Part 1
The idea nak pergi NZ adalah sebenarnya sebab my husband nak sangat try Motorhome. Masa tu kami hanya tahu term “Caravan” je, so tak apa, sebab tu kena travel banyak so that boleh menambah ilmu alam. Kekekeke. I will divide this entry into a few parts, so selamat menambah ilmu! :P
The idea nak pergi NZ adalah sebenarnya sebab my husband nak sangat try Motorhome. Masa tu kami hanya tahu term “Caravan” je, so tak apa, sebab tu kena travel banyak so that boleh menambah ilmu alam. Kekekeke. I will divide this entry into a few parts, so selamat menambah ilmu! :P
TRAVELLER BLOGS AND
RESEARCHES
Kami
start baca pasal NZ and landed on blog Kembara Sang Kancil. Seronok baca
blog Encik Faizal ni yang sangat details sebab dia pun sewa Motorhome. Then I
started emailed him (dan juga PM) sebab ada a few questions nak tanya.
Alhamdulillah, dia jawab dengan baik. Terima kasih sangat! :D
Untuk
trip NZ ni memang banyakkk kena membaca sebab kami plan nak pergi sendiri tanpa
agensi pelancongan. Ada anak-anak kecil ni sukar sikit nak komited dengan masa
yang orang tetapkan, jadi baik kita chillax je ikut convenient kita
anak-beranak. Sebelum ni pernah pergi dengan travel agent to China and Turkey tapi masa tu anak sorang so rasa boleh lagi kejar masa, ni
dah dua orang anak, rasa lagi best plan sendiri. So I started kumpul itinerary
orang Malaysia yang dah pernah jejak NZ. Antaranya Kaki Berangan, Cik Safura, Neena Anuar and a few bloggers lain.
Memang memberi panduan maklumat yang bagus traveler bloggers ni. Appreciate every
detail in their blogs. Then kami start rangka jarak dan perjalanan dan apa aktiviti kami nak buat kat NZ.
Kitorang
pun pernah pergi MATTA Fair untuk tahu lanjut pasal motorhome ni dan secara tak
langsung rezeki kami terjumpa booth Ahmad
Caravan. Kitorang ada juga tanya quotation dengan diorang tapi tak buat
booking pun, cuma dapatkan maklumat penting pasal motorhome ni sebab masa tu
flight tiket belum beli. Sebelum tu dah tahu sikit pasal Trip Adik Beradik dan
Trip Kekawan yang juga buat travel by motorhome / caravan ni.
FLIGHT TICKETS, PASSPORT
AND DRIVING LICENSE
Nak
dijadikan cerita, sebenarnya plan asal kami nak pergi bulan April, 2015 dengan
both sides of our parents. Tapi masa nak booking bulan January tu, my
Tokki was not feeling very well at that point of time. So my parents berat juga
nak bagi komitmen nak travel jauh. So kita dah cancelled terus plan April
(autumn). Fast forward, masa akhir bulan 4 (at that time 80% itinerary semua
dah siap), kami dapat tahu MAS ada buat online sale, so saje je aku gatal
tangan tengok tickets to NZ and Alhamdulillah, rasa affordable, terus bentang
proposal kat Menteri Kewangan kami, a.k.a Mr. Husband. Hehe.
Lepas
bincang balik dengan our parents and diorang macam tak confident nak naik
motorhome, then we agreed to proceed sebab dah dapat date yang Khayra tak perlu
ponteng school lama sangat in September.
So waktu kami berkobar-kobar nak booking pagi hari sebelum pergi kerja, tengah key in
segala data for booking TAPI …
Jeng
jeng, passport Khayra pula expired! Huwaaa. Nangis kejap sebab dah bersemangat waja semua kan. Pastu kita risau harga tiket akan naik nanti. So pada hari yang
sama, lepas ambil Khayra dari school, terus pergi renew passport and hari yang sama juga pergi tangkap gambar passport Hafiya untuk renew gambar sebab gambar lama masa dia umur 5
bulan. Petang tu juga bawa both kids pergi buat urusan di Imigresen dan Alhamdulillah
semua settle.
So
kami try booking semula esoknya sebab malam tu ada hal (macam-macam hal), dengan berdebarnya
tengok harga sebab memang dah confirm akan naik sikit, tapi Alhamdulillah,
harga turun pula by RM200! Ya Allah, rezeki kami lah pagi tu. Ada hikmah kan
dengan apa yang jadi the day before.
Oh,
pasal tiket flights ni, kami dah start survey dari January kan, sehingga
membawa ke MATTA Fair masa bulan Mac etc. So bila compare dengan harga yang kami dapat masa online sale, rasa
macam within our budget, sebab tu kami booking terus. Dan kami memang nak pilih
MAS sebab the only direct flight ke
Auckland. Yang lain kena transit dan ada yang transit up to 28 hours of total
flights and transit, rasa macam tak mampulah nak transit lama-lama with the
kids tagging along. Memang harga flight transit is way cheaper tapi if solo
traveler atau without kids, maybe boleh consider. Tapi kena put in mind that kalau
transit, kena tambah hari sikit (dan kena apply cuti lebih kalau yang bekerja,
kena obtain Visa kalau transit di Australia (Melbourne, Sydney) dan China, dan
kena fikir kos nak melanggut lama during transit serta faktor-faktor lain. Macam
kami yang sedar diri hanya kuli biasa dan bukan big boss, kenalah consider
banyak benda especially bab cuti dan kerja dipejabat yang milik bos kami. Hehe.
FYI,
Visa tak diperlukan di NZ just isi borang Arrival and Departure sahaja dalam plane atau di
airport nanti. Driving license kita boleh digunakan di NZ dan tak perlu
International Driving License or Translator Letter dari JPJ dengan syarat lesen
memandu kita perlu yang ada cip yang latest sebab dah siap-siap ada English
translation kat belakang (kaler pink).
My
kids – during nak renew passport and renew gambar passport :D
ITINERARY
This
is the most crucial part (bagi aku). Sebab kena buat banyakkk research pasal
tempat nak pergi, jarak perjalanan, aktiviti nak buat, holiday park atau accommodation
to stay, kereta sewa, tempat makan halal atau kedai yang jual makanan halal (raw food
material or cooking food material), child friendly environment, child activity etc. Ni paling
lama nak siap dan paling dramatic sekali sebab ada banyak insiden berlaku.
Haha. Siap menangis dan hampir nak give up pun ada. Haish. Tapi semua ni
kenangan, so ada manis dan ada pahit nak ditelan. Ecewah. Ini akan aku go into
day by day nanti in my next entry.
On a small note, kebetulan kami pergi NZ tu sekali dengan kawan masa U*iTM iaitu Nik Fara. Tak plan pun pergi sekali tapi lepas booking tickets baru tahu sama tarikh cuma Nik pergi 14 hari dengan family dia dan kami hanya pergi 10 hari. So masa buat itinerary, ada juga bertukar-tukar info dengan Nik.
On a small note, kebetulan kami pergi NZ tu sekali dengan kawan masa U*iTM iaitu Nik Fara. Tak plan pun pergi sekali tapi lepas booking tickets baru tahu sama tarikh cuma Nik pergi 14 hari dengan family dia dan kami hanya pergi 10 hari. So masa buat itinerary, ada juga bertukar-tukar info dengan Nik.
HALAL FOODS
Actually
kat NZ banyak kedai dan restoran makanan halal, especially in town area so no
need to worry too much. Mostly kedai ala Turkish (hello kebabs and salads! Yums) and
from Middle East dan portion agak banyak. Biasanya kalau kami jumpa kedai
Halal, kami akan order 2 main meals je for 4 of us. Most of Nandos kat city
town area pun Halal. Kalau nak beli raw food material, boleh ke PaknSave dan cari jenama ayam Brink’s NZ Chicken. Product authentic
and certified Halal by FIANZ (Federation
of Islamic Association New Zealand). Masa tengah research pasal ayam Halal di
NZ, a few blogs kata kena potong ayam sendiri into small cuttings lepas beli
sebab most ayam Brink's jual seekor terus. I was a bit berdebar jugak masa tahu
tentang hal ini sebab kalau beli ayam kat Malaysia pun, I request potong kecik
siap-siap terus, inikan nak potong dari seekor into small parts tu macam
alahai, tak kuasa. Haha. Dah siap plan nak beli pisau besar kat sana kalau tak
disediakan inside our motorhome. Tapi bila kami beli groceries kat PaknSave Hornby, Christchurch, Alhamdulillah
they did sell yang dah potong into small parts (thighs, drums, skinless breasts,
whole legs etc) siap-siap dan ada juga yang dah marinade. Nak melompat happy
pun ada masa jumpa tu. Hehe. So you can read more on Brink’s NZ Chicken here. Untuk
seafood macam sotong dan udang, they did sell yang already packed and frozen,
dan ada yang jual per kilo so bolehlah beli mana yang sesuai. One thing to consider, kalau masak lebih jimatkan masa sebab nak locate kedai Halal dan cari parking pun makan masa.
CURRENCY EXCHANGE
AND CREDIT CARDS
Kat
NZ guna NZD (New Zealand Dollar). Masa kami dapat quotation dari a few
Motorhome company, hampir semua darab 2.9 dan masa bulan Ramadhan (bulan Julai)
masa kejatuhan matawang dunia, kami tukar selambak siap-siap dan dapat rate 2.6! The lowest kami dapat masa tu. So
kalau kami tukar sekarang dengan NZD yang masih berbaki, kami untung lagi!
Credit cards especially Visa and Master Cards boleh guna in most kedai
and petrol station and they rarely accept American Express (AMEX) kat sana. American
Express langsung tidak diterima di mana-mana petrol station.
Photo:
Hafiya and tempat kami tukar duit NZD.
WEATHER
Kalau
ikut general weather di NZ, September dah masuk Spring tapi sebenarnya
September will still be regarded as end
of Winter. So masa kami pergi still boleh pergi main snow di Coronet Peak
(opens in June – October only) and
still banyak tempat ada pemandangan snow capped mountains. Indahnya,
Subhanallah. Di Auckland (Northern Island) masa kami sampai dalam 13’C and in
Southern Island around 10’C and below. Gigil jugalah waktu malam hari. Brrrr.
Please take note that during Summer (December
– February) will be regarded as peak tourists season hence most accommodations
and rentals akan mahal. They regarded this time as expensive months.
PACKING
If
you know me very well, you will know that I always take packing as a serious stuff.
Kahkah! Even nak pergi KL je atau staycation pun akan packing dengan teliti and
I always hope that I could bring the whole house! Bahahaha. If nak ke overseas,
I usually start to pack a month earlier and this is a serious commitment, guys.
No kidding. Kena fikir packing for 4 orang jadi kenalah start awal and siap ada
checklist, hokey? Haha. My BFFs will surely faham my stand on this thing. Hehe.
For this trip, kami bawa 4 beg i.e: 1 bag pakaian (the biggest size but
lightweight luggage – 25kg), 1 beg for foods (cabin size luggage – 15kg), 2
backpacks i.e small size and hoversack 120L (for convenient storage and for our winter jackets). More details on
packing will come up in Part 2.
Our
luggage.
I
will stop here for this entry. More to come insyaAllah. Doakan I ada masa to
write down everything, to watermark my photos dan juga mengarang entri berikutnya. Hewhewhew :P
Salam
Tahun Baru Hijrah 1437H!
4 comments :
salam wahida... nak tanya itinerary kat sana.. camne eh kalau nak contact.. hehe...
NDE: Wsalam. Boleh baca on my daily entry in this blog on itinerary kami di NZ :D
assalamualaikum..puan,sgt menarik tulisan catatan NZ puan..sy ada beberapa soalan nak tanya..bleh sy dptkan emel puan?
Assalam Cik Fatin Nuraini,
Boleh drop komen di sini, I will assist you from here.
Thank you.
Atau PM saya di instagram :D
Post a Comment