PES CILI SANGAI (NAMPRIK PAU)
1 gengam kecil udang kering
5 ulas bawang putih
5 biji bawang merah (saiz besar)
3/4 paket Cili boh Adabi
3 sudu besar Asam Jawa Pekat Adabi
1 keping nisan
3 sudu besar sos ikan
Cara-cara :
1) Bawang merah & bawang putih dimayam halus
2) Panaskan minyak dan goreng bawang merah & bawang putih hingga kekuningan
3) Ketepikan sebentar
4) Blend bawang merah, bawang putih, udang kering & cili boh
5) Panaskan minyak, tumis bahan-bahan blend hingga wangi
6) Masukkan nisan (gula Melaka), sos ikan & air asam jawa
7) Masak menggunakan api sederhana sehingga pes menjadi pekat
8) Siap untuk diguna dalam masakan
IKAN SIAKAP NAMPRIK PAU
1 ekor ikan siakap – digoreng garing
2 ulas bawang putih
2 bawang merah
3 helai daun limau purut (dihiris)
2 sudu besar daun ketumbar (dipotong)
2 batang serai (dihiris halus)
3 biji cili api (dihiris halus)
4 sudu besar air limau nipis
2 sudu teh sos tiram
Gula secukup rasa
Pes cili sangai (ikut kuantiti yang dikehendaki untuk ikan & kuah)
1) Sediakan bawang merah dan bawang putih untuk menumis
2) Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehinga kekuningan
3) Masukkan pes cili sangai
4) Masukkan sos tiram
5) Masukkan air limau nipis
6) Masukkan gula secukup rasa
7) Masukkan cili api yang dihiris halus
8) Masak hingga mendidih
Siap dan lulur di atas Ikan Siakap yang telah digoreng serta taburkan daun limau purut, daun ketumbar dan serai untuk hiasan.
Siap untuk dihidangkan.
.
8 comments :
Ikan tu wahida goreng gitu aje atau celup tepung dulu?
Finie : Haritu Wahida goreng camtu je, tapi kalo nk lagi sedap (baru jumpa cara actually) salut dgn garam & tepung jagung. Nanti dia rangup2 gitu :P
Hihi baru nak tanya nisan tu apa. Hehe. Thanks Wahida. Byk jugak bahan dia, patutla sedap. Will try this bila beli ikan siakap.
Ayin : Most welcome. Haha, aku ingat nisan adalah terkenal? Kat Terengganu jela kot. Hehe. Ok, selamat mencuba! :P
Nisan di Terengganu je eh? Kalo mcm tu, pronunciation-nya yang betul adalah "Nisan-g"... hahaha!
Contoh penggunaan perkataan dalam ayat: "Ce mu test cekelat nisang ni gok..." hahaha!
Hubby : Yes dear, cokelat nisang. Haha!
Baik pengiriman dan posting ini banyak membantu saya dalam assignement kuliah saya. Terima kasih Anda sebagai informasi Anda.
Il semble que vous soyez un expert dans ce domaine, vos remarques sont tres interessantes, merci.
- Daniel
Post a Comment