Nuffnang Ads

Monday, April 18, 2016

Day 3: Sydney

DAY 3: 15.03.2016
(SYDNEY)

“Travel while you’re young and able. Don’t worry about the money, just make it work. Experience is far more valuable than money will ever be”. – Anonymous

Bangun pagi dan breakfast roti dan oats serta milo, bersiap sebab we are going to Darling Harbour today. Oh sebenarnya hujan renyai sikit sebelum Subuh so agak berdebar dengan cuaca hari ini sebab kami nak bergerak dengan public transport je. 


Average weather in Sydney, March, 2016


Average weather in Sydney, March, 2016

Dalam 8.30am, dah tak hujan tapi quite wet lah kan sebab baru lepas hujan renyai. So kami menyusuri jalan ke Circular Quay train station yang terletak about 10 mins walk from our hotel. Sambil berjalan, sambil ambik gambar sekali.

Bila sampai di Circular Quay train station, ada staff kat situ inform kami untuk cari staff kat atas sebab FIL guna wheelchair so nanti staff kat atas akan assist untuk naik/turun train. Dia dah siap-siap intercom staff kat atas untuk maklumkan pasal kami. Then bila naik kat atas, we found the staff dah siap tunggu dengan satu papan extension untuk mudahkan kami maneuver wheelchair masuk ke dalam gerabak train. FYI untuk yang wheelchair bound, kena tunggu kat gerabak yang tulis wheelchair atau ada penanda aras gambar wheelchair sebab senang nak masuk ke tempat yang dikhaskan. Dan disebabkan assistance dari staff di situ, maka pergerakan kami agak mudah sebab tak perlu angkat banyak wheelchair tu untuk masuk train sebab dah ada extension khas. Memang sangat wheelchair friendly kat sana, so no need to worry.

Nota: Jangan lupa swipe kad Opal sebelum ke train. Kredit akan ditolak siap-siap waktu kita sampai di stesen yang kita nak keluar.


Circular Quay train station


My parents in the train


Dah sampai Town Hall Station (kami pilih turun di Town Hall Station untuk ke Darling Harbour), kita akan melalui Queen Victoria Building (QVB) and memandangkan masih awal, maka kami tak plan tour QVB dulu so just singgah ambil gambar je kejap. Next kami kena jalan sikit dalam 10 mins ke Darling Harbour.


Queen Victoria Building (QVB) 
Our lil darlings got the name for their alter ego from here :P 
And this was the best picture of us in front of QVB. Haha.

So plan harini adalah untuk ke 2 Sydney’s Attractions i.e. Madame Tussauds Sydney and Sea Life Sydney. Kami dah siap beli ticket combo ni online dari Malaysia lagi. Bila sampai kat kaunter just pergi redeem tickets je. Jimat masa untuk queue beli ticket sebab kalau kena peak hour / weekend memang line panjang nak beratur. 


Got our combo tickets from here as above. Murah sikit dari direct website.


Lil Darlings at Darling Harbour :D


Oh the reason kami tak pergi Wild Life adalah sebab dah ada plan dengan haiwan-haiwan di New Zealand nanti dan sebab kami plan nak pergi lunch di Sydney Fish Market so kena budget time betul-betul. Kalau ambil 3 combo pass, memang tak sempat nak kejar semua before lunch time. Harini adalah birthday Abah Haris (my FIL) so ambil kesempatan nyanyi birthday di Darling Harbour. Pengalaman indah ni celebrate birthday jauh dari Malaysia. Hehe.


Both were singing birthday for their Ki (grandfather)


Queen E and the queen of my heart, my BFF, my mom :D


So first kami ke Madame Tussauds Sydney dulu. Last time when we were here in 2013 tak ada lagi patung lilin Prince William and Kate Middleton. Now dah ada. 


Our lil darlings with the famous couple :P 

Sebenarnya dah janji dengan Ayuni, my schoolmate masa STF dulu yang berhijrah ke Sydney ikut suami yang bekerja untuk jumpa di area Darling Harbour today sebab nak pass barang kiriman dari Malaysia. Bila kami nak masuk ke Sea Life after Madame Tussauds (we spent nearly 2 hours in Madame Tussauds), Ayuni said that she was on her way to Darling Harbour dari rumah. So kami plan masuk Sea Life dulu and agak-agak lepas Sea Life boleh jumpa terus kat luar nanti. 


Sydney Sea Life Aquarium


My beloveds inside the Sydney Sea Life Aquarium

So dah habis tour Sea Life (about 1 hour plus), we went out through Sea Life Café dan jumpa Ayuni kat luar. So masa ni sempat lah borak sekejap dan pass barang kiriman serta bergambar. Masa ni juga tanya Ayuni cara paling senang ke Sydney Fish Market untuk lunch (sebab last time masa kami datang tahun 2013, kami tak berkesempatan pergi ke Sydney Fish Market).


Ayuni, Muslim, Wahida and Khayra :D


Sempat bergambar kenangan keluarga with Ayuni and her son, Muslim.

Kami perlu menyusuri Darling Harbour untuk ke arah Hard Rock Café Sydney sebab perlu menaiki Light Rail to Fish Market. Masih boleh gunakan kad Opal untuk Light Rail ya. Sementara tunggu hubby masuk ke Hard Rock Café sekejap, kami lepak-lepak area depan tu dan bagi makan seagulls yang memula friendly je bila bagi makan. Lepas tu mengganas bawa semua kawan-kawan dia datang nak makan sama sampai kami semua annoyed. LOL!


Check out my mom's and Hafiya's reaction bila seagulls mengganas. LOL!

Dari Light Rail kat area Darling Harbour (I can’t remember the exact station, tapi kena melintas jalan dari area mall situ ke Light Rail) kami akan terus ke Fish Market Station. Bila sampai kat sana just jalan sikit lebih kurang 10 mins ke Sydney Fish Market.


Sydney Fish Market


Doyles



So kat sini dah dapatkan tips dari Ayuni, boleh try makan kat Doyles and request for non beer batter untuk Lobster and seangkatan dengannya. Kami pilih-pilih menu seafood, ya Allah sungguh fresh kat sini dan ambil tempat kat area tepi harbour kat luar Doyles untuk makan tengah hari walaupun dah agak lewat dalam pukul 2.30pm masa tu. Cost kami makan berserta air panas dan sejuk, ada menu lobster, sotong dan seafood platter, fries, kids menu dalam AUD100+. Again, jangan convert. Pejam mata je sebab nak rasa makanan kat tempat orang, kan. Hehe.


Doyles - some of our catch that day 


Hubs with his lobster :D



From our makan place that day. 

Next, memula kami plan nak singgah QVB semula tapi sebab nak bagi parents rasa naik ferry, so kita cancel dan plan terus ke Circular Quay sebab semalam masa kita pergi area Sydney Opera House tu, my FIL tak ikut sebab berehat kat hotel. Jadi this time nak bawa FIL pula pergi melawat kawasan sekitar. Dari Sydney Fish Market Station light rail, kami ke Pyrmont Bay light rail station. Dari situ kena jalan kaki dalam 5 mins ke Pyrmont Bay Wharf dan tunggu ferry ke Circular Quay Wharf. Bayaran ticket Opal untuk naik ferry ni agak mahal berbanding train ride tapi untuk pengalaman, OK je lah. Dari Pyrmont Bay Wharf ke Circular Quay Wharf ada 4 stops. Adalah pengalaman parents naik ferry ride merentasi Harbour Bridge. Sungguh indah, subhanallah. Thank you Ayuni, for the suggestion untuk kami naik ferry dari Fish Market


Team lelaki and team kanak-kanak :P


Team ibu :P



Some of our photos from the ferry ride to Circular Quay Wharf. Subhanallah, indahnya ciptaan Allah.

So sampai kat Circular Quay Wharf, kami berhenti kat satu café minum sekejap dan makan buah. Oh, sebelum terlupa, untuk menaiki ferry ni, bagi golongan wheelchair ada extension khas yang memudahkan. Staff ferry akan tolong set up macam bridge kecik untuk laluan kerusi roda / stroller. Memang mudah. Next melawat sekitar Opera House semula sebab dah cukup korum harini.


Our complete family photo in Sydney *love*
(walaupun ada yang terlelap, lulz) 


Ni tengah gelak sebab kami cuba wefie dengan Opera House tapi tak muat nak masuk frame melainkan kami berlawak, kena dukung Abah Haris. Haha!


This trip mainly dedicated for them - our beloved parents. Love. 

Lepas tu makan aiskrim sebelum balik ke hotel. Harini Mama belanja sempena Birthday Abah (FIL).

Bila kami sampai di hotel, ada chocolates dan surat dari management Holiday Inn untuk pohon maaf pada kami sebab masalah teknikal aircond semalam. Wow bagus sangat customer service mereka ni. Good job, dan kami terharu sangat dengan servis bagus begini.

Malam tu lepas makan, hubby ajak keluar dating berdua sebab kami kononnya nak pergi kedai Lord of Fries seperti yang dicadangkan oleh Ayuni. Jalan punya jalan naik turun train, tanya orang bagai tapi tak boleh locate kat mana kedai tu, haha. Sejuk menggigil plak tu kat luar masa tu dan kami tak bawa data pulak sebab hubby terlupa bawa tab dia so tak jumpa Lord of Fries. Hampalah kawan. Lepas balik semula ke hotel, kami ke roof top hotel untuk tengok pemandangan sekitar yang sungguh awesome! Cantik, subhanallah.  


The picture didn’t do the justice sebab gelap. 
Picture was taken from the roof top of our hotel, Holiday Inn Old Sydney.


Gambar dari website - from the roof top.

Will continue on this trip soon!


Tuesday, April 12, 2016

Day 2: Sydney

DAY 2: 14.03.2016
(SYDNEY)

“Of all the books in the world, the best stories are found between the pages of a passport.” – Anonymous

We arrived in Sydney at 10.45am. Disebabkan kami bersama dengan wheelchair and stroller, kami diberi keutamaan untuk terus ke “Priority Lane” / “Assistance Lane” so tak perlu queue panjang untuk melepasi kastam dan imigresen. Beg kami pun tak dibuka sebab kami declare je semua dalam Arrival card tu.


Both kids feeling fresh after they slept for a good 6 hours in flight

Next, kami cari taxi yang boleh memuatkan kami semua ke hotel and lepas dah buat perbandingan dengan pre-booked taxi under private shuttle which cost us about AUD248, kami pilih taxi bermeter airport biasa.

Perjalanan dari airport ke hotel kami; Holiday Inn Old Sydney The Rocks mengambil masa about 30 mins (15km away) and the taxi fare is AUD115 one way. See, much cheaper dari private shuttle yang kami survey kat airport tadi. The key word here is: you have to be very rajin to survey anything and buat perbandingan. Sebelum keluar airport, kami pergi ke kaunter Vodafone untuk beli simkad. Kami beli yang data 4G dengan harga AUD40 dan jadikan ia sebagai hotspot untuk semua orang :P


My father at Vodafone counter, Sydney Airport


Our taxi which can fit all 9 of us and our super banyak beg! :P


Holiday Inn Old Sydney The Rocks


Tengah booking (and nego!) for our next travel to the airport i.e. our flights to Queenstown.

So we decided untuk deal terus dengan taxi yang sama untuk ke airport semula bagi penerbangan ke Queenstown supaya senang sikit since that driver dah tahu berapa banyak beg kami dan hotel mana to pick up. Nama taxi driver tu Mohamad and a very nice man. 


Kasilah chance admin rombongan bergambar pulak depan hotel. Hehe :P


With my firstborn yang tak banyak songeh bila travel.

Masa sampai kat hotel around 12.30pm, our rooms were still not ready to check in (supposed to be at 2pm). So lepas dah check in over the counter, kami boleh tinggalkan our luggage and used their facilities kat lobby (we were given a card to swipe the private toilets and showers). Then we decided to go for lunch and lepas dah research sikit, kami bersetuju ke Malay Village about 10 minutes away and located inside the Metcentre Building. Sebenarnya dalam itinerary nak lunch dekat Curry at The Rocks tapi kedai tu tutup pukul 2pm, so rasa macam tak sempat nak jalan ke sana dan nak mencari arah lagi.

Alhamdulillah food sedap dan harga kami makan dan minum haritu dalam AUD90. Okaylah, jangan convert. Kalau convert currency memang apa pun tak boleh beli / makan. Teehee.


Malay Village located inside the Metcentre Building, Sydney


First meal in Sydney :D


Sedap, alhamdulillah :D

So lepas dah kenyang, kami balik ke hotel, washed up and solat serta rest sekejap. Plan kami ke Queen Victoria Building (QVB) by train sebab dari hotel ke Circular Quay Train Station about 10 minutes juga. Memang dari hotel boleh nampak Harbour Bridge. Kebetulan masa kami turun nak ke station, aircond bilik macam tak berapa sejuk, so I went to the lobby and informed the Receptionist about the aircond and kami terus keluar.

Waktu sampai di Circular Quay, kami perlu beli Opal Card di Information Centre sebagai kegunaan untuk naik semua public transport di Sydney. Kita perlu top up card Opal tu kalau baki kad dah nak habis and tempat top up memang ada everywhere and tak susah nak cari. We decided to top up AUD20 each for adult and AUD10 for Khayra (child 5yo and above kena beli) dan Hafiya adalah FOC (tak perlu beli Opal card). Masa kami datang tahun 2013, there was no Opal Card and masa tu kami beli MyMulti Pass untuk kegunaan seminggu di Sydney. Kat situ juga kami check dan baru tahu yang QVB closed at 6pm and at that time it was around 5.30pm. Since macam rushing and memang takkan sempat nak explore QVB dengan tenang, kami decided untuk stroll area Circular Quay sahaja. So we went a bit closer to Opera House dan makan aiskrim serta bergambar. Hehe.

Nota: Apparently Sugar Cone and Kid's Cone adalah non Halal at Baskin Robbins. To be safe, beli dalam cup. Sumber: Nutrition Catalogue BR / BR Nutrition Information.


My lil family unit at Circular Quay, Sydney



Behind the scene of every perfect family photo with kids! :P Haha. 


It was good to be back here after 3 years :D 


Santai petang. Luckily our hotel was nearby and had a perfect view :D


Love this candid shot of my firstborn and my dearest hubs :D 


Same place, same persons, different year (2013 and 2016) :D

Around 7pm, we went to the Opera House souvenir shop for a quick souvenirs shopping. Mamat tu bagi less than 10 minutes je sebab dia pun dah nak tutup kedai so kena beli yang mana sempat grab je and then kami kembali ke hotel (it was just 10 minutes walk from Circular Quay / Opera House). Sampai hotel kami singgah kejap kedai bawah hotel untuk cuci mata (most jual souvenirs) and upon returning to our room, we realized that the aircond was fully functioning. Malam tu dinner kat hotel je makan nasi dan lauk segera

Stay tuned for another entries.