Nuffnang Ads

Wednesday, September 20, 2017

HW Umrah 2017 (Day 7)

Hari Ketujuh (06.02.2016)

Breakfast nasi goreng dengan telur rebus goreng bersambal.

7.30 pagi: Ke Gua Thur. Rasulullah berkhalwah 4km dari Mekah (memikirkan tentang ummat yang ketika itu jahiliah) lalu diturunkan wahyu al Quran untuk berhijrah ke Madinah

Tazkirah Ustaz (ketika dalam bas):
Ibadah umrah:
Niat di miqat dan jaga pantang larang
Tawaf
Saie (21km) (Safa - Marwah lebih kurang 450m sehala)
Bertahalul

Miqat Ja'aranah 27km dari Tanah Haram
Miqat paling afdhal bagi ahli Mekah

Arafah – Jika mengerjakan Haji wajib ke Padang Arafah

Tanda akhir zaman - Padang Arafah menjadi hijau. Perkumpulan umat Islam yang paling besar (jemaah memakai ihram) gambaran di Padang Mahsyar. Lebih kurang 2 juta umat semasa musim Haji. 

Dosa - dosa besar:
1. Arak
2. Zina
3. Derhaka kepada ibubapa

Berada di Jabal Rahmah diantara jam 
8.15 pagi - 9.00 pagi. Beli aiskrim 5 Riyal. Tangkap gambar polaroid 15 Riyal (2 keping) dipuncak Jabal Rahmah.

Arafah ke Muzdalifah: 8km
Mina (Tempat melontar. Ada tiga tingkat)

10.30 pagi: kembali ke Tanah Haram

11.15 pagi: tiba di hotel. Ke Masjidil Haram untuk solat zohor

Lunch : kari ikan, sayur campur dan ayam masak cili

Solat Asar

Selepas Asar pukul 4.40 petang ke Masjidil Haram untuk tawaf sunat. Berpeluang menyentuh Kiswah Kaabah dan berada dekat dengan Kaabah.

5.45 petang: get ready for Maghrib. Tak balik hotel.

6.14 petang: Maghrib

Berpeluang melihat pengurusan jenazah di Masjidil Haram selepas solat jenazah.

Balik hotel. Makan roti canai.

7.15 malam: ke Masjid tapi perlu melalui jalan Saie sebab pintu Ajyad dah ditutup.

Solat Isyak di Masjidil Haram.

Dinner - tomyam ayam, sotong goreng kuning, Nasi Arab.

9.30 malam: Tahlil di dewan makan bersama Ustaz Fadli.


Breakfast nasi goreng dengan telur rebus goreng bersambal. Sebenarnya terlintas (mungkin mengidam, agaknya) nak makan begini malam tadi. Alhamdulillah, dimakbulkan dan ada rezeki untuk saya (dan baby Raisya) makan di Mekah semasa sarapan pagi di Hotel Al Maqam. Sedap pula tu, alhamdulillah.


Gua Thur.


Jabal Rahmah. 
Tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa setelah beratus tahun terpisah.


Ketika berada dipuncak Jabal Rahmah. 


Dipuncak Jabal Rahmah boleh nampak Padang Arafah ini.



Beli aiskrim 5 Riyal setiap satu semasa di Jabal Rahmah. 



No comments :