still love, love, love you! Teeheee.



Ini cerita lain pula. Biasalah, caca merba. Haha. Khayra tak banyak baju long sleeve sebab dia kuat berpeluh, so aku rimas kalau dia pakai long sleeve. Sebenarnya dah usha baju long sleeve kat Mothercare tapi plain saja. So aku bajet kalau by November tak jumpa baju long sleeve lain, akan teruskan juga dengan pilihan kat Mothercare tu for the purpose of jalan-jalan in December nanti. Tiba-tiba Iza ada buat sale di blog ini. Terus aku berkenan sebab yang black tu ala-ala lawyer’s bib (kunun, junior lawyer in the making. Haha!). So alang-alang nak beli, aku beli dua sekaligus. Geramlah! Sekarang baju-baju tu aku sorok lepas basuh sebab kalau Khayra nampak, dan-dan tu dia nak pakai. Nehi, tunggu Disember nanti, OK anak? Heheh.


Harini ada 10 klien datang for appointment, 3 practical students baru masuk, 5 urgent cases yang kena settle by today dan beberapa bil kena buat. Tensi tengok to-do-list aku. Alhamdulillah berjaya harungi semua dan sekarang tak sabar nak balik dan jumpa si kenit! My most awaited moment kalau hari Ahad - jam menunjukkan tepat pukul 5 petang! Tik tok tik tok :D


Thursday, October 13, 2011

Short Vacation

Pernah tak korang rasa kerja banyak dan rasa tak cukup masa nak siapkan semua? Pernah tak korang rasa tiba-tiba nak quit kerja dan jadi Stay-At-Home-Mother (SAHM) saja? Pernah tak korang rasa tak cukup tangan sebab korang kena buat kerja orang lain sebab Bos hanya percayakan awak sorang saja untuk buat kerja tu bila orang tersebut cuti bersalin? Pernah tak korang rasa, bestnya kalau dapat cuti lama-lama? Atau pernah tak terjadi kat korang, even though dah dapat MC dari doktor tetapi kekangan kerja dan rasa tanggungjawab ke atas klien, awak kena masuk juga ke pejabat walaupun mata bengkak sebab allergy? Haha. Kena atas batang hidung sendiri. Nice.

Ya, aku rasa semua yang tersenarai di atas. 10 markah. Bleurgh.

Disebabkan aku stress sebab kerja banyak (aahh, default reason, kan?) dan Suami ada trial back to back everyday dalam bulan ini, kami bersepakat ambil cuti (plus ada wedding di Melaka) and went for a short trip / vacation bersama yang tersayang. Chewah. It was fun-fun-fun-hoyyeah 7-hours (for one way trip) road trips with your beloveds : KT – KL – PD – Melaka – KL – KT. Tapi disebabkan kami bermalam di semua negeri tersebut, maka tak terasa sangat jauhnya.

Nasihat aku, tak perlulah pergi ke London atau ke luar negara (ini kata-kata dari orang yang tak berapa nak ada budget. Uhuk) sebab tempat-tempat dekat yang menarik dan cantik juga boleh mencipta bahagia. Duduk rumah dengan Suami dan anak pun boleh mencipta bahagia, kan? :P Nota : cerita bergambar selepas ini. Harap bersedia.

Aku skip cerita KL sebab tak banyak benda buat selain shopping. Teehee. Kat PD kami booking resort : Avillion Admiral Cove. Ada kawan yang tolong booking dan rekemen sebab dia kerja dan tinggal di PD, so kami akur saja dengan cadangan beliau. Subhanallah, cantik OK resort tersebut! Hilang semua stress kerja aku the moment we stepped into the resort. Haha.


View from our room – Lobby – Surroundings – Subhanallah, cantik!



Our room. Besar dan cantik. Dalam bilik dan ada bilik (ala Japanese door / sliding door to separate bed and living area). Ada couch yang macam mini baby cot (Khayra claimed tu katil dia. Haha!). Selain sinki dalam bilik air, ada juga sinki dalam bilik sendiri (washing area / kitchenette). Ada juga work station (Yikes! Aku fobia tentang kerja time vacation. Haha!). Ada kipas dan air-cond dalam bilik, pilih mana korang nak guna atau nak guna dua-dua juga boleh. Sukati ko lah Labu. :P


Surroundings. Tangga tu mewah sungguh, nak letak dalam rumah please, Hubby? Hihi. Ada Gym dan Children’s Playroom. Ada yacht, harbour, marina etc. Ada pakej kalau nak ride on.



Lil Darling – marina view. Ready to get into the swimming pool.


Finally. The most awaited moment.



Tahap termenung jauh? Fikir apa tu? :P


Sejuk dan lapar mungkin? :P


Swimming pool area.


Day-2. Morning breakfast.


Lil Darling posing. Taken after her morning swim.


Santai. Playing inside the Children’s Playroom.


Checking out. Next, to Melaka! Khayra tidur sepanjang jalan. Aku syak ada magic dalam kereta dan car seat Khayra sebab masuk-masuk kereta saja, sure Khayra tidur – sepanjang jalan to all destinations. Phew.


Attending Alvin’s and Sharon’s wedding at Melaka. Oh, so gorgeous!
Overnight at Melaka – D’Village Hotel.


Meeting Hana, Zmah and Bon for lunch. Jalan-jalan di Melaka. Posing dengan beca meriah.


On the way back to KL from Melaka, we dropped by at The Big Bad Wolf Books Sale at MAEPS, Serdang. Terima kasih Suami kerana sudi bawa kami ke sana, berusaha cari MAEPS (sebab tak tahu, rupanya dekat UPM saja!) dan tolong angkut kotak buku-buku yang dibeli! Spent almost 4 hours there dan sangat berbaloi borong buku!



Mine – bila nak memasak semua itu? Hihi.


Hubby’s


Another set of mine :P


Lil Darling’s - the winner (paling banyak beli buku). Hihi.



Lil Darling’s favourite books – DORA. Our Lil Darling is the happiest girl in the world after having the new collection of Dora’s books. RM5 each. Crazy sale!



Will mark it as our must-to-go-event! A MUST, OK? :P



Wednesday, October 5, 2011

Lil Darling - Obsessions

According to this, while the onset of obsessive-compulsive disorder (OCD) usually occurs during adolescence or young adulthood, younger children sometimes have symptoms that look like OCD.

Haha, aku rasa Khayra ada symptoms that look like OCD - Her obsessions with order:

Arrangement with toys : kena ikut classification i.e. ada group botol susu Toys R Us, ada group buku, ada group magnets.

Arrangement with Timmy / Dora / ABC Books : wajib ikut susunan especially kalau yang beli dalam kotak. Khayra susun ikut gambar sama dengan gambar, tulisan kena sama tulisan. Tak boleh campur aduk gambar dengan tulisan. Satu hari tu aku kemas buku Timmy Time dia ikut suka hati aku, then Khayra nampak, dengan nada sedikit marah dia cakap kat aku, “Ibu, salah susunlah!” Lalu Khayra betulkan susunan ikut gambar dan tulisan. Ingat tu, tak boleh campur aduk! A big-NO. Haha.

Arrangement with colour pencils / crayons : oh, lepas selesai guna Khayra akan kumpul dan susun semua dalam box masing-masing dan wajib cukup semua. Ada sekali hilang sebatang crayon kaler merah, merata Khayra cari dan involve-kan aku sekali lah untuk cari. Bila jumpa, bukan main gembira dan buat muka puas hati! Kah kah!

Obsession with checkers – ada satu situasi yang aku ingat, lepas dress her up dalam bilik dia aku gi dapur tutup suis dapur dan biarkan kipas dan lampu bilik Khayra terbuka. Bila Khayra dapat tahu, she was like mengomel, “Ibu, tak tutup lampu dan kipas bilik Khayra.” Then kalau nampak pintu peti ais terbuka lama, dia cepat-cepat pergi tutup. Sama juga bila drawer dia tak tutup, dia pergi tutupkan. Pintu rumah tak diselak, dia tolong kuncikan. So aku ada ‘mak guard’ kecik kat rumah? Haha!

Obsession with washers – tak boleh OK kalau tangan / kaki / mulut / baju Khayra kotor. Kalau rumah aku tak bersapu dengan betul atau kalau aku tak clearkan nasi tumpah atas lantai, bila Khayra terpijak / kotor kaki dia, Khayra buat muka geli atau dan-dan tu dia akan duduk dan buang nasi yang terlekat kat kaki dia. Dia kena berjalan atas lantai yang crystal clear, OK? (aku exaggerate, ahha!). Bila aku tak cuci buih sabun Khayra dalam toilet lepas dia mandi, dia akan cakap, “Ibu, ibu tak wash sabun dalam toilet.” Oh, pandai cakap! Hihi. Setiap kali Khayra cuci tangan, mesti nak sabun tangan dan mesti minta tisu afterwards (kecuali dia lupa in which jarang sangat dia terlupa! Haha!) Jadi, boleh faham sekarang aku bercinta dengan mop dan penyapu kat rumah? Lazat. Hehe.

Khayra style yang sayang barang-barang dia especially buku-buku. Tak boleh air tumpah sikit kena buku atau buku kotor atau buku bersepah. Mesti dia ambil tisu lap kekotoran atau simpan buku-buku dia (tapi kadang-kadang aku yang suruh kemas lah. Hehe). Kalau bawa barang masuk dalam kereta pagi sebelum hantar ke school, bila sampai school usually aku tak kasi dia bawa so akan simpan dalam kereta. First thing first yang dia akan tanya bila ambil dari school petang, adalah barang dia yang kita simpan dalam kereta tu. Ingat pulak apa barang dia yang kita simpan tu so aku tak boleh sorok ke atau hilangkan ke apa. Kena jaga baik-baik sepertimana aku janji dengan Khayra. Haha.

Sebenarnya ada kisah macam mana Khayra belajar kemas barang-barang dia lepas dia main atau sepahkan. Ada one day, Khayra tanak kemas toys dia dan aku jadi tarzan tapi still tanak kemas, so aku cakap aku akan buang if bersepah (in which aku sorokkan). Menangis jugak lah Khayra time tu bila aku cakap pasal buang (ya, aku Ibu yang garang!). So lepas-lepas tu dia akan kemas setiap kali dia main / sepahkan atau sebelum aku jadi tarzan. Heh. Walaupun tak berapa bagus cara ugutan untuk didik anak, at least dia belajar something untuk kebaikan dia (dan juga aku. Hiks)

OK, dah tersasar. Tapi cakap pasal obsessions Khayra. Now nak cakap cara didik pulak? D’uh. Tak adalah, aku nak share sikit sebab ramai tanya bila nampak Khayra macam tertib budaknya (aku tekankan : nampak / kelihatan / macam). Aku tak ada rahsia dan aku rasa lain parents, lain lah cara kendalikan anak dan setiap anak itu kan lain ragamnya. Cuma didik cara terbaiklah untuk masa hadapan anak kita juga. Kalau ada parents tak setuju marah-marah anak dari kecil, itu adalah hak masing-masing, tapi aku marah la bila Khayra buat salah. For her own good aku rasa, bukan marah sesuka hati. Lagipun kalau nak tunggu besar nanti takut sentap, “dari kecil tak pernah marah, kenapa sekarang, Ibu? Kenapa?!” (ayat drama sambil nangis bila kena lempang. Hehe).

Apa-apapun bagi aku semua bermula dari saat kita mengandungkan anak itu sendiri untuk corakkan perilaku dan bimbing dia dengan baik. Rata-rata aku rasa semua orangpun tahu, satu yang pasti perlu ada asas yang kukuh dan pegangan agama yang baik. InsyaAllah.

Drama queen – we love you so much Lil Darling, no matter what! :D



Monday, September 5, 2011

Eid Mubarak 1432H (2011)

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia

Official Raya Portrait :D

Raya Ke-2 : At my parents’ open house Raya

Khayra and cousin; Eihsan. So cute!

Khayra and cousin; Aisyah. At Ayah Teh’s house – Batu Burok.

Cousins : Eirfan, Ira & Khayra. Wan’s house.

Impromptu family picture – at Achik’s house.

Big family – my mom’s side. Raya Pertama.

His siblings + my siblings + kids and my parents. At my parents’ house. Raya Ke-4.

We had a very hectic Raya with families and relatives and we had so much fun together!

Selamat Hari Raya everyone!
Maaf zahir batin.
From : Hazri, Wahida & Khayra.