"So when you lose your way, to Allah you should turn, as He promise He will always be there" - Maher Zain.
Saya ingin meluahkan beberapa perasaan terbuku dalam jiwa sejak 2-3 hari ini, so please bear with me, ok?
Di mana harus saya mula? Err, mungkin pada kejadian yang berlaku pada hari Selasa. Saya sungguh marah dan kecewa dengan seorang klien saya. Banyak yang saya bantu selama ini. Tapi bila kita pointed out her mistakes, dia meradang dan menyalahkan saya. Memang down habis sebab selama ni, kes dia yang paling saya jaga, paling saya tak tidur malam dan bagi priority lebih, lagi-lagi kes ini melibatkan auction.
Disebabkan dia compare khidmat saya with her previous lawyer, saya jadi makin down. No, bukan saya rasa saya hebat, tapi saya rasa usaha saya membantu beliau tidak dihargai. Remember that I was the one who pointed out her mistakes? And that it is my duty to ensure my client’s interest is protected? And in return she got mad over me? Sheesh. Kita dah la nk tolong dia betulkan keadaan, nak tolong cepatkan kes dia, nak tolong supaya dia tak perlu bayar interest, nak tolong supaya Bank boleh accept legal documents from her side, tapi kita yang kena marah. Haish!
I have to thank Allah all this while I have a very good listener, a shoulder to cry on and being the best he could, my Hubby is always there for me. I felt so relieved after talking about this to my Husband over the lunch.
Saya memang down semacam, tatau kenapa. Bukan tak pernah alami fussy client and all, itu adalah sebahagian daripada rencah kehidupan kerjaya saya lah tapi kes ini bagi impak yang kuat terhadap saya. Memang merajuk hati la kiranya. Ditambah lagi dengan kerja-kerja lain yang menggunung atas meja dan end of year syndrome; di mana semua nak update status, semua nak cepat, semua keluarkan instructions supaya capai target tahun 2010, semua start nak claim yada yada yada. Tahap nak pitam ok, tengok new instructions dan segala dokumen atas meja. Heh.
Maka selepas tidur satu malam dengan lena, pagi Rabu adalah hari memuhasabah diri dan hari mengembalikan semangat. Satu hari saya dengar lagu Maher Zain. Kah kah! Jika ada yang mengikuti saya di Twitter anda tahulah, satu hari saya dengar Maher Zain mendendangkan lagu-lagunya. Di pejabat, dalam kereta dan bersambung-sambung. Sampai anak kecil saya pun boleh nyanyi, “Allahu Akbar, Allahu Akbar”. Heh.
Hari ini sudah hari Khamis dan menyedari masa yang berjalan sebegitu pantas, dan dengan kehadiran arahan-arahan baru dari Bank dan Pemaju yang akan memenuhi hari-hari bekerja saya akan datang (dan juga memberi saya rezeki tambahan, insyaAllah) saya harap saya dapat kembalikan semula sebahagian semangat saya yang hampir hilang itu. Saya harap hujung minggu saya akan indah seperti biasa dan dengan izin Allah, saya ingin kembali ke Pejabat pada minggu akan datang dengan semangat baru. Amin.
.
6 comments :
Persetankan sahaja klien itu.... hahaha!
Hubby : Haha! Thanks Dearie!
sabar ya..memang ada kalanya kita akan ada masalah 'kecil hati' pada hal-hal kerja macam ni..
Finie : Tula kannn? Thanks!
Persetankan.. yg penting keje mau jalan & masyuk supaya dpt beli C3.
Bro : Haha! Thanks! :D
Post a Comment