Nuffnang Ads

Thursday, September 5, 2013

Hafiya - 10 months



Alhamdulillah, Hafiya bukan picky eater. Setakat ini semua yang saya masak, dia terima dengan baik. Bersungguh pula tu kalau makan. Kalau lambat suap, siaplah dia akan tarik sendiri mangkuk dari kita. Ish, Adik ni!

Start bagi Hafiya solid food masa Hafiya 5 hari lagi nak menjangkau 6 bulan. Air liur menjejes tu sampai sekarang lah. Apa yang ibu mengidam tak dapat makan dulupun tak ingat, nak. Hehehe.

Antara kesukaan Hafiya:

Avocado (started / 1st solid food Hafiya : puree Avocado + breastmilk)
Pear
Banana (Tak pernah bagi single, mesti mix with Pear / Avocado etc)
Apple
Papaya
Broccoli
Carrot
Cauliflower
Tofu
Potato
Sweet Potato
Porridge
Pasta
Barley
Cheese
Salmon
Chicken
Meat
Oat



Suka sangat masak untuk Hafiya sebab dia suka sangat makan tapi badan tetap maintan slim. Ini ikut side ibu ni. Teeheee :) 




Tuesday, September 3, 2013

Cuti Hari Merdeka 2013

Waktu entri ini ditulis, usia anak-anak saya, Khayra (4 tahun) dan Hafiya (10 bulan). Last weekend kami cuti panjang – 3 hari. Kami tak ada plan ke mana-mana pun sebab ada wedding asalnya. Jadi hari pertama cuti, kami angkut anak-anak ke lagoon pada sebelah petang, lepas tu terus dinner kat TER juga. Pergi lagoon tu dah siap-siap set timing dengan Far sekali. Lagi ramai, lagi meriah.

As usual, kanak-kanak inilah yang paling happy. Kakak Khayra tengah nak buat sand castle :)


Mainlah, nak. Terokai alam gitu. Heheh.


So on Sunday tengah tak buat apa-apa petang tu, I decided nak potong rambut depan Hafiya. Tanpa sebarang pengalaman dan skill gunting rambut, selamba je saya potong. Hafiya duduk diam je sepanjang proses gunting rambut tu. Good girl lah, nak!



Ini gambar ketika makan malam bersama mertua di The Chicken Rice Shop. Tengok Hafiya tu, apa yang menggelikan hati pun tatau. Hehe.


Oh, Kakak Khayra dalam stage membaca sekarang. Kami belikan buku-buku Peter & Jane tu. So far dia sangat suka & rajin membaca. Kalau ada activity books, Khayra yang paling suka buat. Kadang-kadang kita kena stop-kan dia sebab kalau boleh dia nak buat dari awal terus habiskan sampai akhir. Heheheh.

Adik Hafiya dah boleh panggil “Abb-bahh” seawal usianya 6 bulan. Terkejut juga dapat panggil Abah tanpa pelat. Dari usianya 6 bulan dah boleh tepuk amai-amai, boleh babai, dan boleh cekur. Move on sewaktu usianya 7-8 bulan dah kenal Eddy the Elephant (soft toy Lamaze dalam kereta), kenal ahli keluarga, kenal fan, kenal Mickey Mouse, kenal Dora, kenal radio Tok Wan. Tumbuh gigi pertama sewaktu usianya 8 bulan (dan demam pertama kali). Dalam meniti usia 8-10 bulan dah kenal dan boleh pointed out her body parts eg. hair, mouth, hands & tummy. Masih fully breastfeed, alhamdulillah! She is a big fan club of her sister, Kakak Khayra. Apa sahaja yang Kakak buat, mesti gelak besar sampai terkekek-kekek dan every time nampak Kakak balik school, mesti peluk cium Kakak macam setahun tak jumpa! Kakak pula every time bangun tidur, mesti nak peluk cium Adik dahulu sebelum mandi. Heheh.


I love you both, girls! Sayang sangat-sangat :)



Tuesday, January 22, 2013

Cerita Tentang Anak-anak

“Anak-anak kau baik-baik, kau boleh beranak lagi 4 orang.”

“You are a great mom, you should produce more kids.”

“Rezeki kau bersalin mudah, boleh tambah lagi anak. Lepas ni baby boy pula.”

Gulp. Tarik nafas. Hembus nafas.


Anda yang dihormati, anak-anak adalah anugerah dan bersalin susah senang itu rezeki dan ketetapan Dia. Aku baru 2 bulan lebih bersalin anak kedua and I already got those remarks since dalam pantang and during my 1st day of working after 70 days of maternity leave. Grrrrrr.

Hafiya – berusia 53 hari sewaktu gambar ini diambil.

Orang lupa agaknya, bukan proses kelahiran itu yang akan dihitung, bukan juga jumlah anak yang akan dikira dan disimpulkan sebagai juara TAPI tanggungjawab sebagai ibu dan bapa yang akan dinilai kelak. Ya, tanggungjawab. Noktah.

Isu lain. Orang tanya, macam mana handle 2 kids sekarang? Pengalaman aku mungkin berbeza dan cara aku dan suami juga mungkin berbeza. Ini aku nak cerita berdasarkan pengalaman aku sendiri.

Tak dinafikan ada anak-anak memang menghiburkan. Suka bau bayi. Wangi. Orang tua kata itu bau dari syurga. Indahnya. Minggu pertama memang kekok. Lupa bagaimana nak handle bayi baru lahir. Alhamdulillah Hafiya mudah diuruskan. Waktu malam dia tidur. Bangunnya cuma untuk menyusu. Awal-awal kelahirannya, Hafiya bangun 3-4 kali. Lepas sebulan, maksimum bangun malam, cuma 2 kali. Aku masih tak jadi zombie setakat ini (dan harapnya tak sehingga bila-bila. Heh). Cuma Hafiya tidur lambat, dalam pukul 10-11 malam, berbanding Kakak Khayra, dulu tidur seawal 9 malam dan bangun malam untuk menyusu 1-2 kali.

Sebenarnya bila ada anak lebih dari seorang, cabarannya adalah dengan anak pertama (dalam kes aku). Sebab kita cuba sedaya upaya untuk elakkan anak pertama rasa left out bila perhatian beralih kepada anak yang masih kecil. Kenapa aku rasa ia satu cabaran? – Sebab (kami rasa) Khayra dah faham. Dia dah tahu menilai. Dalam usia nak masuk 4 tahun Julai ini, dia dah boleh digest apa kita buat dan apa kita cakap. Contohnya, bila aku Bf dan masa itu Kakak perlukan sesuatu, aku rasa helpless. Sedih. Kena minta bantuan suami atau datuk dan nenek. Sedaya upaya aku tak nak Khayra rasa aku lebihkan adik dia atau tak sayang dia. Atau salahkan adik dia (the worst case scenario!). Aku harap tak akan ada perasaan macam tu dalam hati anak-anak aku. Minta dijauhkan. Nauzubillah. Masa pantang, memang Khayra rapat sangat dengan Abah dia. Kami kena divide taking care of both. Sekarang masih juga adapt the whole new situation dan masih belajar untuk jadi ibu bapa yang bertanggungjawab, mudah-mudahan. Parenting is a learning process, right?

Hujung minggu yang lalu kami keluar bertiga. Tanpa Hafiya. Kita pergi tengok wayang – Parental Guidance. Cerita kelakar, hookayy. Lepas itu pergi makan-makan, jalan-jalan tawaf OU dan shopping. Eih? Hehe. Khayra survived tengok movie in the cinema sehingga habis. Salah satu usaha kami luangkan masa dengan Khayra. Kami masih belajar dan mencuba yang terbaik, kan? Berkongsi kasih. Bukan suatu yang mudah, kan? Apalagi kalau hidup bermadu. Eih?

Hafiya is doing OK. Survived her 5-6 hours road trip to KL twice, dalam usia 2 bulan lebih. Nampak gaya macam Hafiya akan lebih besar dari Kakak Khayra. Baju Kakak yang Kakak pakai semasa 7-8 bulan, dah boleh muat Hafiya yang baru 2 bulan. Kakak Khayra 2 bulan baru 4.8kg, Hafiya dah 5.4kg. Ada harapan baju Kakak boleh pakai sekejap-sekejap saja. (Dan ada harapan Ibu shopping lagi dan lagi. Kah kah!) Untuk rekod, Khayra lahir dengan berat : 3.2kg dan Hafiya lahir dengan berat : 2.7kg.


Bf journey is much easier with Hafiya. Mungkin bila anak kedua ini, kita dah ada banyak ilmu sikit dari yang pertama dan dah ada pengalaman. Mungkin juga untuk Hafiya ini, aku pakai Medela FS. I have to admit, a good breast pump helps a lot. If you are expecting dan ada azam nak Bf anak and where money is not an issue, sila beli Medela FS. When I started working, I have prepared an accumulated of 350 oz of EBM for Hafiya. Masa pantang, cuma sempat pump sekali, yang selebihnya direct feeding. Masa bekerja, maksimum sempat pump 4 kali. Kena istiqamah supaya sempat juga pump 3-4 kali sehari. Kena curi masa. Ada juga keadaan kena pump sewaktu driving pergi dan balik dari kerja. Mohon Allah permudahkan perjalanan penyusuan aku ini. Amin.

So far apa yang aku boleh nampak, Khayra loves her little sister a lot! Setakat ini, tiada percubaan mencederakan Adik, malah sayang sesayangnya. Masa berpantang, kalau ada visitor saja, dia melekat dekat Adik risau orang bawa balik. Haha. Kadang-kadang Hafiya naik rimas bila kena cium banyak-banyak oleh Kakak. Biasalah geram. Bangun pagi, perkara pertama dia nak tengok adalah adiknya. Kalau Adik menangis, dialah jadi tukang pujuk, “Alololo, Adik. Jangan nangis ya. Alololo, Adik. Kakak ada ni.” *Tepuk-tepuk Adik* Aaaahh, sarat jiwa melihat anak-anak ini.


Banyak nak cerita sebenarnya. Tapi cukuplah sampai di sini dahulu. Ada jodoh, kita jumpa lagi untuk entry akan datang. Heheh.



Sunday, January 6, 2013

Our 2nd Bundle of Joy - Hafiya

This post didn’t do its justice – as for today, our second bundle of joy is already 2 months and a week old. We promised to ourselves to update her birth story after a week she was born but forgive us dear, Ibu and Abah were so occupied. We will update the story later, insyaAllah.

As many of you have already known, we have been granted by Allah, another daughter on 25.10.2012 at 2.02 a.m. We named her Hafiya (meaning : sangat baik – surah Maryam, ayat 47). She was born on wukuf day, i.e. one day before Raya Aildiladha.


Here are some photos of Hafiya :


Day 1 : Kakak Khayra and her lil sister, Hafiya. Picture was taken on 25.10.2012, an hour after Hafiya was born.


Another picture of Hafiya with Kakak Khayra. Hafiya was 2 months old during this picture was taken.

Will update more, insyaAllah.

P/s : I went to the PPISB rightly after I posted the previous post (38 weeks and counting) in this blog. Being admitted with slight contractions.



Wednesday, October 24, 2012

38 weeks and counting


Bebelan untuk hari ini :
I am currently 38+ weeks of pregnant. Heavy, lethargic and sakit pinggang dan kadang-kadang ada lagi nausea. Given 3 days of MC until Raya Haji.

This 2nd pregnancy adalah wayyyy different from my 1st pregnancy. Time 1st pregnancy, langsung tak ada morning sickness, bertenaga sahaja dan everything went smooth sangat, alhamdulillah. This time around, baru rasa apa itu morning sickness, back pain yang teruk, nausea until 3rd trimester, tak ada selera makan dan too sensitive terhadap strong smell. Yikes. Tapi Alhamdulillah, kesemua ini terjadi bila pulang dari kerja or during weekends only. Time pergi kerja, OK sahaja. Ngee.

Baby’s gender? Haha. Surprise! Kita tengoklah nanti Adam atau Hawa yang keluar. We have prepared name for both genders.

Preparation during pantang and for baby dah ready. Adik Baby, cepatlah keluar! Ibu tak sabar dah ni. Heheh.

Kakak Khayra ada hari-hari yang dia terlalu behave, kami bersyukur sangat. Sangat berdikari sekarang dan ya, kalau bercakap memang tak berhenti. Heh. Namun adalah hari-hari yang mood dia tak elok, too clingy and too sensitive. Symptoms nak jadi Kakak agaknya.

Sebenarnya nama je dapat MC tapi ada je tercangak depan laptop ni haa, buat kerja pejabat, reply emails, reply inquiries, entertain calls dan lain-lain. Cumanya tak perlu naik turun tangga di office tu. Nasiblah Labu.

Throughout my 2nd pregnancy ini, banyak sangat jasa dan pengorbanan Encik Suami. I really feel I could not go through all these without my husband’s support. Be it morally or physically support. Terima kasih Encik Suami! *kisses*

Kami ke Turki when I was 11 weeks pregnant. Ambil gambar punya banyak, tapi sampai sekarang akan nausea bila tengok. Seriously. Haha. Sebab itu tak upload lagi sampai sekarang. I missed the opportunity naik belon udara di Cappadocia sebab it was not advisable for a pregnant lady for the ride, hence tinggal kenangan sahaja. My advice, pergi jalan-jalan sebelum pregnant. Orang nasihat kat aku, pergi jalan-jalan sebelum ada anak 2. Haha.

We are hiring a maid – the main purpose adalah nak bantu my mom when the baby is arrived. More on the concept, maid handles the house chores, my mom will take care of the baby. Sebab if nak hantar nursery, rasa macam kecil sangat and to let my mom taking care of the baby AND doing her house chores, adalah tak sampai hati. Kami doa moga urusan kami dipermudahkan dan semoga dapat maid yang tak menyusahkan hidup kami sepanjang the deal with our agent dan Alhamdulillah, doa kami dipermudahkan-Nya. The maid is staying with us and part of me is still in denial of having a stranger in the house. Tapi sebenarnya banyak membantu dalam my current condition yang tak larat nak pegang mop, penyapu and to maintain the house. Kami doa semoga semua berjalan dengan baik. Amin.

Nak pergi lunch. Will update more, insyaAllah if the time permits. Till then. Doakan kami ya.


Wednesday, August 8, 2012

Weekend Getaway During Ramadhan

We made a last minute decision to go to KL as Monday was a public holiday – Nuzul Quran (17 Ramadhan) in KT. We applied leave on Sunday so that we will have a long weekend from Friday. As I’m pregnant and wanted to do some shopping, hubs suggested that we booked a hotel that is closed to any shopping mall. So we opted for this hotel and made our booking through Agoda (thank you to all my fellow Twitter friends for convincing me to book through Agoda – this is my first time booking a hotel through a website. Hehe).


Cititel Mid Valley – a very convenient place to stay and it is so closed to Mid Valley Mega Mall. Weeee!

We departed KT early in the morning, had our sahur in Kemaman, solat Subuh at Gambang and arrived KL at 8.30am. Went to SIL’s house to pass something from MIL, had a quick rest and went to Ikea. Hubs performed his Friday prayer first before heading to check in the hotel and we just rest in our room thereafter.

We opted for Buffet Berbuka Puasa at the hotel (RM80+ per pax). The foods were delicious and I ate a lot (according to hubs I really enjoyed the buffet spread despite of my no-appetite-hormone since being pregnant). Not to forget this little girl who also ate a lot for free (kids below 6yo is free).





My little girl at the Hotel Lobby. 






Hubs booked Gold Class tickets to watch a movie that night at Mid Valley (just a walking distance from our hotel). We watched The Dark Knight Rises and I love it to the max. Khayra had been sleeping after an hour in the theater and she kept telling us before that, “Ibu, macam tengok kat rumah kita, kan?” (As the seat could recline and a blanket was provided in the cinema). Haha.

The next day was a shopping day for us (especially for this pregnant lady. Ngee).


She was wearing a sun glass from FOS Kids, a top from Gap Kids and a legging from Zara Kids. 



A pregnant lady at her 6-months of pregnancy with her cheerful little daughter at One Utama.


A little Spiderman and a little Catwoman at SIL’s. Haha.




When everyone is settling down for Jovian’s and Rizalman’s Raya Collection, I settled for these dresses from Mother Club and Modern Mum. Heh.


(It was Hubby’s treat on one of those dresses, thank you! *kisses*). FYI this will be my first time to wear a dress, be it during pregnant or not pregnant. We’ll see how it goes. Heheh.


Sunday, June 17, 2012

2012 : Father's Day!

Dear Abah,

Thank you for taking care of all my needs, thank you for always be there when Ibu and I needed you the most, thank you for all your support.
When Ibu is not feeling well as she is pregnant with Adik, you are my hero;
Of taking care my meal and making my milk when I am hungry,
Of washing me up when I pooped or shi-shi,
Of holding me up and carrying me when I'm too lazy or tired to walk or whenever I want to be just a little daddy’s girl,
Of calming me down when I throwing my tantrums,
Of waking in the middle of nights when I am not feeling well,
Of washing my clothes, folding and keeping them nicely,
Of tidying our house including scrubbing the toilets and turning it into a beautiful place for us to stay,
Of working diligently to earn more money to our little family so that we could go for another vacation together,

And of all other unmentioned tasks you did for me and Ibu (and for my little Adik in Ibu's tummy), 

Thank you for LOVING us that much.

Thank you for everything, thank you for being my amazing Abah and thank you for always be my hero.

Happy Father's Day, Abah!

Love you so much!

XOXO
Khayra Hazri


[With Ibu's help, :P]





Tuesday, June 12, 2012

June - Turning 30!


A gift, with a kind countenance is a double present. - Thomas Fuller


Its June 2012 already and today is my birthday! Kebanyakan yang wish, akan ada terselit ucapan “Welcome to 3-series”. Whatever. Haha. Tahu tak, apa yang ditunggu-tunggu menjelang hari lahir sejak berkahwin? Birthday card from my dear Husband. Yeah, I’m just a simple girl (girl? Haha!). If ada orang tak sabar tunggu present etc., aku tak sabar nak baca birthday card from my dearest Hubby. 


I did that first thing in the morning today and as expected, I cried when I read his card. Memang tiap-tiap kali dapat apa-apa kad dari Husband, aku nangis bila habis baca. If you know my husband very well, you will know the loveliness of his writing, the best poem that I’ve ever read yang dia composed sendiri, lirik lagu dia tulis, etc. I bet if he writes a blog, orang akan jatuh cinta kot dengan penulisan dia. Knowing him, dia tak suka share his writings to public hence I get the exclusive rights over it. Yippee!

We already had an early birthday dinner; Hubby’s treat last 3 days plus the present hunting. I received a lot of notifications, SMSes, phone calls, birthday cards, cash money etc for my birthday and I guess it’s not that bad of turning 30, huh? I am so blessed and I couldn’t ask for more. Alhamdulillah!

As to date, I’m entering my 5-months of (second) pregnancy; feel so heavy, still lethargic here and there and ‘miss’ nausea is still my best friend. Huhu. Tapi syukur sangat I still manage to go to work everyday (only took 1-day of MC so far), wake up early in the morning feeling fresh, manage to get Khayra’s ready to school everyday and make a simple breakfast sometimes (still no proper cooking so far sebab tak tahan bau). Hehe.

There’s a lot to update on Khayra’s progress but I’m too occupied with work (Alhamdulillah, new portfolios are coming in. Rezeki baby, insyaAllah) and fighting over my (pregnancy) hormone nowadays. Haha. So far she could recite surah Al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas, doa makan, doa habis makan, doa tidur, doa untuk ibu bapa, doa masuk toilet, a bit of Asma Ul Husna etc. She knows and recognized alphabets, numbers, colours and shapes. She still likes to sing, be it nasyid, nursery rhymes, lagu rakyat, lagu-lagu yang berputaran diradio and the latest, dia suka nyanyi lagu “Untuk Dia” Sleeq Feat Najwa Latiff (where I have to Google tajuk dan penyanyi. Heh). Haha. Now, she insists and would like us to call her “Kakak Khayra”. When people asked why, she will say: “Sebab Khayra dah nak jadi Biggg Sister” (dengan nada seronok). Haha.


So that’s all for now. Doakan kami ya. Terima kasih atas ucapan dan doa-doa kalian. Really made my day! :) 



Monday, April 23, 2012

Hello, Second Trimester!

Hola! (Gaya Dora, please?). Maaf, terpengaruh dengan anak saya. Heehe. Lamanya tak mengemaskini blog. Alasan kali ini adalah kerana ada penyakit ‘M’. Heh.

Apa? Nak tahu pasal trip ke Turki? Tunggu ya, saya masih belum transfer gambar yang beratus-ratus keping tersebut. Nantilah, bagi saya sedikit ruang sebab sekarang masih bertungkus-lumus menyiapkan kerja yang menggunung itu. *hiba mode*

You have no idea (tiba-tiba tukar tulis Bahasa Inggeris. Haha), how much I want to share our good news with you tapi maaflah, masa tak mengizinkan selama ini. Inipun curi masa untuk menulis sementara menunggu klien tiba.

The good news (at least for us and our families. Ngee) is : Khayra will become a big sister soon. Alhamdulillah, I’m entering my second trimester now. Sangat berbeza pengalaman kali ini berbanding masa pregnant-kan Khayra dulu. When I said this to Hubby, he said : “Sebab dulu kita PJJ, Allah permudahkan urusan kita. Kali ini berat sikit supaya kita sabar to face it together.” Sort of macam ini jawapan Suami kepada saya. Hehe.

For this second pregnancy: saya mengalami keletihan yang melampau, nausea dan sangat sensitif terhadap bau-bauan, perut yang tak selesa dan kurang selera makan seawal kami tahu mengenainya pada minggu ke-5. We did the home pregnancy test as soon as my period was delayed for 3 days. Sewaktu period delayed hari pertama, saya siap countdown dengan Suami, punyalah excited. Haha.

Totally lain dengan waktu Khayra bila dulu saya langsung tiada masalah makan, not much of nausea dan tak seletih kali ini. Now, cravings jangan cakaplah, tapi bila perut tak selesa, selera turut tersekat. This time around, bila balik office saja memang tak selesa dan sangat letih. Buat satu kerja seperti lipat kain dah mengah. Setakat ini boleh kira berapa kali saya memasak kat rumah – masak telur dadar saja mungkin. Haha. So don’t ask me too much on Turkey’s trip sebab tak berdaya lagi nak buat entry (walaupun sepatutnya in second trimester dah OK sikit, kan?). Alhamdulillah sepanjang di Turki, saya diberikan kesihatan yang baik. Syukur sangat Suami, ibu bapa dan mertua yang banyak membantu dan menjaga Khayra.

Apa reaksi Khayra bila tahu dia bakal ada adik? Oh, begitu excited. Kalau saya letih, she said, “Ibu baring k?” When I cannot smell her poo-poo she said, “Ibu, tutup hidung k? Abah basuh.” Haha. Kalau saya cakap tak larat nak dukung dia, she will walk dan pegang tangan saya. Bila pergi scan, dia excited pegang gambar baby. Obviously bila tahu saya pregnant, Khayra agak clingy. She told her teacher, “Dalam perut Ibu Khayra ada baby.” Habis, satu school tahu. Meriah anak saya. Haha.

Gotta stop here sebab klien dalam perjalanan ke sini. Doakan saya dan adik baby sihat ya! Amin.

- Adik baby - 



Sunday, March 25, 2012

China Trip (December, 2011)

Sorry for the late update. Here’s a complete notes on our recent (d'uh its already March, 2012!) trip to China. If you personally ask me whether I want to come again to China (particularly Shenzhen), I would say NO. Teehee. But if you have never been to China, it’s a good experience to know about their culture, their foods, their places of interests etc. For those yang cerewet pasal makan while traveling, please bring your own comfort food (like serunding daging, sambal bilis, kicap etc). It is also a well-known place for shopping, as you could find almost everything under one roof in China, with a cheaper price if I may add. The key words are : you-must-bargain-when-purchasing!


Note : please bear in mind, imitation things are everywhere, tepuk dada, tanya selera. The weather in Guangzhou is generally lagi sejuk berbanding Shenzhen and Hong Kong. All in all, it was a nice experience in China. I may conclude, if you go anywhere with your beloveds you will feel great! That’s the key :)


01.12.2011 (Thursday) (Malaysia – Shenzhen – Guangzhou)

LCCT – Shenzhen : 6.25am

Arrived at Shenzhen International Airport at 10.30am
Temp. 16c
- Own breakfast on the flight (provided)

- From Shenzen to Guangzhou (2 hours journey by bus)
- Lunch at Abdullah Restaurant (Muslim Restaurant)
- Shopping at wholesale – One Link International Plaza
- Shopping at Beijing Lu – bought Chinese pant for me and cheongsam for Khayra. 
- Dinner at Abdullah Restaurant
- Check in hotel : LONG ZHOU HOTEL – nice and big hotel room. But the hotel’s café did not provide halal food.

Beijing Lu – Day 1

02.12.2011 (Friday) (Guangzhou)
Temp. 8c
- Own breakfast 
- Jade and diamond centre
- Sun Yat-Sen Memorial Hall
- Sculpture of Five Rams (5 goats statue/park)
- Lunch at Abdullah Restaurant
- Hui Sheng Mosque : performed our solat qasar & jamak here
- Makam sahabat Rasullulah S.A.W. – Saad Bin Abi Waqas (Al-Fatihah)
- Wholesale textile centre – 
You may find textile; Chinese silk, Chinese comforter set, bed sheets, table cloth etc.
- Dinner at Muslim Restaurant
- Night River Cruise (CNY150 per person – Adult / CNY100 per person – Child above 3 years old)

Sun Yat-Sen Memorial Hall

Sculpture of Five Rams

Hui Sheng Mosque

Al-Fatihah : Makam Sahabat Rasullullah SAW – Saad Bin Abi Waqas

Kesejukan dibumi Guangzhou : Lil Niece & Lil Darling

Night River Cruise

03.12.2011 (Saturday) (Guangzhou – Shenzhen)

Temp. 8c
- Own breakfast. Checked out LONG ZHOU HOTEL
- Trip to Shenzhen (2 hours journey by bus)
- Chinese medicine shop
- Lunch at Muslim Restaurant
- Splendid China & China Folk Cultural Village (China’s monument)
- Check-in and dinner at MUSLIM HOTEL


Splendid China (China's monuments)


BEFORE : Chinese Folk Art – doing his quick silhouette; by Mr. Luiqipei


AFTER : Chinese Folk Art – impressive work in just a minute! Costs us CNY40 only

04.12.2011 (Sunday) (Shenzhen)

Temp. 13c
- Breakfast at Muslim Hotel
- Lotus Hills Park
- Trip to Shenzhen Mosque
- Jade Cultural Centre
- Lunch and solat at Muslim Restaurant
- Window of the World (World’s monument)
- Shopping at Dongmen Street




Lotus Hill Park


Window of the World (World’s monuments) : Niagara Falls


Window of the World (World’s monuments) : Eiffel Tower

05.12.2011 (Monday) (Shenzhen – Hong Kong)
Temp. 18c
- Breakfast at Muslim Hotel
- Shenzhen to Hong Kong (Disneyland)

  : 2 different immigrations (China and Hong Kong)
- Hong Kong (Disneyland) (11am – 6pm)
- Dinner at Muslim Hotel

Hong Kong Disneyland

Hong Kong Disneyland



06.12.2011 (Tuesday) (Shenzhen – Malaysia)
Temp. 18c
- Breakfast at Muslim Hotel
- Checkout from Muslim Hotel
- Luo Hu Plaza shopping centre (11am – 4pm)
- Late lunch and solat at Muslim Restaurant
- To Shenzhen International Airport (Departure at 9.30pm)
- Meal provided on flight

- Arrived Malaysia (LCCT) at 1.30am



Luo Ho Plaza