Nuffnang Ads

Thursday, April 7, 2011

The (Usual) Reunion



“Together forever, never apart. Maybe in distance but never at heart.” – Unknown writer


Serius lama nak ambil masa nak edit dan upload gambar kawan-kawan baik saya berkunjung ke negeri kami di Timur Malaysia ini. Memang kami biasa berjumpa bersembilan begini sepertimana coretan ini dan ini. Lainnya untuk kali ini, kawan-kawan saya sanggup drive dari KL dan Muar untuk bertemu di negeri kelahiran saya ini dan menghabiskan hari minggu bersama.

Seawal mereka merancang untuk datang berkumpul di sini, saya dah excited sangat dan mula mengira hari untuk menyambut kedatangan mereka. Sebetulnya kami merancang untuk ke pulau bercuti bersama dan memandangkan rekod cuaca di mana adalah digalakkan untuk ke pulau adalah pada bulan Mac, kawan-kawan saya terus membuat perancangan datang ke mari. Namun atas faktor cuaca yang tidak menentu, hujan mencurah-curah turun pada minggu mereka datang. Maka, harapan bercuti ke pulau dibatalkan.

Bagi tidak menghampakan percutian dan perjalanan jauh kawan-kawan saya, the next best thing yang dapat difikirkan ialah air terjun! Woohoo! It took about 45 minutes from their hotel to Air Terjun Sekayu dan Alhamdulillah, cuaca pada hari tersebut berpihak kepada kami bila cuaca tidak hujan. So we had a great time together sambil berkelah dan bergosip di air terjun!



* Father and daughter’s bonding session – exploring the nature :D *


* Air Terjun Sekayu *

Air sangat sejuk sampai Wijdan (anak lelaki Linda and Zul) serta Hana (anak perempuan Zmah and Bon) tak tahan dan tak sanggup berendam lama dalam air. Hehe. Dalam perjalanan pulang dari Air Terjun Sekayu, we have been informed that Hubby’s uncle, Pakcik Atan terlibat dalam kemalangan. So Hubby and Abah went to ICU to visit Pakcik while my friends went to Pantai Batu Burok for tea time and keropok lekor’s hunting.

The next morning, kami ke Pasar Payang dan my family invited all of us to have lunch at my parents’ house.


* Lunch – at my parents’ house *

Agenda petang sebetulnya mahu makan seafood / ikan celup tepung di Teluk Ketapang tapi dalam perjalanan ke sana, hujan sangat lebat dan plan ke Teluk Ketapang had to be cancelled. Jadi kami sempat singgah dan kawan-kawan saya borong keropok lekor BTB (the famous Keropok Lekor with the numbering system – macam ala Bank tu. Heh) dan had tea at our house and went out for dinner at Zee’s Corner.


* Tea time at our house – so much fun together *

The next morning, sebelum bertolak balik ke KL dan Muar, kami makan pagi di Restoren Mok Ngoh Nasi Dagang – the famous Nasi Dagang restaurant at KT (the one yang masuk paper sebab charge RM45 for ikan tongkol sahaja). So that’s the end of their trip to KT and we had a great time together!

Wait, that’s the end of Zmah, Bon and Hana’s trip to KT sebab Linda, Zul and Wijdan terpaksa patah balik ke KT sebab kereta rosak, jadi tak dapat teruskan perjalanan balik ke KL and they stayed at our house. The next thing saya nak highlight is that they had to stay here at KT for one week sebab ada masalah teknikal pada kereta dan kesilapan order barang. Muwahahaha! Lama seh, tula plan nak datang sekejap sangat. Kih kih!

So for the one week extended period for Linda, Zul dan Wijdan, rumah kami meriah sebab ramai orang. Siap stayed up late sebab bercerita tanpa henti the good old days during Uni time dan zaman bercinta (ehem), Linda cooked lunch and dinner for us sebab kami bekerja dan mereka bercuti serta tengok TV/DVD movie secara berjemaah. Hehe



* During the days Wijdan had to stay longer in KT *

(Friends and rivals. Jangan terpedaya dengan kemesraan dalam gambar. Kah kah!)

Linda, Zul dan Wijdan sempat ke Kota Bharu, Kelantan with us untuk visit Hubby’s Uncle yang dimasukkan ke wad ICU Kubang Kerian, Kelantan for operation selepas kemalangan tersebut dan singgah sekejap di Pengkalan Kubor. Walau bagaimanapun kami mendapat berita sedih dalam perjalanan pulang ke KT pada hari tersebut di mana Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk Pakcik Atan yang kembali ke rahmatullah jam 8.30 malam, pada hari Jumaat, 1hb April, 2011. Semoga bersemadi dengan tenang dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Al – Fatihah.

P/s : Happy 31st Anniversary to my beloved parents (6/4/2011). We love love love both of you! 
.


6 comments :

ibuwijdan said...

yup..akhirnya aku tersadai di tganu gara2 derhaka sbb dtg kejap sangat.anyway...thanks for "keeping" us.hahahahahhaha...nanti dtg kl claim balik kat aku.muahahahaha...

Anonymous said...

aku pelik dari dulu geng2 korang ni je ke..? dari belajar smpai dah ada nak ni je kwn2 wahida yg aku jumpa.. hahaha..

HW said...

Linda : Haha! Jangan risau, kitorang tengah finalise claims. Nanti sampai la tu. Hihi :D

Bro : Kah kah! Dah time belajar duduk serumah, kelas sama etc. mesti la orang sama je. Apa yang penting? Kerjasama!

The Zulus said...

skrg wijdan kalau jumpa budak pompuan mesti dia cakap "khayraaaaaaa"..muahahaha

ibuwijdan said...

abg helmi:kitaorg jer kawan-kawan wahida.muahahahhahahah...

HW said...

Zulus : Haha! Kalau berjauhan rindu pulak. Hihi, Wiji-dan ni ;D

Linda. Alolo, shedeh sangat! Heheh :D