Sebenarnya jasad saya je
ni ada kat office. Fikiran dengan hati tertinggal kat rumah dah. Hahaha.
Khamis, kan – ada mood nak welcoming weekend dah. Hewhewhew.
Hubs went to KL yesterday –
kan sekarang LPT 2 dah buka so kalau driving berkadaran biasa, 4 jam dah boleh
sampai jadinya dah dekat pergi KL tu macam dah jadi perkara biasa je. Siap
pernah driving pagi dan balik malam - seharian je kat KL nun. Harini ada kes
kat CoA, assist Dato’ Boss dan terus balik KT sebab esok kengkawan kami nak
datang konvoi dari KL.
Itulah sebab utama mood
saya ke laut dah hari ini. Excited sangat for another #weekendwithbesties!
*lompat bintang*
Excited sangat sebab dah
plan macam-macam kan. Dah foresee dapat 3 hari yang best sebab dapat spend
quality time with your best friends and boleh foresee juga akan ada withdrawal
syndrome nanti. Tsk T_________T Tak apa, kita enjoy dulu! >_<
Oh ya, ini kawan-kawan
saya yang sama-sama belajar di UiTM dulu. Sama kelas, sama rumah sewa, sama
firm masa ambil LLB Hons., sama-sama duduk hostel Blok Delima, sama-sama outing
cari barang, tengok movie, datings, buat kerja gila, study group, gossip,
berkejar beli makanan pagi-pagi kat Abang Mat, sama-sama plan masuk aktiviti,
sama-sama masak, sama-sama kongsi susah dan senang, homesick and the list goes on. Pendek kata kami rapat sangat dari memula
masuk UiTM (tahun 2000) tu. Antara rakan-rakan yang paling awal kita kenali dan baik macam
adik-beradik dah. Dah kenal family, mak ayah masing-masing dan selalu lah
bertanya khabar sampai sekarang. Kalau saya gi KL lama sikit, memang curi masa
nak jumpa dengan diorang ni.
So here they are :
Linda dan Zmah
Now that kami dah
berkahwin pun kita still keep in touch – everyday. Yang paling best, kami
berkahwin dengan classmates sendiri jugak! Bahahahah. Maknanya kami semua kenal
husband masing-masing yang terdiri daripada kawan-kawan kami juga masa belajar (dan
zaman bercinta dulu) dulu. So memang meriah kalau jumpa.
Our firstborn – lahir pada
tahun sama, tahun 2009: Khayra (1 Julai), Wijdan (29 Julai) dan Hana (19 August). Kami
kerap juga bawa anak-anak kami outing sama-sama macam pergi Zoo Negara dan
terbaru pergi Bukit Gambang Resort City (BGRC). Anak kedua kami pun lahir dekat-dekat
kalau ikut bulan tak jauh sangat, cuma Hafiya tahun berbeza dari Naurah dan
Hani.
Our firstborn – Khayra, Hana dan Wijdan (di BGRC – Oktober lalu)
Alkisahnya kami dulu kan
housemates, firm mates and classmates, so banyaklah cerita kami boleh
ulang-ulang sampai lebam sebab semua ada pada kenangan yang sama. Masa dating
pun, boyfriend masa tu (suami sekarang) pun tolong juga kalau salah sorang dari
kami ada kesulitan. Yang saya ingat, masa bulan puasa, Zul (dulu-boyfriend-sekarang-suami
Linda) pernah tolong tapaukan makanan berbuka untuk kami bertiga. Hahaha. Pastu
Hazri (dulu-boyfriend-sekarang-suami saya) pernah tumpangkan kami bertiga kalau
nak gi mana-mana dan bab tukar notes memang champion. Hehe. Bon
(dulu-boyfriend-sekarang-suami Zmah) pun sama macam tu.
Diorang dah pernah buat
trip ke KT tahun 2011 – masa tu baru anak seorang. Saya pernah tulis
kegembiraan saya di sini
dan di sini.
So bawa pergi berkelah kat Air Terjun
Sekayu, bawa makan-makan sekitar KT dan lain-lain. Lepas tu masa nak balik ke
KL, kereta Linda dan Zul ada problem menyebabkan diorang kena stay longer kat
rumah saya sampai seminggu! Hahaha. Masa tu lagi best sebab malam-malam boleh
berborak sakan sampai midnight, keluar makan ramai-ramai, tengok DVD movie dan
paling best adalah Linda siap masak untuk kami – balik kerja je tadaaa – dinner
was served! Hehe.
So tahulah betapa saya
excited sekarang nak tunggu mereka sampai esok pagi! :)