Nuffnang Ads

Monday, January 10, 2011

Versi Masakan #2

.

Managed to cook for 7 adults over the weekend and the menus, which I cooked with love (hehe) as below:

1. Kung Pao Chicken (1st recipe to try out, thanks to Mr.Google for the recipe!)

2. Telur Bungkus

3. Ikan Bawal Sweet Sour

4. Sup Sayur Campur

5. Ikan Kerapu Namprik Pau (Siakap was not available that day)

6. Goreng Sayur Kacang Panjang (with seafood)

7. Ikan Goreng

8. Chicken Porridge with Carrot, Broccoli & Cauliflower (For Khayra)


Banyak lauk ikan kan? Haha! Sebab masakan ayam dah terlalu biasa dengan kehidupan seharian kami, jadi bila nak masak rasa nak masak ikan pulak. Heh. Another thing adalah saya telah invite parents in law, Nyang Khayra, Hubby’s Uncle and Aunty who just arrived from KL the night before to have lunch at our place. My PIL & his Uncle and Aunty suka masakan ikan dan ikan goreng adalah untuk Nyang Khayra dan MIL yang menjalani operation baru-baru ini. I wanted to cook Kung Pao Chicken for Hubby as he had requested earlier, so saya Google for a recipe. See, I told you I cooked with love sebab masakan yang dimasak khas untuk individu berdasarkan preference masing-masing. Hehehe.


Alhamdulillah, semua habis! Seronok lah ajak orang makan dan melihat makanan habis dimakan. Weeee! Rasa macam semua keletihan hilang bila tengok semua makan berselera. Eih, penat tau memasak. Kih kih!


Apa yang menarik, Hubby’s Uncle texted me when he arrived in KL: “Thanks for your kindness. We enjoyed meeting 3 of you. Enjoyed the lunch at your house very much. Thanks.” Terharu tau! :D


Ok, nak share resipi Kung Pao Chicken (versi saya setelah ubaisuai sedikit sebanyak resipi dari bacaan Google) sebab lepas tweet tempoh hari, Huda, Marliza, Sanaa minta resipi. Sila lah cuba, mudah dan enak :D


Kung Pao Chicken


Bahan-bahan untuk diperap:

3 sudu besar sos tiram
2 sudu teh tepung jagung
Ayam (boneless) dipotong dadu (kuantiti – cukup untuk diperap bersama kuantiti sos tiram dan tepung jagung)


Cara:-

Goreng ayam yang telah diperap sehingga masak dan tak perlu digaringkan.

Toskan minyak dan ketepikan sebentar.


Bahan-bahan untuk sos:
1 cawan air pati ayam
2 sudu besar kicap manis
4 sudu besar sos cili sos cili Thai / bawang putih
2 sudu kecil tepung jagung
1 sudu besar gula / madu
1 sudu kecil garam


Bahan-bahan menumis:
Minyak untuk menumis
6 cili kering (dipotong dua)
2 ulas bawang putih
Sedikit halia (dihiris halus)
Capcicum (dihiris secara memanjang)
1 biji bawang besar (sebagai pemanis / potong bulat-bulat)


Cara-cara:-


- Ambil sedikit minyak daripada ayam yang digoreng sebentar tadi untuk menumis bawang putih dan halia sehingga kekuningan.

- Masukkan cili kering dan tumis hingga sedikit garing.

- Masukkan bahan-bahan sos di atas dan masak sehingga sos menjadi pekat.

- Masukkan isi ayam yang telah digoreng tadi dan kacau sehingga sebati.

- Sedia untuk dihidang!
.



4 comments :

Hazri said...

Amat sedap lagi enak sehingga menjilat jari, pinggan, mangkuk, sudu, garpu, senduk, periuk, kuali dan alas meja (sebab ada kuah menitik kat atas alas meja... hahaha!)

ibuwijdan said...

bagus..bagus..semakin cekap ibu khayra ni..ibu wijdan skill kena upgrade sbb abah wijdan nak rampas takhta..hahahahahahha

Id said...

Well done darling! Sure menarik nafas lega makanan laku kan? So I take it tak payah basuh pinggan la hari tu sbb Hazri dah jilat semua? Hehehe.

HW said...

Hubby : Hahaha! Biar betul, Dearie? Kih kih :P

Linda : Lakukan rampasan kuasa balik! Haha :D

Id : Hahaha! Betul, Hazri yang basuh semua pinggan mangkuk haritu tapi bukan jilat :P