Nuffnang Ads

Tuesday, September 29, 2009

Ini [baru] Cerita Raya 1430H

.
Salam Dear Readers,

Ini mahu cerita tentang Raya kami tahun ini. Sungguh seronok dengan kehadiran Si Kecil buah hati kami ini.



Ini cerita Hari Raya Pertama kami. 1 Syawal 1430H bersamaan 20hb September, 2009 Hari Raya tahun ini jatuh pada hari Ahad. Warna purple jadi tema Raya Pertama kami tahun ini. Baju kurung saya itu disponsor Suami saya ketika kami di Jakarta. Kasut Raya Khayra itu hadiah dari Mak Long-nya.



Perlu ke saya ulaskan satu per satu cerita Raya bergambar kami ini? Jika anda mahu terus membacanya, sila kan sehingga penghabisan gambar entri ini tapi jangan sampai muntah darah sudah sebab mungkin ada unsur-unsur kegembiraan melampau menyambut Raya pada tahun ini. Hahah! Gambar di atas masih pada Hari Raya Pertama kami. Itu gambar (ke-2 kanan) Khayra bersama Eirfan, dan gambar kanan bawah, Khayra bersama Aisyah, Tok Wan & Tok Abah. Tok Wan & Tok Abah gembira Raya tahun ini lengkap dengan 2 cucu perempuan. Pagi Raya Pertama saya di rumah Mertua dan agenda seterusnya beraya ke rumah saudara mara sebelah saya.



Ini pula cerita pagi Raya Kedua. Tema kami adalah biru. Raya Kedua secara khususnya disambut oleh keluarga saya by welcoming our relatives to our house. Memang menjadi tradisi setiap tahun, Raya Kedua kami di rumah Ummi & Abah bagi menjamu sanak saudara. Ini kreativiti Ayah Long Khayra, sebelum orang 'serang' rumah kami untuk beraya, kami pulun bergambar dulu. Heheh.




Pose bergambar 3-beranak pada pagi Raya Kedua. Khayra excited tengok lampu crystal chandelier. Heh.





Lagi cerita pada Raya Kedua. Gambar Pertama dari Kiri : Tok Wan requested nak bergambar dengan cucu-cucu. Alahai, baru 2 orang! Gambar Kanan : Khayra bersalaman dengan cousin-nya, Aisyah. Gambar Bawah : Satu daripada 'gerombolan' saudara yang datang beraya di rumah keluarga saya. Keluarga ini datang sekaligus tau, memenuhi ruangan rumah saya. Abah & Ummi gembira sungguh welcoming all of them yang tak pernah miss untuk datang beraya setiap tahun. Tetamu lain memenuhi rumah keluarga saya sehingga ke malam hari.




Ini pula cerita Raya Ketiga. Saya di rumah Mertua setelah balik beraya dari rumah Boss saya dan beberapa kenalan lain. Itu gambar Khayra bersama Eihsan, sepupu-nya. Malam pula, diadakan photo shoot Raya keluarga Suami saya. Gambar? Nanti saya upload jika berkesempatan kerana gambar masih dengan photographer kami.




Ini cerita Raya Keempat. Kami di rumah terbuka Aunty (Achik) saya. Baru kami berpeluang snap gambar sekeluarga. Walaupun telah ada new additions to the family (i.e. Menantu[s] & Cucu[s]), keluarga saya still seems to be a small happy family.




Ini pula cerita Raya Kelima. Hari Raya Kelima ini telah diadakan Majlis Tahlil & Kesyukuran serta Aqiqah sepupu Khayra, Eihsan Bin Razman di rumah Mertua saya. Ramai tetamu hadir memeriahkan majlis disamping turut beraya. Khayra juga banyak dapat 'ang pow' raya on that day.




Pada petang Raya Kelima, saya dan Abang sekeluarga telah ke Masjid Terapung untuk mengadakan sesi outdoor shooting. Memang menariklah pencahayaan petang itu. Gambar ini oleh Adik saya, kami posing ala 'calon-calon keluarga bahagia.' Hahah!





Ketaksuban Suami saya terhadap lampu itu memang nyata tak dapat disembunyikan lagi. Heheh. Background Masjid Terapung itu menarik sekali.




Ini lengkaplah gambar kami tiga beradik bersama keluarga masing-masing. Opps, Adik saya yang di tengah itu masih single. Heh.




Ini pose tercantik kami sekeluarga. Gambar ini jadi desktop appearance saya sekarang. Sungguh tembam la anak saya tu. Kredit untuk Abang saya sebagai jurufoto dan Suami saya sebagai pengarah fotografi kami pada petang itu.


Jadi anda telah 'dihidangkan' dengan gambar-gambar menarik kami sepanjang 5 hari Raya kami pada tahun ini. Tak cukup? Masih banyak lagi gambar, tapi di entri ini cukuplah sekadar di sini sahaja. Ini pun saya curi-curi masa untuk membuat entri Raya kami.


Sebelum anda meninggalkan laman maya kami ini, saya kepingin juga mahu berkongsi gambar ini..


.
.
.
.

.
.
.


Jejeng...!



Heh. Sekarang, sila ke bilik air untuk muntah darah. Heheh.

Lagi gambar Raya di laman ini
.

Selamat Hari Raya!
Maaf Zahir Batin!

.



No comments :