Hari Ketiga (02.02.2017)
5.00 pagi: Ke Masjid Nabawi untuk solat subuh
7.20 pagi: berkumpul di Lobi Hotel
8.00 pagi: bergerak ke Masjid Quba - Masjid pertama yang dibina oleh Baginda Rasullullah SAW selama empat hari berturut-turut.
8.30 pagi: tiba di Masjid Quba. Spent 25 mins. Solat Tahiyatul Masjid dan Dhuha.
9.20 pagi: bergerak ke Bukit Uhud 9km panjang dan tingginya 1050m. Bukit yang kemerah-merahan. Bukit yang akan ada di Syurga.
Ke ladang kurma. Kurma Ajwa - kurma yang ditanam oleh Nabi Muhammad sendiri
Info: (tazkirah Ustaz ketika di Bukit Uhud)
Perang Uhud mengorbankan bapa saudara Nabi Muhammad, Saidina Hamzah Bin Abd Mutalib. Perang Uhud melibatkan 700 muslimin melawan 3,000 kafir dan korbankan 70 para syuhuda. Saidina Hamzah meninggal dunia dalam keadaan yang sungguh menghayat hati.

Info: (tazkirah Ustaz ketika dalam bas)
Air Zamzam - apabila Baginda Rasulullah SAW minum air zamzam, Baginda berdoa tentang 3 perkara iaitu:
1. Rezeki yang luas
2. Disembuhkan dari penyakit
3. Mendapat ilmu yang mulia
Masjid Aqsa - yang menentukan kiblat pertama untuk solat
Masjidil Haram - yang menentukan kiblat setelah Rasulullah mendapat wahyu
Semasa Solat Zohor - Nabi Muhammad terima wahyu
Al Baqarah ayat 144 - selepas menerima wahyu, Baginda terus berpindah arah 180 darjah - arahkan kiblat ke Masjidil Haram
Al Baqarah ayat 144 - selepas menerima wahyu, Baginda terus berpindah arah 180 darjah - arahkan kiblat ke Masjidil Haram
17 bulan menghadap Masjid Aqsa sebelum mengubah kepada Masjidil Haram.
Bukit Khandaq - Masjid Jamek Al Khandaq. Longkang 2000m dibuat sebagai benteng pertahanan. Tidak boleh dilepasi tembok tingginya dan lebarnya tak boleh dilepasi
oleh kuda. Salman Al Farisi - idea membuat benteng.
Perang Khandaq 7 kubu
Abu Bakar, Umar, Salman, Rasulullah dan sahabat bergilir-gilir solat dan berjaga.
Surah Al An'am Ayat 15 - mukjizat Rasululullah pukul batu 3 kali untuk membina benteng. Tak ada pertempuran darah.
Surah Al An'am Ayat 15 - mukjizat Rasululullah pukul batu 3 kali untuk membina benteng. Tak ada pertempuran darah.
12.00 tengah hari: Solat Zohor dan lunch
2.00 petang: start packing sikit
3.15 petang: Solat Asar
Berkumpul di dewan makan untuk taklimat ke Mekah
6.08 petang: Solat Maghrib
Beli kebab
7.30 malam: Solat Isyak dan dinner
Bacaan Yasin dan tahlil arwah dibuat di dewan makan.
Ada
Wifi dalam bas. Canggih :D
Masjid Quba
Masjid Quba - seusai solat Tahiyatul Masjid dan solat Dhuha.
Bukit
Uhud.
Di ladang kurma dan membeli kurma serta coklat.
(Wrote this in my phone memo for my future reference)
*Taklimat
(selepas Asar hari ketiga 02.02.2017)
Ziarah wada' - hukum sunah. Boleh dibuat di mana-mana. Lelaki boleh buat di Raudah. Lihat Makam Rasulullah bagi salam kepada Rasulullah dan ucap selamat tinggal. Wanita boleh buat di bahagian kubah hijau atau Raudah. Bermula pukul 11 malam. Selepas Isyak atau Subuh, hadap Makam Baginda. Assalamualaikum ya Rasulullah. Illal li qo'.
Bertolak ke Mekah selepas Solat Jumaat. Kelebihan bagi jemaah kami: dapat 2 kali solat Jumaat di Madinah.
Check out - letak beg di luar bilik. Pukul 9 pagi. Berkumpul di lobi hotel selepas makan pukul 2 petang. Bergerak 2.30pm. Berniat di Bir Ali (30 mins). Jangkaan sampai di Mekah pada jam 9.00 malam.
Bagi jemaah yang menginap di Abd Aziz Hotel - nombor bilik mesti sama dengan no. Bilik yang diberikan di tanahair.
Tulis nama hotel selain Abd Aziz Hotel.
Jam 9 pagi berkumpul di lobi dengan memakai ihram. Potong kuku, rambut semasa mandi gugur dahulu tak apa (bukan semasa tawaf), bulu ketiak atau janggut, pakai wangian sebelum berniat ihram. Letak beg di luar pintu pukul 2.00 petang dan ketika berkumpul hendaklah bersiap memakai ihram lelaki dan wanita yang menutup aurat.
Solat Jumaat terus jamak qasar Asar. Jangan ikut solat jenazah tapi teruskan dengan jamak Asar. Tiada lagi solat sunat lain selepas itu.
Bas bergerak 2.30pm. Berniat di Bir Ali pukul 3.00pm. Masuk masjid - solat tahiyatul masjid dan solat sunat ihram. Niat dalam masjid atau dalam bas. Terus jaga 13 pantang larang dalam ihram. 10 mins pertama dalam bas hendaklah perbanyakkan talbiah dan zikir.
140km sebelum sampai istirehat - solat jamak maghrib dan isyak. Ada restoran untuk makan. Jika mencuci tangan dengan sabun (wangi) - hendaklah berniat untuk bersihkan tangan.
Baca doa dalam bas. Sampai di Mekah jemaah dibahagi kepada 8 hotel. Tunggu arahan bila berkumpul untuk tawaf dan saie. Suara wanita adalah aurat. Pintu babulsalam dibaiki, jadi hendaklah ikut petugas. Mulai tawaf dari hajarul aswad (ada lampu hijau pada tiang sebagai penanda). Tiada bacaan tertentu dalam tawaf - hanya ketetapan ulama. Nabi Adam baca subhanallah wallhamdulillah wala ila haila Allah wallahuakbar. 7 pusingan. Bersentuhan wanita dan lelaki semasa tawaf bukan mahram tanpa nafsu, boleh teruskan tawaf. Kentut - tanda tempat dan ambil wudhuk. Kalau tak ingat tempat tanda, kena mula semula dari pusingan pertama.
Lepas itu minum air zamzam dengan niat yang baik. Terus ke Saie antara Safa dan Marwah. 10 meter kesemuanya 7 kali. Lampu hijau - sunah bagi lelaki berlari lari anak. Wanita tak boleh berlari-lari anak tetapi boleh percepatkan langkah. Berjalanlah dengan kadar kita.
Bertahalul - aurat wanita hendaklah dijaga. Lelaki: bergunting atau bercukur.
Miqat Jaranah dan Miqat di Hudaibiah. Singgah diladang unta - minum susu unta.
Mandi sunat ihram sebelum zohor. Pakai ihram selepas makan.
No comments :
Post a Comment