Nuffnang Ads

Wednesday, June 15, 2011

Random Things (Birthday, Nora Elena, Netball & Puding Roti)

Sebenarnya rindu budak kecik hari ini. Hari Ahad lalu telah diserang diarrhea dipercayai kesan memenuhi terlalu banyak undangan perkahwinan pada hari sebelumnya. Bukanlah aku salahkan majlis mana-mana tapi mungkin perut aku yang over sensitive tak dapat menerima gulai secara kawah atau cili powder dengan kuantiti yang banyak dalam satu-satu masakan. Atau mungkin akibat minum air tapisan dan bukan air yang dimasak atau mana-mana sumber yang seangkatanlah. Ya, perut aku sensitif dan mampu mengesan jika air tidak dimasak elok atau makanan tercemar atau lebihan cili dalam masakan. Tapi hakikatnya aku suka masakan yang pedas-pedas. Sungguh tak mencapai piawaian aku bila masakan tak berapa pedas. Heh. Banyak songeh perut aku. Aku dibesarkan dengan air yang dimasak dan ini termasuk ais kiub, turut dibekukan dengan menggunakan air masak. Fussy, tapi selamat untuk aku. Perut aku juga tak boleh menerima ‘air minuman’ jadi aku kena beli air mineral instead of ‘air minuman’ yang lebih murah. Mengada, I know. Hehe. OK, tiba-tiba bercakap pasal perut walhal asalnya aku nak cakap yang aku rindu anak. Eh eh.


Berbalik pada rindu anak. Maybe aku rindu melampau sebab kurang spend time dengan dia beberapa hari ini sebab aku tak sihat. Ya, aku kena diarrhea pada hari ulangtahun kelahiran aku. Kesian. Sebetulnya mahu meraikan dengan makan-makan tapi aku terlantar dikatil dan selepas target Terengganu akan diberi cuti sempena kemenangan Piala FA tetapi hampa sebab tak cuti. Lepas hantar Khayra ke school, even dah rasa sakit perut I still went to the office. Siapkan 2 files kemudian sakit kepala dan rasa nak muntah. Terus balik ke rumah, BBM Hubby dan terus terbaring. Terbangun disebabkan hand phone yang tak berhenti menghantar notifikasi birthday wishes dan Hubby pulang membawa lunch. I insisted nak pergi semula ke pejabat sebab ada beberapa kes kena selesaikan tapi Hubby tak bagi and there I was – terlantar dikatil pada hari ulangtahun kelahiran. Sedih. Sedih.

Hubby was fully taking care of Khayra the whole day sebab aku sangat lemah and we went to the clinic afterwards dan aku tidur awal sebab memang lemah dan tak terdaya. Selain took care of Khayra, Hubby also did the house chores – did the laundry dan kemaskan dapur. Sebetulnya aku ada sistem iaitu akan membasuh baju 2 kali seminggu i.e. hari Isnin dan hari Khamis (tapi bergantung kalau banyak akan terus basuh sebab aku tak suka tengok baju banyak tak berbasuh nanti makin banyak nak menyidai dan melipat. Heh) Jadi hari itu Hubby did the laundry pada hari Ahad, tiba-tiba Suami bertanya, “Kenapa baju tak banyak?” I answered, “Sebab patut basuh on Monday. Hehe.” So bila dah membasuh, bila part nak sidai baju I was trying to help walaupun tengah sakit kepala but then kena marah. Hubby said, “No. Just go and rest. Awak selalu buat time sihat so biar saya buat pulak this time.” Walaupun rasa guilty tak tolong, tapi rasa dalam hati ada taman bunga yang mekar bila dengar Suami berkata sedemikian. Rasa dihargai. Dan tak perlu la dukung aku bagai bila aku sakit sebab bila Suami aku cakap macam itupun aku dah cair. Apa lagi membantu sewaktu aku sakit. Tak perlu over macam Seth Tan. Tak perlu, OK? Hihi.

Bercakap pasal Seth Tan, aku turut terjebak dalam arus Nora Elena ini. *sigh* Sebenarnya aku nak tahu ending macam mana sebab tu lately aku tengok. Tengok sambil mengomel sebenarnya. You know between the story line and the reality of marriage and so on. Letih aku tengok Seth Tan dan Nora Elena tu. Hidup dalam sebuah drama bolehlah sebegitu sebab namanya pun lakonan. Heh. Suami aku cakap, cerita Nora Elena ni as if mengagungkan seorang rapist. Kah kah! (OK, I dragged him along to watch it yesterday. Hihi)

On another note ke arah kehidupan yang lebih sihat, aku telah menceburkan diri dalam pasukan bola jaring State Bar yang akan berentap dengan team mahkamah Sabtu ini. Sure pancit tak ingat ni sebab lama betul tak melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Latihan di Terengganu Equestrian Resort petang ini pun aku dah berdebar sebab satu : tiada kasut sukan baru (mengada je lebih. Hehe) dan dua : aku tak berapa nak ingat cara nak main bola jaring ni. Kah kah! Dulu aku basketballer, dribble-passing-shooting aku tahulah dan aku rasa lasak sikit compare to bola jaring kan? Sekali aku tersalah pergi dribble bola macam mana petang ni? Haha. Sekarang aku miss nak main basketball. Uhuk.

Eih bagi sesiapa yang follow aku di Twitter pasti tahu yang aku telah mengubahsuai Puding Roti tersebut dengan meletakkan Blueberry filling and wrapped with KitKat semasa majlis makan-makan di rumah parents aku tempoh hari. Seriously sedap! (Motif puji hasil ciptaan sendiri? Kah kah!) Puding habis dan-dan tu jugak sampai aku sempat dan berpeluang merasa secebis sahaja. Balik rumah terus bake lagi satu sebab ada extra Blueberry lagi. Kah kah! Pastu bawak ke pejabat semua pakat-pakat rasa.

Puding Roti with Blueberry filling and wrapped with KitKat :D

OKlah banyak pulak merapu. Till then. Rindu budak kecik! Sobs.



8 comments :

ibuwijdan said...

hehehehh..aku turut terjebak dgn nora elena..before 6 dah kena cabut dr off gara2 nak tgk nora elena....ish..ish...amik wijdan pun terus dukung bawa balik...takut lambat..

Hazri said...

pengajaran yang boleh dipelajari dari Nora Elena: "merogol tidak salah sekiranya anda seorang yang hensem"...

HW said...

Linda : Aku baru ikut last week sebab penuh timeline kat Twitter orang bercakap pasal Nora Elena. Haha.

Hubby : Haha. Nasib baik rapist tu insaf kalau terus jahat macam mana? Erk?

fiezaradzi said...

xpe, air minuman tak bape elok.. so beli yg mahal sikit tak pe, utk diri sendiri.. hehhe

dah baik ke? lau lum, moga cepat sembuh ye..

HW said...

Fiezaradzi : Thanks Fieza! Semakin sihat, alhamdulillah :D

Anonymous said...

Dtg JB 1hb ni dgn che ga.. nok rasa puding..! nmpk sodapppp!

HW said...

Bro : Sedaplah! Hehe. Nanti saya kirim. Mahu?

baini said...

happy belated birthday,wahida!..siannya diarrhea,memang rasa tak larat je.. aku ngan hubby aku pun kena jugak last week..musim orang kawin gamoknya,bese ah tu,;)..