Nuffnang Ads

Tuesday, January 25, 2011

Random Things (Life & Family)

.
Banyak betul perkara nak diceritakan tapi macam tak cukup masa. Sibuk sangat lah konon! Heh. Here are some updates :


Khayra a.k.a Lil Darling

Minggu ketiga ke sekolah. Alhamdulillah. Kurang mencebik. Memang tak menangis langsung dah. Salah satu syllabus kat school included Alif Baa Taa. Ibu yang terkesima ada syllabus Alif Baa Taa sebab dulu time register tak perasan pasal syllabus Alif Baa Taa. Bagus lah ada sekali. Hihi. Everytime ambil Khayra kat school petang, Khayra akan cakap ‘Bye’ kat Teachers dan ucapan ‘Makacih’. Hehe.


Lil Darling & Cuzzies

Abah a.k.a The Husband
Been in a hectic schedule in January. Had trials almost everyday including cases/outstation at JB and KL. Sempat la saya dan Khayra join 2 hari di KL last weekend. This week sambung lagi kes di KT. Kalau saya, sure muntah darah pergi court hari-hari. Erk? Hehe.


Ibu a.k.a The Wife
Malas lah nak cakap sibuk sebab memang fakta pun. Heh. Saya MC last Monday sebab demam dan sakit tekak sampai hilang suara. Mungkin terlalu sibuk dengan urusan keluarga dan urusan pejabat lalu jatuh sakit dan lupa pada system imunisasi yang semakin hari semakin berkurangan lantaran sibuk dengan isu duniawi. Kadang-kadang terlupa that I am just an ordinary human being dan takkan boleh jadi superwoman pun untuk make sure semua kerja selesai, kadang-kadang ditimpa sakit dan dapat berehat seketika adalah satu rahmat yang sangat disyukuri.

Itulah manusia, kadang-kadang terlupa tentang diri sendiri. Terima kasih Tuhan atas secebis peringatan. Semoga kami semua dirahmati-Nya selalu. Amin.

P/s: We are going to JB-Singapore in a few days! Can’t wait! Weee!

.

Thursday, January 13, 2011

Random Things (Family : Kesyukuran)

.
Minggu Kedua
Khayra ke sekolah. Masih menangis / mencebik bila Ibu / Abah hantar ke school pagi-pagi. Perpisahan terasing? Heh. Tapi bila ambil petang dari school, memang happy semacam. Teacher cakap, Khayra nangis sekejap je pagi time Ibu / Abah tinggal. Lepas tu, dia ok. Alhamdulillah. Kadang-kadang sedih juga, bila ada satu hari Khayra cakap sambil nangis, “Nak Tok Wan” pagi-pagi sebelum hantar gi school. Tapi perlu fikir positive.

Teacher bagitahu Khayra boleh repeat apa Teacher ajar kat school dengan betul. Bila ajar pasal animals – Khayra tahu bird, cat, dog, butterfly etc. Bila syllabus fruits – banana, papaya, grapes etc. Bila masuk kereta petang lepas school, Ibu akan tanya pasal school, Khayra akan excited bercerita. Buat hati Ibu dan Abah gembira sebab Khayra just doing fine at school.

Khayra cerita jugak main ball kat school, Kakak (she refers to the Teacher) suap makan, makan bubur / biskut kat school, ada baby nangis cari ibu, main blocks dan macam-macam. She learns a lot!

Sekarang kalau ambil Khayra dari school pukul 5 petang, by 5.30pm dah ada kat rumah. Sempat la sediakan dinner dan buat kerja-kerja rumah atau singgah Giant beli groceries, pergi Secret Recipe dengan Khayra dan beli kek. Banyak perkara selesai sebelum Maghrib.

Satu hari lepas ambil Khayra dari school, saya terus pergi Giant sebab nak beli groceries. Terlupa bawak kasut Khayra lalu telah beli kasut baru untuk Khayra. Haha. Nasib baik ada size dan comel pula. Saya suka.

Kami plan untuk hantar Khayra half day setiap hari Ahad dan Rabu ke school sebab nak hantar Khayra rumah Umi. Tok Wan Khayra (Umi) rindu, tak boleh tak tengok lama-lama. Malam sure call nak dengar suara cucu. Khayra akan excited cerita pasal school. Yelah, dah 18 bulan Umi tengok hari-hari, tentu rasa lain bila tak tengok hari-hari. Lagipun kasih sayang grandparents terhadap cucu lebih lagi berbanding anak, kan? I heard a lot on this tapi nanti-nanti saya alami sendiri, baru boleh saya cerita. Hehe.

Sejak hantar Khayra ke school, maka saya tak jumpa Umi saya setiap hari. Abah – boleh jumpa kat firm. Jadi saya akan telefon Umi setiap hari. Kadang-kadang bercakap isu semasa, pasal artis, gossip etc. haha, semua lah nak bercerita.

Husband saya ke JB semalam. Ada kes hari ini. Jadi saya ambil peluang dan dengan keizinan Suami, saya bermalam di rumah ibu bapa saya bersama Khayra. Saya rindu bilik saya di rumah itu dan suasana makan pagi bersama ibu bapa dan berkesempatan mandi lama, bersolek lama dan duduk di meja makan lama-lama sebab Khayra ada Tok Wan dan Tok Abah entertain. Haha. Tapi saya rindu pada Suami saya. Sobs.

Tak sempat keluar lunch hari ini sebab ada walk in client dan ada yang datang membayar bil-bil saya. Indah kan aturan Yang Maha Esa? Tiada rezeki makanan di waktu lunch saya tapi ada rezeki wang pada waktu lunch saya. Alhamdulillah. Benar, things happened for a reason.

Cukuplah membebel. Waktu untuk solat, berdoa dan memanjatkan syukur pada-Nya pula. Syukran Ya Allah. Lagi bersyukur sebab esok hari Jumaat. Tak perlu meneliti files dan tak perlu dengar keluhan dan masalah clients. Heh. Yang ada cuma waktu bersama keluarga dan suasana seindah biasa di rumah. Alhamdulillah.

Kasut comel itu.

.