Nuffnang Ads

Sunday, November 1, 2015

Day 4 (Part 1) : Lake Tekapo – Lake Pukaki / Mount Cook - Cromwell


DAY 4: 17.09.2015 (Part 1 – Lake Tekapo – Lake Pukaki / Mt Cook – Cromwell)

Woke up early to prepare breakfast – tuna sandwiches and packed our lunch (sotong sambal tumis, nuggets and fish fillet). Lepas tu siap-siap dan tetibe I broke down sebab kesian kat husband, dia kena keluar sejuk-sejuk to refill water, to on the gas, buat dumping black and grey water etc. Seriously rasa down sangat. Masa tu both of our kids belum bangun tidur. Tak tahulah kenapa rasa sedih sangat bila tengok suami kita kena bersusah payah sedangkan the purpose of traveling adalah untuk rileks dan enjoy. Tiba-tiba it turned out macam susah je dengan Motorhome ni sebab banyak kerja nak buat dan tak lah relax mana. Tsk T______T

But it was not fair sebab I judge terlalu awal pasal Motorhome. Baru sehari kot.

Lepas tu my husband ajak pergi tengok sunrise kat Lake Tekapo (just in front of our parking site) dan ambil gambar dengan pemandangan cantik, Subhanallah. Masa tu dah rasa OK sikit tetibe dah jadi romantic pula bila berdua tengok pemandangan indah. Hewhewhew. 




Indahnya, Subhanallah Subhanallah Subhanallah. Memang tak henti berzikir.



Inilah rupa camp site di Lake Tekapo Motels and Holiday Park


My husband in his defence, dia explain yang dia tak kisah buat semua tu sebab nak rasa pengalaman yang lain dari pengalaman kami travel sebelum ini sebab kalau sewa kereta, tempat lain pun boleh buat tapi NZ ni ada speciality on Motorhome, so why not kita cuba. Biasalah for first timer semua akan ada susah senang. So I rasa OK sikitlah lepas tu (walaupun dalam hati rasa, Ya Allah kesiannya kat suami tersayang). 


Then kami kejutkan Khayra dan Hafiya, mandikan dan siap-siap serta breakfast and went to Lake Tekapo again to enjoy the scenery dan did some photoshoot there. Sejukkk brrrr sebab berangin tepi tasik. The kids pergi feeding the ducks and main-main kat luar tu dengan pemandangan yang cukup indah. Allahuakbar.


Khayra – after feeding the ducks.



Sejuk. Beku. Gigil. Brrrr.


My unconditional love.
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller” – Ibn Battuta


At the entrance of Lake Tekapo Motels and Holiday Park

Next, we continued our journey to Lake Pukaki / Mount Cook and the journey was about 62km (33 mins) from Lake Tekapo. Pagi tu sebelum check out, kami kena pergi Reception to pass the holiday park Voucher sebab malam tadi kami sampai lewat. Along the way to Lake Pukaki, pemandangan sangat indah Subhanallah, memang cantik dan menakjubkan tak terkata. Hebatnya ciptaan Allah. 


Macam painting, kan? Subhanallah. Allahuakbar.





Purposely ambil gambar posing kat tengah jalan sebab nak tunjukkan betapa lenggang jalanraya di NZ.


On the way to Lake Pukaki – disajikan mata dengan pemandangan ciptaan Allah sehebat ini.


“I want to make memories all over the world … with you” – anonymous



Masa ni anak-anak tidur, jadi kami bergambar zass zass je sikit sikit. Semua gambar di sini adalah non edited. I just letak watermark sahaja. Warna berbeza sebab banyak sumber gambar dari handphone, DSLR, Tab dan GoPro.




We reached at Lake Pukaki at 9.30am and berpeluang ke Mt Cook Alpine Salmon Shop dan Visitor Centre. Anak-anak baru bangun dan recharged energy waktu ni, so photo shoot pun semua ada mood. Haha.


At Lake Pukaki – my husband and my daughters with our Motorhome
(I am sorry, I judge you too early)


Lake Pukaki – warna turquoise yang sungguh indah. The biggest lake in South Island.


My beloveds




Photo shoots | Kanak-kanak riang gembira | Pemandangan indah = WIN!

Bayangkan dari bangun pagi tadi and broke down tapi sepanjang perjalanan ini Allah bagi rezeki tengok pemandangan indah, both kids sangat well behave, dapat rasa pengalaman baru, memang rasa kerdil je diri ini. Cepatnya mengalah pada situasi. Jadi bila berpeluang menikmati pemandangan indah sebegini, terus hilang rasa gundah gulana tu. 


After about 45 minutes stay, kami teruskan perjalanan ke Cromwell melalui Omarama Town dan refill Diesel di Omarama Town (NZD44.15).



Sepanjang perjalanan ke Cromwell



Lake Dunstan, Cromwell



Dari Lake Pukaki ke Cromwell mengambil masa selama 1 hour 40 mins dan kami tiba pada pukul 12.30 tengah hari for toilet break and plan nak picnic lunch kat situ. 

Will continue in my next entry. Stay tuned for Part 2.


2 comments :

cdalan said...

awesome awesome

kids tido kat carseat ka bed masa gerak from 1 place to another?

HW said...

Kak Shida: Masa gerak / driving wajib duduk atas car seat & booster seat.