Nuffnang Ads

Wednesday, September 20, 2017

HW Umrah 2017 (Day 4)

Hari Keempat (03.02.2017)

Info - Masjid Nabawi: Sesiapa yang bersolat di dalam Masjid Nabawi adalah 1,000 kali lebih afdhal daripada solat di tempat lain. Dalamnya ada Makam Nabi Muhammad SAW dan sebuah taman daripada Taman Syurga (Raudah). Sebaiknya hendaklah cuba bersolat di dalam Masjid Nabawi bukan di perkarangan luar (atas lantai bersih) yang turut dibenarkan bersolat.

Masjidil Haram: Sesiapa yang bersolat di Tanah Haram adalah 100,000 kali lebih afdhal daripada solat di tempat lain. Di Tanah Haram terletaknya Kaabah yang menjadi kiblat bagi umat Islam. Kata Ustaz, jika bagi sesiapa yang uzur dan bersolat di dalam bilik hotel yang terletak di Tanah Haram, pahalanya adalah sama iaitu 100,000 kali lebih afdhal daripada solat di tempat lain.


Wallahualam.

4.00 pagi: Bangun dan ke Masjid Nabawi awal sempena hari Jumaat. Solat sunat Tahajud, solat sunat hajat, baca surah Al Kahfi. Suhu paling sejuk 8°C.

8.00 pagi: Beli souvenir dan packing

9.00 pagi: Bawa beg besar ke luar pintu bilik untuk urusan ke Mekah

11.15 pagi: Ke Masjid Nabawi untuk ziarah Wada (Makam Nabi)

12.00 tengah hari: Bersedia untuk solat Jumaat (1st time for yours truly), habiskan Surah Yusuf, dengar Khutbah Jumaat, Solat Jumaat 2 rakaat dan solat jamak Asar.

1.20 tengah hari: Lunch dan bersiap dengan wuduk dan ihram

2.15 petang: Naik bas mengikut nombor bas yang telah ditetapkan (ada pada nametag)

3.00 petang: bertolak ke Mekah menaiki bas

3.30 petang: Tiba di Bir Ali untuk miqat. Solat Tahiyatul Masjid dan berniat ihram. Jaga 13 pantang ihram

7.30 malam: Berhenti untuk solat dan makan

8.45 malam: Bertolak semula ke Mekah

11.10 malam: Tiba di Mekah – Hotel Al Maqam

12.00 malam: berkumpul di lobi untuk tawaf dan taklimat ringkas

12.45 malam: Start tawaf

2.45 pagi: Selesai Saie dan tahalul. Selesai Umrah Pertama.



Gate 25 yang menjadi penanda pertemuan dengan suami setiap kali selepas solat 
di Masjid Nabawi.


Wearing niqab and nose protector. 
(18w pregnant with Raisya)


Pagi Jumaat di dalam Masjid Nabawi - Al Kahfi


Hari Jumaat diperkarangan Masjid Nabawi


Hotel Dallah Taibah - 2 blocks from Masjid Nabawi's gate (about 3 to 5 mins walk). 
Entrance paling dekat adalah Gate No. 25.


First picture of Kaabah seusai Umrah Pertama pada jam 2.45 pagi.


Dalam Masjidil Haram, Mekah.



No comments :