Nuffnang Ads

Thursday, November 26, 2015

Day 7: Invercargill - Otago Peninsula - Dunedin

DAY 7: 20.09.2015 (Invercargill – Otago Peninsula - Dunedin)

“Travel brings power and love back to your life” - Rumi

We purposely started our day today a bit late sebab nak relax dulu dan explore our holiday park sebab sebelum ni kena start awal sebab kena kejar masa memandangkan jarak perjalanan agak jauh dan kena ikut schedule tertentu untuk ke places of attraction. 


So pagi tu agak relax dan sempatlah kami tengok-tengok sekitar holiday park di Invercargill Top 10 Holiday Park. Menu breakfast that morning adalah French toasts, baked beans and mushroom soup. Pre packed lunch pula adalah nasi goreng, chicken nuggets and hash browns.

TIPS: Penting untuk bawa bekas bertutup sebegini sebab dalam Motorhome tak disediakan bekas tertutup. Ni kami beli kat Queenstown sebab sangat memudahkan untuk sediakan pre packed lunch along the way atau nak picnic. Nanti just reheat je dalam microwave.

At 10.15am selepas dah selesai buat urusan dumping black water pula (malam tadi buat grey water), kami teruskan perjalanan ke Dunedin. Actually masa nak keluar dari powered site, kami tersedar yang Motorhome kami ada rosakkan sikit landscape area powered site kami sebab keadaan lecak dan agak gelap malam tadi lepas buat dumping (a day before hujan di Invercargill). Jadi kami ke lobby dan jumpa lady yang jaga Reception semalam dan tunjukkan tempat lecak tersebut dan tanya dia pasal gantirugi tapi that lady cakap “No need to worry, it’s OK. We just need to put some dry sand afterwards. But thank you for your concern.” Alhamdulillah, rezeki kami tak kena bayar. Yang penting honesty, kan. 


Dari Invercargill Top 10 Holiday Park ke Dunedin mengambil masa selama 2 jam 30 mins (207km). Along the way, sempat berhenti a few stops nak ambil gambar dengan ladang ternakan bebiri. Haha. Cantik, okay warna hijau ladang diorang. On the way to Dunedin, I made a call for reservation on Monarch Wildlife Cruise at Otago Peninsula tapi tak ada rezeki as the cruise was full that day. 




Bila kita menghampiri kawasan ladang tu, berterabur semua sheeps and cows lari jauh-jauh. Sabar jelah :P

As Wildlife Cruise was unavailable, kami decided to go straight to Cadbury World instead. Kami sampai around pukul 12.45 area Dunedin tapi GPS tunjuk arah yang salah ke Cadbury World. Jadi kami call Cadbury World untuk tanya direction. Apparently memang address dah betul tapi kita kena ambil jalan ke South. Jadi kami key in semula address dan pilih South area dan akhirnya jumpa Cadbury World. Sementara tu kami try cari parking sebab bangunan Cadbury World terletak di tepi jalanraya sahaja. Kami tak jumpa parking tepi jalan dan selepas pusing 2 kali we decided to park dekat parking Countdown sahaja. Kebetulan ada guard yang jaga parking area tu jadi kami tanya dan dia cakap if nak parking situ, kena masuk Countdown juga. So okaylah since kami pun ada nak beli groceries sikit since minyak masak dah nak habis. Guard di Countdown cakap kami boleh cover both Cadbury World and Countdown bila park kat situ sebab free for 90 minutes sahaja dan ada sign P90.


Main entrance to Cadbury World


Untuk ke Cadbury World, kami kena melintas jalan dari parking Countdown dan sampai je situ, kami bergambar sikit kat luar. Bila masuk dalam, kami tanya tentang Cadbury Tour so memandangkan tour will start at 2.30pm, kami terus beli ticket. It cost us NZD50 for family package (2 adults and 2 children) untuk Cadbury World Experience. Tour akan ambil masa selama 1 jam. Sementara tunggu tour start, kami pusing-pusing dulu area dalam Cadbury world tersebut.

At 2.30pm sharp, kami dipanggil untuk private tour. Kebetulan masa kami beli tickets, it was just us that day so dapatlah join private tour hanya untuk kami 4 beranak je that day. Awesome lah! For kids yang below 3yo kena pakai carrier sebab tour ini melibatkan banyak tangga. Untuk mendapatkan carrier – kita kena maklumkan masa beli ticket and kena tinggal our driving license sebagai pertukaran dengan resit untuk carrier. It was FOC. Masa nak start tour, kita kena bagi resit carrier tu to our tour guide dan dia akan bawa carrier untuk kami pakai. Next, semua kamera, handphone dan barangan peribadi kena tinggal dalam locker yang disediakan before tour starts. So no picture was allowed for the tour. Kami berpeluang ambil gambar before tour dan bila selesai tu, our tour guide, Samara offered ambil gambar kami kat luar bangunan.

Our tour guide that day was Samara, a full time student at Otago University, Dunedin and a part time tour guide at Cadbury World and very cheerful, nice girl. So tour kami berdasarkan sejarah pembuatan coklat Cadbury, machines yang digunakan dan kami berpeluang untuk melihat bagaimana coklat dibuat dengan penjagaan suhu yang sesuai dalam Cadbury World Sensory Lab. Lepas tu kami berpeluang create our own coklat with toppings yang disediakan. Sedap weh! Then kami diberikan peluang untuk mencuba bau-bau perisa coklat yang ada. Next, kami dibawa ke luar kilang to view the outside Dunedin Town from Cadbury World. The most exciting part was when there was sweet splash of chocolate fall yang kita kena jerit “We love chocolate!” Hahahaha. Even Hafiya remembered this part the most sampai sekarang. Hehe. Then kami juga berpeluang tengok short movie on sejarah chocolate and at the end of tour, kami dibekalkan dengan varieties of chocolate sebagai buah tangan. Best ah. Hehe. Dah habis tour, kami ke souvenir shop sekejap dan beli magnets and a few souvenirs lain serta borong chocolate sikit (all for NZD49).


Dah habis Cadbury tour dan nak ke Countdown pula. 

Next, lepas bergambar sekejap kat luar, kami bergegas ke Countdown nak beli groceries sikit. Untuk menjimatkan masa dan risau kena fine if exceed 90 minutes, hanya Khayra and I je masuk Countdown while hubs and Hafiya stayed in Motorhome. Kami buat quick shopping beli minyak serta biscuits je sikit and used our Countdown Tourist Card which entitled us for 10% discounts. The card was a complimentary by our Motorhome company.


Lepas semua dah settle, kami terus bergerak ke Dunedin Railway Station about 10 minutes drive untuk bergambar sekejap. Parking adalah free during weekend so sangat mudah actually kalau berada di city area during weekend.


Boleh nampak Cadbury World dari depan Dunedin Railway Station.





 Dunedin Railway Station


DSLR salah setting, gambar jadi blur. Tsk T___T

We checked in Dunedin Holiday Park at 5.30pm. Ini adalah rekod check in yang paling awal kami pernah buat. Teehee. Kalau tak, biasanya akan sampai malam sokmo. Selesai check in, kami solat dulu dan makan pre packed lunch and sambal bilis dalam Motorhome sebab tadi makan roti dan biskut je dulu. 



So sementara masih awal dan cerah lagi, kami bawa Khayra dan Hafiya pergi main kat playground serta ronda-ronda area holiday park. Honestly, ini adalah holiday park yang paling aku suka sebab sungguh child friendly, persekitaran yang teratur dan luas serta murals yang cantik dengan lukisan kartun yang famous. Suka sangat! 

Next, kami singgah Reception sekejap untuk booking Monarch Wildlife Cruise at Otago Peninsula sebab terbaca info masa check in tadi yang boleh buat booking through Dunedin Holiday Park. The receptionist lady made a call and informed us that seats were still available, so kami terus booking tickets kat situ. The cruise ada satu sesi je at 2.30pm and the cost adalah NZD49 per adult and NZD22 per child (5yo and above), FOC for infant. Total cost was NZD120.


Malam tu kami buat laundry kat Dunedin Holiday Park and the cost: NZD4 for washer and NZD3 for dryer. Laundry room was closed at 9pm. Kami dah start packing sikit-sikit malam tu sebab esok adalah last holiday park di Timaru. Sedih pulak dah. Tsk.


No comments :