Nuffnang Ads

Wednesday, April 13, 2011

Lil Darling - 21 months

.
Khayra sayang,

Sekejapnya masa. Rasa macam baru menyambut Khayra ke dunia tapi sekarang sudah 21 bulan. Beberapa bulan lagi genaplah 2 tahun usia anak kecil ini di muka bumi. Masih lagi segar dalam ingatan Ibu waktu melahirkan Khayra ke muka bumi ini. Pengalaman yang tak mungkin Ibu dan Abah lupa.

Dalam tempoh 21 bulan ini, Khayra cukup menghiburkan hati Ibu dan Abah. Semakin besar, semakin banyak kerenah. Dah banyak yang Khayra belajar samada di sekolah, dengan Ibu dan Abah atau dengan Tok Abah, Tok Wan, Ki dan Wan Khayra. Ibu tak nafikan dalam membesarkan Khayra macam-macam yang Ibu dan Abah pelajari dan kami kutip pengalaman itu untuk tempuhi hari mendatang dengan adik-adik Khayra kelak.


Antara kesukaan Khayra kini adalah menemani Ibu di dapur. Bila Ibu memasak, Khayra juga turut main masak-masak. Sampai penuh dapur Ibu dengan mainan Khayra. Tapi jika itu yang boleh meralitkan Khayra untuk Ibu teruskan memasak, maka Ibu tiada bantahan malah Ibu menggalakkannya. Khayra main dan tak kacau Ibu memasak sampai tertidur sendiri. Alhamdulillah siap juga lauk-lauk untuk santapan Ibu dan Abah serta untuk seisi keluarga Ki dan Wan.

Sedar tak sedar dah 4 bulan kami hantar Khayra ke sekolah. Andai nanti Khayra tertanya kenapa dihantar ke sekolah seawal 1 tahun setengah, jawapan Ibu dan Abah adalah tak mahu menyusahkan Tok Wan Khayra. Antara lain Ibu dan Abah mahu Khayra bergaul dengan rakan sebaya, berinteraksi dengan orang luar dan ada disiplin dengan jadual harian Khayra. Alhamdulillah, sepanjang 4 bulan ini Ibu dan Abah dapati banyak yang Khayra pelajari termasuk nursery rhymes, basic shapes, animals, fruits, body parts, vehicles, colours, numbers, ABC, Alif Ba Ta, berdoa sebelum makan dan tidur, tahu tentang solat dan macam-macam lagi. Ibu dan Abah gembira sekali melihat (ehem, masterpiece) art crafts Khayra di sekolah setiap kali Khayra bawa pulang.

Syukur juga ke hadrat Ilahi kerana tiada lagi drama pagi bila Ibu dan Abah hantar Khayra ke sekolah. Drama pagi di sini merujuk kepada situasi pagi bila Ibu dan Abah hantar ke sekolah, Khayra pasti mencebik bila sampai di sekolah. Buat hati Ibu risau tapi syukurlah sebab Teacher kata Khayra tak pernah meraung atau menangis selepas Ibu dan Abah pergi. Mungkin perpisahan (sementara) itu yang buat Khayra mencebik.

Sekarang Khayra dah tahu beberapa nama sebenar kami, contohnya, nama Ibu dengan yakinnya disebut (Wa-Ji-Da!), nama Abah (Hazz-Yi!), nama Tok Abah (Cik Ta! – Mukhtar), nama Tok Wan (Cik Ani! - Zaini), nama Ki (Ha-Ris!) dan nama Wan (Ai-Nun!). Kadang-kadang bila tanya banyak-banyak, Khayra confuse nama Tok Abah dan Tok Wan, lantas hanya cakap “Cik .. Cik … Cik” sambil berfikir yang mana satu. Haha!

Antara cabaran Ibu dan Abah sekarang ialah memahami bahasa Khayra. Sebab ada diantaranya Ibu dan Abah sukar fahami bila Khayra menyebutnya. Macam situasi malam tadi, Khayra cakap kat Ibu “Ibu, bukak” sambil buka seluar. Ibu tak kasi buka dan Khayra patuh sedangkan Ibu tak tahu yang Khayra maksudkan adalah Khayra poo-poo dan mahu tukar diaper. Sebab sebelum ini, Khayra akan cakap kat Ibu, “Ibu, Khayra poo-poo” dan bukan “bukak”. Ibu terlupa yang sekarang Khayra semakin besar dan belajar serta tahu banyak perkataan lain untuk terangkan sesuatu dan tidak terhad kepada satu cara sahaja.

Semakin dekat mencapai usia 2 tahun ini, ada juga hari-hari Ibu dan Abah cakap “No!”, kadang-kadang Khayra tetap buat perkara itu dan Ibu dan Abah akan marah. Bila kena marah, Khayra akan menangis dan akan cakap “Ibu / Abah, sorry” dan akan peluk serta cium kami. Ibu dan Abah harap Khayra faham, kadang-kadang bila Ibu dan Abah marah itu sebab kami terlalu sayangkan Khayra dan tak mahu Khayra buat perkara-perkara bahaya / salah. Terima kasih kerana Khayra cakap “Sorry” bila buat salah / kena marah dan dah belajar kalau minta apa-apa perlu bermula dengan ayat “Please..” dan menerima apa-apa dengan ucapan “Mekacih”. Kami percaya untuk besarkan anak-anak, perlu juga marah-marah sayang sebagai didikan.


Kalau Khayra nak tahu, sekarang ramai sangat yang tanya Ibu dan Abah, “Bila Khayra nak jadi Kakak?” bila tahu Khayra dah semakin besar. Jawapan biasa yang kami beri adalah “InsyaAllah, bila ada rezeki.” Jawapan yang terlalu selamat sebab kebanyakannya tak akan bertanya soalan lanjut. Tapi ada juga yang terus berkata pada Ibu dan Abah “Jangan lama sangat, OK dah jarak 2 tahun.” Kalau ikut hati Ibu, Ibu nak saja jawap, “Jarak 2 tahun ke 3 tahun ke 4 tahun ke, bukan kamu yang jaga, didik dan membesarkan anak-anak saya, jadi tak perlu tentukan jarak berapa-berapa.” Tapi Ibu hanya diam dan senyum saja. Kadang-kadang Ibu rimas juga dengan soalan-soalan ini, tapi berbalik kepada jawapan selamat di atas, “InsyaAllah, bila ada rezeki.” Teehee :D

Kesukaan Khayra terhadap buku-buku amat Ibu dan Abah senangi. Jika diberi buku akan ralitlah anak kecil ini menelaah dan menyanyi-nyanyi sendiri dengan gaya yang berlainan. Ibu masih ingat ketika Khayra masih kecil dah pandai berebut buku undang-undang dengan Abah. Sekarang suka pula bermain make up Ibu, main beg tangan Ibu, buka wardrobe Ibu dan Abah dan atur toys sekeliling rumah. Nasib rumah tak besar, mudah Ibu mengemas kalau ada hari-hari Khayra tak mahu mengemas sendiri.

Waktu tidur malam Khayra sekarang ialah jam 10.00 malam dan kadang-kadang bangun minta susu sekali sahaja dan tak pernah Ibu tak cukup tidur. Terima kasih wahai, anak! Tapi tidur siang dalam sejam lebih sahaja sekarang dan ini membuatkan Ibu terkejar habiskan kerja rumah secara sepantas kilat diwaktu Khayra tidur. Alhamdulillah, Khayra tidak memilih pasal makanan. Penggemar setia pada masakan pasta (semua jenis pasta), mee (mee sanggul, kuey teow, bihun), roti, bubur nasi (buat juga kadang-kadang sekarang), nasi minyak, nasi ayam dan lain-lain. Sayur seperti lobak merah sangat digemari dan boleh dimakan begitu sahaja serta penggemar buah-buahan. *Teringat saya masih berhutang resepi makanan anak saya dengan Anis Mokhtar. Sabar ya!*

Cukuplah setakat ini coretan Ibu sebagai ingatan bersama. Doa Ibu dan Abah kepada Khayra semoga Khayra menjadi anak yang solehah dan dilimpahi rahmat-Nya selalu. Amin.

Sayang selalu,

Ibu & Abah.
.



16 comments :

The Zulus said...

mudah-mudahan Khayra jadik anak yang Solehah..Ammiiiiinnnnnnn

HW said...

Aamiinnn! :D Thank you Zul!

AyinEmran said...

Wah, banyaknya ingredient Khayra tersusun (mangkuk byk masa masak), masak apa tu?

Nampak comfy sangat car seat Khayra. Jenis apa ye Wahida?

HW said...

Ayin : Tula, Ibu masak dia pun main masak-masak. Ngee.

Car seat - dah jawab di Twitter, siap dengan harga. Kih kih! :D

Anonymous said...

khayra - anak yg baik & tak byk karenah. lama dok baloh dgn kak aichah!

HW said...

Bro : Lepas ni kena mintak autograph la dengan Kak Aisyah, dah glamer! Hihi :D

Anonymous said...

yeah! no hal..

Anonymous said...

ha cepat cepat! lama dah nunggu nie..ari2 bukak blog nih..

1 lagi kerisauan aku skang nie, anak dah tanak susu..dah la gigi pun tak lengkap lagi, takkan nak berenti dah..nanti tulang lembik..malam tido tak minum susu dulu, pastu tak penah bgn tgh malam mintak susu, lena sungguh..malam bukan makan apa pun..dia tanak makan apa pun..ada pendapat tak?

-anis

fiezaradzi said...

seronok kan tgk perkembangan anak2.. alhamdulillah atas limpahan rezeki dariNya..

HW said...

Anis - Try tak bagi vitamin?

Fieza : Alhamdulillah :D

farul said...

Amin..both, jadi anak solehah dan cepat dapat adik :pp

HW said...

Farul : Amiinnn! InsyaAllah :D

Abah Khayra said...

setiap hari Abah dan Ibu bersyukur dapat anak macam Khayra...

HW said...

Abah : (",)

Sumijelly said...

comelnya...

makin besar lagi terserlah kecomelan....

pas nie ramai jejaka terpikat...hehehe

Sumijelly.com

HW said...

Kak Sumie : Hehe, terima kasih! Jejaka macam terlalu awal la Kak :D