Assalamualaikum.
Fuhh,
setahun tak update. Fuh fuh fuh (tiup habuk). Suami ada encourage suruh update
tapi apakan daya, masa tak mengizinkan (d’uhh).
Where
to start eih? I am still a full time working mother (tsk!) and still a mom of
two girls. I will write randomly jelah today ye ikut sub topic (ecewah). Rindu
sebenarnya bila baca entry lama. Kesian Hafiya, not so much update on her (we
love you nevertheless, Adik!).
KHAYRA
Dah
berusia 5 tahun pada bulan 7 yang lalu. Kami buat small birthday celebration
kat Secret Recipe memandangkan birthday Khayra jatuh pada bulan Ramadhan. Next,
masa pergi KL during Nuzul Quran, kita buat small celebration dengan anak-anak
my besties; anak Linda (Wijdan) dan anak Zmah (Hana) kat Umai Café Putrajaya.
Ordered Frozen cake from my primary school best friend, Nadia yang tinggal di
Putrajaya and dia delivered kat hotel. Kami menginap 1 malam di The Everly
Putrajaya sebab nak jumpa kawan-kawan sambil buat birthdays Khayra, Wijdan dan
Hana (hari lahir diorang lebih kurang dekat-dekat) dan juga berbuka puasa
bersama Liza yang kebetulan balik bercuti dari UK. Malam tu juga Khayra dapat
surprise gifts dari kami (apart from dapat hadiah-hadiah dari my besties),
iaitu Frozen dolls and Frozen plush dolls yang kami kirim dari Liza – beli direct
from Disney Store UK. Masa tu kan semua tengah in pasal Frozen so banyak websites
sold out. Hmpph. Terima kasih banyak Liza for the efforts carikan Frozen dolls
and Frozen plush dolls untuk Khayra dan Hafiya. Memang drama sungguh nak
belikan sebab kena berebut kat website Disney Store UK (sebab selalu sold out
and ada limit on quantity to buy) and kesungguhan Liza menapak cari kat semua
kedai Disney and kedai toys kat UK! Haha, thank you so-so-so much!
Khayra
dah masuk sekolah baru this year, sekolah tadika abah Khayra (dan Mak Ngah dan
Pak Long Khayra juga). First day, nangis sebek juga masa kami tinggalkan dia
(sebab new environment kot, alahai anak ibu!). Tapi bila picked her up at 12,
Teacher Rozita cakap dia OK je lepas tu. Nangis kejap je. Hehe. So sebenarnya
Khayra nangis sebek tu setiap kali kami tinggalkan dia pagi hari kat class
berlarutan untuk 1 month plus. Bahahaha. Tapi sebab Teacher dia cakap she was
all fine, that she will participate in class, boleh repeat apa Teacher ajar,
berkawan elok, makan OK semua, so kami rasa tu adalah simpton separation
anxiety je lah kot. Hehe. Fast forward, Alhamdulillah tamat tadika 5 tahun di
St. Theresa dengan kepujian dari Teacher. Dan within 2-3 months kat sana, dah nampak
perubahan Khayra that she is more independent, tak clingy sangat, tak takut
stranger sangat (she is a kind of very-very reserve dan pemalu dengan orang
luar before this) dan keyakinan diri tu nampak lebih tinggi. Masa Report’s Day,
Teacher komen, she’s the best in class, cepat buat kerja dan homework dan tergolong
dalam kumpulan yang tak bermasalah dalam kelas. Alhamdulillah. Cuma kena give
more attention on her hand writing dan penulisan Jawi. Sekolah Khayra ni ada
pelbagai kaum dan setiap kali perayaan, diorang akan ada menyanyi lagu budaya masing-masing.
Konsep 1Malaysia gitu. Best friends Khayra adalah Ivy, Damia, Sharifah dan
Lylia.
Sebenarnya
Khayra ni nampak sangat berminat dengan art. Dia suka spend time untuk melukis,
colouring, painting and experimenting macam dalam siri Art Attack / Sains apa
ntah kat TVIQ tu. So kadang ada weekend free, akan layan juga dia buat giant
fly, giant bee, painting etc. Now Khayra suka sangat collect figurines (Sofia the
First, Princesses, My Lil Pony, Frozen to name a few) dan Lego Friends (yang
murah tu!).
Sangat
sayang Adik Hafiya dan selalu mengalah (I think first born memang kebanyakan
macam ni).
HAFIYA
Dah
berusia 2 tahun pada Oktober yang lalu. Kami buat small celebration dengan
family (kebetulan Mak Ngah dan family ada balik). So just potong kek dan keluar
dinner ramai-ramai. Ada juga buat celebration kat school, ibu tempah cupcakes
dan buat goody bags for her friends.
Hafiya
dah masuk (play) school / taska earlier this year. Setahun je duduk dengan Tok
Wan. Tu pun Tok Wan pujuk hantar lambat sikit. Tapi tak sanggup susahkan Tok
Wan dan biarlah dia rest. Hafiya ni sangat aktif dan tak duduk diam sangat.
Hehe.
First
day hantar school, Hafiya cebik kejap je. Lepas tu, tak nangis langsung, siap
babai ibu lagi. Haha, lain sungguh dengan Kakak! So far, Teacher kata dia tak
pelat dan boleh kenal semua kawan-kawan dalam kelas. Dah graduate BF tanpa
drama macam Kakak juga, Alhamdulillah. No more co-sleeps with us tapi recently
macam nangis juga kalau letak dalam cot dia. Nak juga peluk ibu. Huhu. Memula,
dia macam susah kalau lepas balik travel nak tidur sendiri, sebab kalau travel
kan tidur sekatil semua, so macam syok agaknya dekat dengan ibu abah kakak.
Tulah permulaan dia sedar boleh tidur dengan ibu abah juga kalau nangis macam
kena pukul bila ibu atau abah letak dalam cot. Haha, panjang akal. So kadang tak
sampai hati biar dia nangis, angkat jelah letak atas bed kami. Kadang tengah
malam abah transfer juga balik dalam cot dia, kadang sampai pagi tak terpindah.
Haha.
Hafiya
tak fussy eater juga macam Kakak, makan semua jenis makanan dan sayuran dan
buahan. Ada jugalah ikut hari dia pilih nak sayur carrot je, atau nak broccoli je
atau boleh je telan semuaa sekaligus atau just makan macam finger foods. Bab
makan memang juara sebab makan banyak dan memang bertambah. Alhamdulillah.
Hafiya
jarang demam (syukur, Alhamdulillah) tapi kalalu batuk tu agak lama boleh
prolong sampai 3 weeks. Tapi doctor cakap sebab ada family history ada asthma so
kalau batuk tu boleh prolong. As long as tak demam panas, should be OK. First
dia demam masa usia 8 bulan, nak tumbuh gigi. Air liur memang menjejes lah siap
kena pakai bib. Haha. Dia dah show interest in books dari kecil. Memang
favourite dan boleh duduk diam kalau belek buku-buku. Favourite character
sekarang ialah Dora (macam Kakak dulu!), Frozen dan Sofia. Oh, suka sangat
menyanyi dan menari. Kalau Hi-5 tu, memang hafal semua lagu dan dance steps
sekali! Haha.
Oh,
sungguh sayang Kakaknya tapi ada juga sayang sambil cubit pipi Kakak dan gigit
tangan Kakak. Haha.
Z*MC
I
still work at the same firm. Masih satu firma dengan abah dan suami tapi kami
handle portfolio yang lain, different clients dan office kat tingkat yang
berlainan. Get it? Haha. Ada orang tanya, tak bosan ke kerja satu pejabat.
Alahai, apa yang bosan? Bukan kami berkepit pun 8 jam tu. Hmmph. Ada orang tanya
lagi, lunch selalunya dengan suami atau abah dan/atau both, tak bosan ke?
Alahai, apa nak bosan? – Masa lunch berdua tu (tanpa anak-anak) adalah masa
dating kami, boleh lah cerita dan gossip semua benda. Family matters memang tak
pernah bosan pada saya as I always put my family as my priority. Lagipun, kalau
kat KT ni, you will see hampir semua pasangan akan ada waktu lunch dengan
spouse masing-masing. Seriously. Sort of dating lah kot. Gitu. Hehe.
HOLIDAY
Eih,
sukalah holiday ni. Haha. Topik yang tak bosan.
Last
year kami berpeluang ke Sydney. Masa
tu Hafiya still boleh ber-baby wearing (she was 6 month-old) dan fully BF so
tak ada masalah bila letak dalam Pupsik Pouch tu. Now, mau nak kena kejar je.
Haha. Then ada ke JB melawat my brother. Tak banyak berjalan last year sebab
Hafiya still kecil dan kami baru nak adapt traveling with 2 kids. Hehe. Fuhh,
kata orang.
Then
this year, Hafiya besar sikit we managed to ajak (dan belanja) both of our
parents bercuti naik Cruise (Star Cruise
Libra) from Penang – Krabi – Phuket – Penang for 4D3N. Experience baru lah
bagi kami. Adik bongsu saya pun turut serta dalam percutian tu. Best tau, tak
reti nak explain. Tapi kalau ada peluang, pergi lah hop on cruise for a holiday.
Makanan memang superb lah, 4 kali sehari and buffet style, ada restoren Halal kalau naik Superstar Libra. Both of our parents pun suka dan berpuas hati
sangat.
Next
kita pergi Jakarta dengan my parents,
just for shopping je. Tak pergi visits sangat pun sebab dah kali kedua pergi.
Then family day side my husband kat Fraser’s
Hill. Pening oo naik ke atas tu, jalan berlingkar macam ular, mabuk jugak
seposen. Haha.
Next
pergi Bukit Gambang Resort City
(BGRC) for weekend with my besties. Ni acara percutian dengan kawan baik
berserta family. Had so much fun spending our 3D2N at BGRC. Banyak juga
aktiviti – Safari Park (ada animal / bird shows, ada feeding the animals, ada fire
show, The Lost Jungle Show, dinner with White Simba Lion etc.) and Water Park.
Kami booking pakej 3H2M so memang best lah just lepak-lepak je kat sana ramai-ramai.
Tapi Zmah and Bon terpaksa balik awal sebab Hani demam panas masa hari ke-2,
risau takut denggi sebab ada 2-3 neighbours diorang yang kena). BGRC is recommended
for family holiday.
Next
pergi State Bar family day di Tok Aman
Bali Beach Resort. Bukan di Bali ya, dekat Kelantan je. Heheh. Seronok juga
lah sebab kami menang lucky draw dapat boiler dan pakej penginapan hotel
(lokasi, rahsia. Haha). Khayra dan Hafiya menang untuk pakaian beragam (diorang
pilih theme Frozen – d’uh, what else, hehe). Khayra dapat 5th place
and Hafiya menang 1st place. Khayra juga masuk coloring contest
(umur 4-6 tahun) dan dapat 1st place. Suka sungguh bila dapat kumpul
hadiah diorang ni.
So,
last week kami baru balik dari JB juga for a short visit. Penat oii bila travel
dengan 2 kids ni. Macam tak sanggup untuk destinasi jauh. Bahahahah. Dengan
pertambahan beg dan size bagasi, pertambahan baju dan barang untuk packing,
pertambahan stroller dan size stroller (we bought a twin stroller for them),
pertambahan tenaga untuk jaga dan awasi dua orang kanak-kanak, pertambahan kos (ahahah!)
dan pertambahan bekal (we always pack some foods when travel sebab anak-anak
suka makan dan mengunyah), pertambahan usia kami (sobs) dan lain-lain factor yang
berkaitan, yeah things to consider makin banyak nowadays. Hahahaha.
So
till then.
Selamat
membaca karangan panjang. Ahahaha.
No comments :
Post a Comment