Nuffnang Ads

Thursday, June 2, 2011

Resipi : Puding Roti

Selalu berdebar bila Ayin minta resepi masakan sebab saya bukanlah berbakat besar dalam bab-bab memasak ni. Teringat di Melbourne bila Mama (my MIL) bercakap tentang saya rajin memasak pelbagai lauk dan mengundang tetamu makan secara berjemaah depan Umi saya. Serta merta mengaku sebelum kahwin semua benda bab masak-memasak ni TAK PERNAH buat! Haha. Alhamdulillah selepas kahwin, BOLEH memasak tapi bukanlah pakar. Huhu. OK, that would be in another entry. Kah kah!

Malu (tapi mahu) share resipi ini sebab resipi orang lain (lagi-lagi Ayin tu :D) lagi hebat dari ini tapi saya share sebab saya suka sangat dessert ini dan atas permintaan Ayin, maka inilah resipi : Puding Roti. (Maaf, tiada gambar. Tak pernah snap gambar homemade Puding Roti. Hihi)

Bahan-bahan

4 – 5 keping roti (Tips : Roti High 5 adalah pilihan saya sebab textured yang soft)
500ml susu segar
3 biji telur (medium size)
5 sudu besar gula
1 sudu besar tepung kastard
Kismis (untuk ditabur) *optional (Tips : Lagi sedap bila ada kismis hitam)

Cara-cara

1. Sapukan loyang dengan mentega.

2. Potong roti dan susun di dalam loyang (tiada garis panduan untuk susunan roti yang ditetapkan).

3. Taburkan kismis ke atas susunan setiap lapisan roti.

4. Susu dipanaskan di atas api perlahan dan tidak perlu tunggu hingga mendidih.

5. Masukkan telur dan gula dalam satu bekas dan pukul kedua-duanya sehingga kembang dan sebati.

6. Masukkan susu yang telah dipanaskan.

7. Masukkan tepung kastard dan kacau hingga sebati dan tepung tidak berketul-ketul.

8. Apabila sebati, tuangkan campuran atas susunan roti.

9. Biarkan selama 20 minit supaya roti kembang.

10. Bakar 45 minit pada suhu 180 darjah celcius.

11. Kemudian sejukkan sebelum dimakan. Lebih enak dibiarkan sejuk di dalam peti ais.

Sebenarnya Puding Roti di atas sudah sedap dimakan begitu sahaja (bagi saya), tapi jika ada yang ingin makan bersama sos kastard, bolehlah ditambah untuk dimakan bersama Puding Roti tersebut.

Sos Kastard

500ml susu segar
2 sudu besar kastard
2 sudu besar gula biasa / gula perang
Sedikit esen vanilla

Cara menyediakan sos kastard

1. Kesemua bahan di atas disatukan.

2. Sebatikan kesemua bahan (tiada yang berketul dan gula hancur).

3. Tapis campuran tersebut.

4. Masak di atas api perlahan dan hendaklah sentiasa dikacau.

5. Kacau di atas api perlahan sehingga campuran pekat dan berkilat.

Siap untuk dimakan bersama Puding Roti! Yummy good! At least lepas ini kalau ada roti yang leftover, bolehlah buat kan? Hehe :D
.



No comments :