Nuffnang Ads

Sunday, October 23, 2011

Kaget Moment

Situasi 1 :
Kat shopping complex, tetiba ko nampak ada baby comel sangat dalam stroller lantas pergi sapa dan dukung bayi tersebut.

Situasi 2 :
Kat kedai makan. Ko nampak ada baby comel duduk atas baby chair, ko geram ko pergi ambil gambar baby tu dengan handphone. Kemudian gelak-gelak bagitau kat kawan-kawan ko yang lain betapa comelnya baby tersebut.

Situasi 3 :
Kat fast food restaurant, ko nampak baby comel jalan-jalan dengan parents dia ko pergi cubit-cubit pipi dia. Then ambil gambar sebab comel sangat.

OK. Banyak lagi situasi lain, tak larat aku nak list semua. Korang pernah tak buat macam ni bila nampak bayi / kanak-kanak comel, gebu, putih melepak dan seangkatanlah. Kalau pernah buat, pernah tak terfikir perasaan ibu bapa bayi / kanak-kanak tersebut? Mungkin ada yang tak kisah, tapi mungkin ada yang kisah. Tepuk dada, tanya selera. Tapi permintaan aku, fikir dulu sebelum bertindak. Heh.

On the other note, ni nak cerita sikit. Last week ada sekali kami singgah di restoren untuk makan malam. Sebelah kami ada satu pasangan warga emas. Sejak masuk ke restoren, Atuk tersebut dah tegur-tegur Khayra. Tanya Khayra makan apa etc. Kemudia bila kami nak balik, Khayra pergi salam dengan pasangan tersebut. Tiba-tiba Atuk tersebut peluk Khayra dan bahasakan diri “Ki”. Khayra salam juga dengan isterinya, tiba-tiba nenek tersebut peluk cium Khayra macam cucu sendiri. Siap bahasakan diri “Ki dan Wan” kepada Khayra. Aku kaget juga sebenarnya. Orang asing peluk cium-cium-cium anak aku. Tapi tetiba aku terfikir maybe Ki dan Wan tersebut rindu sangat kat cucu so bila nampak Khayra teringat-ingat kat cucu sendiri. Sedih pulak aku rasa. Tiba-tiba aku nak buat seruan supaya bawalah anak-anak korang kerap balik jumpa ibu bapa, sebab maybe diorang dirindui sangat oleh oleh Atuk dan Nenek masing-masing. Heh. Honestly, even Khayra duduk dekat dengan both sides of grandparents, kalau tak jumpa lebih dari 2 hari sure diorang akan call atau suruh datang rumah nak tengok, peluk cium dan macam-macam lagilah. So bayangkan kalau cucu-cucu yang duduk jauh, sure lagi rindu. Ogden Nash puts it, “When grandparents enter the door, discipline flies out the window.”


 Haha, so true, kan? But we still love, love, love you! Teeheee.



Ini cerita lain pula. Biasalah, caca merba. Haha. Khayra tak banyak baju long sleeve sebab dia kuat berpeluh, so aku rimas kalau dia pakai long sleeve. Sebenarnya dah usha baju long sleeve kat Mothercare tapi plain saja. So aku bajet kalau by November tak jumpa baju long sleeve lain, akan teruskan juga dengan pilihan kat Mothercare tu for the purpose of jalan-jalan in December nanti. Tiba-tiba Iza ada buat sale di blog ini. Terus aku berkenan sebab yang black tu ala-ala lawyer’s bib (kunun, junior lawyer in the making. Haha!). So alang-alang nak beli, aku beli dua sekaligus. Geramlah! Sekarang baju-baju tu aku sorok lepas basuh sebab kalau Khayra nampak, dan-dan tu dia nak pakai. Nehi, tunggu Disember nanti, OK anak? Heheh.


Harini ada 10 klien datang for appointment, 3 practical students baru masuk, 5 urgent cases yang kena settle by today dan beberapa bil kena buat. Tensi tengok to-do-list aku. Alhamdulillah berjaya harungi semua dan sekarang tak sabar nak balik dan jumpa si kenit! My most awaited moment kalau hari Ahad - jam menunjukkan tepat pukul 5 petang! Tik tok tik tok :D


6 comments :

Hazri said...

kesian orang tua tua... mesti lama betul x jumpa cucu... sampai cucu orang lain pun jadi lah... hehehe

HW said...

Diorang cium dan peluk macam nak bawa balik rumah. Cuak kejap. Hehe :P

Anonymous said...

so true apa yg k.wahi tulis.saya pun baru rasa hari tu.part yg atuk nenek,mmg sebak.yes, mmg grandparents syg cucu sgt2.in my case, opah n tokwan airis selalu mintak mms gambar.hihhiihi

HW said...

Lea : Grandparents sayang tanpa liability nak mendidik as much as parents do. Sebab tu grandparents tak garang dan ikut saja apa cucu nak. Teehee.

fiezaradzi said...

lau tiba2 ambil gambar tu mungkin sedikit tak suka la, nak2 lau tak mintak permission dulu.. kang dijual gambar anak tu.. huhuhu..heh

tapi bab lau atuk nenek tu, kira ok la.. kat sini pun ramai yg pangkat gitu.. mmg teringat kat atok nenek die, tapi jauh.. so, sekali sekala je leh balik.. tak pun buat video call.. mmg beruntung saper2 yg duduk kt kg kan.. huhuu..nk balik kg..

HW said...

Fiezaradzi : Kalau boleh mintalah permission, kan? Courtesy.

Atuk Nenek memang selalu rindu cucu :D