Nuffnang Ads

Tuesday, July 26, 2011

Hati Cair Part VI

Wanted to update earlier on our beloved Lil Darling but too occupied with works and jalan-jalan. Hehe. Just before Lil Darling turning 2 years old :

Scene I

Lil Darling was drinking her milk and suddenly tak habiskan susu then pergi main.

Ibu : Khayra, habiskan susu OK.
Khayra : Ibu oh ibu, tanak habiskan susu sebab dah kenyang.
Ibu : (Terkejut as she could say the complete whole sentence)

Scene II

Lil Darling was drinking her milk while watching BabyTV. At that time, Maghrib was just around the corner.

Abah : Khayra, go to Ibu and mandi.
Khayra : (Berhenti minum susu) Tengah minum susu-lah!
Abah : Haha, OK .. OK. Afterwards OK?
Khayra : OK (sambung minum susu)

Scene III

Fetched Lil Darling at school and went to my parents’ house. Lil Darling was at the back on her car seat. Suddenly I made sudden break as the front car tak bagi signal nak belok kiri.

Khayra : Ya, Allah! (sambil panjangkan leher nak tengok kereta depan, pastu buat muka marah)
Haha, she’s protective like that!

Scene IV

Tok Ngah bagi note RM50.00 to her. I forgot to keep the money and she was playing with it until the day after, bila teringat baru tanya Khayra:

Ibu : Khayra, duit Tok Ngah bagi mana?
Khayra : Hmmm (pergi kat sebelah sofa, seluk kat dalam pouch) Ni, Ibu! (excited)
Ibu : (Nasib baik ada dan Khayra ingat. Pheww) Lega. (Haha!)

Scene V

In the car. Pasang CD kesukaan Khayra consists of nursery rhymes dan lagu kanak-kanak yang lain. Lagu “Di Tanjung Katong” bersiaran. Suddenly,

Music : “Di Tanjung Katong …”
Khayra : Airnya biru .. (keep on singing the song) Di situ tempatnya, dara jelita ..

Kami terkejut sebab we did not hafal dan tahupun pasal lagu tu. Haha! Nursery rhymes lain tak hairan sebab Khayra dah tahu but this one?! Haha!

Kadang-kadang tak terkejar dengan apa yang Khayra dah tahu or hafal sekarang. Banyak sangat (atau Ibu terlalu sibuk lalu tak sempat catch up. Huhu!). Haritu tanya Khayra pasal ABC, tiba-tiba dah tahu Khayra hafal ABC song A to Z, juga hafal Alif Ba Ta sampai Ya, juga tahu semua lirik lagu “Ibu Ratu Hatiku” tanpa Ibu atau Abah perlu nyanyikan, tahu beberapa huruf dan juga tahu macam-macam benda.

Sekarang dah mencecah 2 tahun, lagi banyak yang Khayra belajar / tahu. Juga ada tantrum baru yang kami perlu hadapi. Juga persoalan-persoalan yang banyak perlu kami jawab dari mulut kecil itu sebab daya ingin tahu yang tinggi. Tak lupa alasan-alasan yang logik yang perlu kami kemukakan bila pertanyaan demi pertanyaan dilemparkan untuk mengetahui sesuatu perkara (Why, Ibu? Where, Ibu? What, Ibu? – she conquers all the questions. Heh)

Now please tell me, where did the time go? Or I’m getting old to catch up on everything? Sob.

Lil Darling, please don’t grow up too fast!



Sunday, July 17, 2011

Movie Marathon with Lil Darling

Laporan hari minggu : Minggu ke-3 bulan Julai 2011.

Hari Khamis buat status ‘missions over the weekend’ kat Twitter konon nak buat DVD marathon. In fact buat movies marathon. Haha! Yes, we went to Mesra Mall to watch 2 movies back to back - Transformers : Dark of The Moon and Harry Potter & the Deathly Hallows Part 2. Suami cakap sebab nak berbaloikan perjalanan 2 jam dari rumah, so kena tengok 2 movies. Kah kah!

At first risau juga nak bawa Khayra sebab back to back movies and we were thinking to leave Khayra with Umi tapi fikir-fikir balik tak adil pulak sebab weekend sajala masa Khayra with us as her parents kan, so kami bawa la Khayra sekali to join the fun! (Hoyeeh!) Khayra’s first movie adalah ketika Khayra berusia 16 bulan and she enjoyed the movie though at first dia macam takut bila cinema gelap. Heh. Told Hubby kena tengok movie siang sebab if Khayra tak OK, Ibu dan Khayra boleh gi shopping dan jalan-jalan kat mall. Hehe.

Hubby left us at McD and went for Friday prayer that day. Khayra had lunch dan makan dengan banyak and I was so happy sebab bila kenyang, dia tak cranky later. Hehe. Before the movie started, kita bawa Khayra gi ToyRus dulu, bagi dia happy tengok toys dulu. Then off to our first movie for the day - Transformers! During the first movie, Khayra was OK. Makan popcorn, enjoying the movie (she loves Bumblebee so much! Siap tepuk tangan semua), lena sekejap towards the end sebab dia kenyang makan lunch banyak kot.

Between 1st movie and 2nd movie ada one hour gap. Jadi kita bagi Khayra main ‘neno’ (alah, yang masuk duit / token tu pastu dia gerak-gerak dan ada background music) kat arked and she was so happy! We had light refreshments and timing Khayra memang bagus sebab dia sempat poo-poo! Haha, nasib baik tak poo-poo dalam cinema! We went to the 2nd movie bit late sebab changed Khayra dan beli popcorn. Khayra enjoyed Harry Potter more I guess sebab siap tak tidur throughout the movie (or maybe masa Transformer – Khayra terlena sebab kenyang makan lunch).

Time tengok Harry Potter ramai toddlers sebaya Khayra and kami risau kalau dia terjebak dengan toddlers lain yang boleh jalan-jalan dalam cinema tu sebab parents duk kusyuk tengok movie. Haish. Then ada juga parents yang kena keluar masuk sebab maybe anak nak pergi toilet atau anak bosan nak keluar. Thank God, Khayra was well behaved! Pheww! Ini termasuk juga Khayra sangat sporting bila nak ambil gambar kat posters – siap bergaya macam-macam kat depan posters tu sorang-sorang dan tak malu-malu (usually dia malu kalau ramai orang tengok) sampai abang-abang dan pakcik-pakcik juga makcik-makcik ketawa dan senyum tengok aksi Khayra bergambar. Kah kah!

Sebab Khayra behaved very well throughout the 2 movies that we watched, we went to ToyRus and let her picked her toys as a reward. Hubby was so excited dan nak belanja anak dia macam-macam sebab Khayra good girl but then Khayra pilih buku fish dan Magical Milk & Juice Bottles tu saja (yang tak sampai RM40 pun!) Haha. Bagus anak Ibu, tak ambil kesempatan. Heh. We went to have our dinner afterward before heading home.

Wahai anak, terima kasih banyak-banyak for the enjoyable weekend. Yes you are most welcome to join us for our next next next date! It is great to have you around, Little Darling! :D

* Dropped by at Starbucks to buy this for Umi. She likes it! Yeay!

Sekian, laporan untuk antara hari minggu terbaik buat kami. Hehe.



Monday, July 11, 2011

2nd Birthday - Khayra

Khayra’s 2nd birthday party was held at her school – sebab kita cakap kat Khayra nanti Khayra’s turn in July kat school bila Khayra bawa balik party pack kawan-kawan yang adakan party kat school. As security policy, kami Ibu dan Abah dan / atau kaum keluarga lain tidak dibenarkan join the small event at Khayra’s school but the Teachers requested us to leave a camera for them to take photos of the party. Khayra also received a birthday gift from her school that day. I baked a chocolate cake for Khayra – resipi dari Ayin (thank you!). Here’s some of the photos:

Birthday girl. Seriusnya anak Ibu! ;D

Friends. Singing “Happy Birthday .. “

Khayra’s Party packs

Party Packs

2 years old. Where did the time go?

Sweetie lady bugs on top of her chocolate cake :D

Her favourite cake – baked with love!

I made Chocolate Volcano Cake for me and for my Aunty too! Been craving for chocolate cake!

One for my Aunty *salivating by looking at the ‘volcano’ chocolate frosting*

Somehow July is a month of few birthday celebrations in our family :

1st – Khayra
3rd – Pak Long Khayra and Wawan Khayra (Aunty Rosini)
11th – Ayah Su Khayra (Happy birthday, Adik!)
13th – Pak Ngah Khayra
14th – Aisyah Humairah
22nd – Mak Long Zie Khayra

Not to forget also birthdays of :

22nd – Aunty Zmah
29th - Wijdan



Friday, July 1, 2011

Lil Darling Turns 2!

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG KE-2, KHAYRA SAYANG!

Doa Abah dan Ibu semoga Khayra sentiasa berada di dalam peliharaan-Nya dan menjadi anak yang solehah.
Amin Ya Rabbal Alamin.

Sayang selalu,
Abah & Ibu.



Thursday, June 23, 2011

Lil Darling - 23 months

You know, when we first sent our little daughter to school (it has been 6 months now!) we always (without fail) ask her about her activities at school, about her friends, teachers bla bla bla every time we pick her up from school. Among our (usual) conversations :

Ibu : Harini teacher ajar apa kat school?
Khayra : Animal.
Ibu : So what is animal?
Khayra : Tiger, Elephant, Monkey etc.

***
Ibu : Harini Khayra belajar apa kat school?
Khayra : Alif-Ba-Ta!
Ibu : Cuba baca kat Ibu?
Khayra : Alif … Ba ... Ta …

***
Ibu : Khayra makan apa kat school harini?
Khayra : Mee (Sometimes she would tell : Biscuit, karipap, kek, nasi, bubur)

***
Abah : Khayra, siapa nama kawan Khayra kat school?
Khayra : Amir! (*Bukan nama sebenar)
Abah : Amir naughty ke good?
Khayra : Naughty
Abah : Why? Amir buat apa kat school.
Khayra : Babab (means pukul)
But so far tak pernah lagi Khayra cedera and when we asked the teachers, there is indeed a boy name Amir in her class. Maybe Amir suka sakat/kacau Khayra kot.

***
I brought chocolate cake to her school that morning. When we fetched her from school, we asked :
Ibu : Harini makan apa kat school, Khayra?
Khayra : Kek Ibu
Ibu : Makan sendiri ke teacher suap?
Khayra : Kakak suap (Kakak = penjaga / Teacher = mengajar in the class)
Ibu : Amir makan tak?
Khayra : Makan tama-tamalah (makan sama-sama)

***
At Melbourne when she was not going to school for a week.
Ibu : Siapa kawan Khayra kat school?
Khayra : Amir
Ibu : Amir naughty ke good?
Khayra : Good.
Haha, mentang-mentang Khayra tak pergi school dan Amir tak kacau, terus cakap good! Hehe.

Genap seminggu lagi Khayra akan menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-2! Cepatnya masa!



Tuesday, June 21, 2011

Menu Berbuka (20.06.2011)

Semalam berpuasa. Pukul 3.30 petang dah berfikir nak berbuka dengan apa. Hehe. Sambil buat kerja, kepala ligat saja fikir tentang menu untuk berbuka. Teringat Suami mahu makan western food dan memandangkan ada lebihan nasi, rasa patut buat nasi goreng juga. Pukul 4.45 petang dah keluar pejabat, ambil Khayra dan singgah Giant sebab nak beli Mozzarella Cheese.

Nasib baik Khayra behave sahaja dan ralit tengok BabyTV, maka telah berjaya menyediakan 2 menu untuk berbuka semalam iaitu :

(1) Nasi Goreng Belacan

(2) Chicken Parmigiana

Walaupun pertama kali try buat Chicken Parmigiana dan berpuasa, Alhamdulillah Hubby likes it! Suka bau semerbak dari oven ketika proses menyediakan Chicken Parmigiana tersebut. *salivating*

Sekarang perlu meneruskan kerja yang berlambak di depan mata. Sekian. Hehe.



Sunday, June 19, 2011

Father's Day 2011


Homemade Chocolate Cake for the man we love so much!
Happy Father's Day, Dearie!
Thank you for everything & we love, love, love you so much!

*Happy Father’s Day also to my beloved Abah, my FIL and to all father’s out there! Much love! :D



Wednesday, June 15, 2011

Random Things (Birthday, Nora Elena, Netball & Puding Roti)

Sebenarnya rindu budak kecik hari ini. Hari Ahad lalu telah diserang diarrhea dipercayai kesan memenuhi terlalu banyak undangan perkahwinan pada hari sebelumnya. Bukanlah aku salahkan majlis mana-mana tapi mungkin perut aku yang over sensitive tak dapat menerima gulai secara kawah atau cili powder dengan kuantiti yang banyak dalam satu-satu masakan. Atau mungkin akibat minum air tapisan dan bukan air yang dimasak atau mana-mana sumber yang seangkatanlah. Ya, perut aku sensitif dan mampu mengesan jika air tidak dimasak elok atau makanan tercemar atau lebihan cili dalam masakan. Tapi hakikatnya aku suka masakan yang pedas-pedas. Sungguh tak mencapai piawaian aku bila masakan tak berapa pedas. Heh. Banyak songeh perut aku. Aku dibesarkan dengan air yang dimasak dan ini termasuk ais kiub, turut dibekukan dengan menggunakan air masak. Fussy, tapi selamat untuk aku. Perut aku juga tak boleh menerima ‘air minuman’ jadi aku kena beli air mineral instead of ‘air minuman’ yang lebih murah. Mengada, I know. Hehe. OK, tiba-tiba bercakap pasal perut walhal asalnya aku nak cakap yang aku rindu anak. Eh eh.


Berbalik pada rindu anak. Maybe aku rindu melampau sebab kurang spend time dengan dia beberapa hari ini sebab aku tak sihat. Ya, aku kena diarrhea pada hari ulangtahun kelahiran aku. Kesian. Sebetulnya mahu meraikan dengan makan-makan tapi aku terlantar dikatil dan selepas target Terengganu akan diberi cuti sempena kemenangan Piala FA tetapi hampa sebab tak cuti. Lepas hantar Khayra ke school, even dah rasa sakit perut I still went to the office. Siapkan 2 files kemudian sakit kepala dan rasa nak muntah. Terus balik ke rumah, BBM Hubby dan terus terbaring. Terbangun disebabkan hand phone yang tak berhenti menghantar notifikasi birthday wishes dan Hubby pulang membawa lunch. I insisted nak pergi semula ke pejabat sebab ada beberapa kes kena selesaikan tapi Hubby tak bagi and there I was – terlantar dikatil pada hari ulangtahun kelahiran. Sedih. Sedih.

Hubby was fully taking care of Khayra the whole day sebab aku sangat lemah and we went to the clinic afterwards dan aku tidur awal sebab memang lemah dan tak terdaya. Selain took care of Khayra, Hubby also did the house chores – did the laundry dan kemaskan dapur. Sebetulnya aku ada sistem iaitu akan membasuh baju 2 kali seminggu i.e. hari Isnin dan hari Khamis (tapi bergantung kalau banyak akan terus basuh sebab aku tak suka tengok baju banyak tak berbasuh nanti makin banyak nak menyidai dan melipat. Heh) Jadi hari itu Hubby did the laundry pada hari Ahad, tiba-tiba Suami bertanya, “Kenapa baju tak banyak?” I answered, “Sebab patut basuh on Monday. Hehe.” So bila dah membasuh, bila part nak sidai baju I was trying to help walaupun tengah sakit kepala but then kena marah. Hubby said, “No. Just go and rest. Awak selalu buat time sihat so biar saya buat pulak this time.” Walaupun rasa guilty tak tolong, tapi rasa dalam hati ada taman bunga yang mekar bila dengar Suami berkata sedemikian. Rasa dihargai. Dan tak perlu la dukung aku bagai bila aku sakit sebab bila Suami aku cakap macam itupun aku dah cair. Apa lagi membantu sewaktu aku sakit. Tak perlu over macam Seth Tan. Tak perlu, OK? Hihi.

Bercakap pasal Seth Tan, aku turut terjebak dalam arus Nora Elena ini. *sigh* Sebenarnya aku nak tahu ending macam mana sebab tu lately aku tengok. Tengok sambil mengomel sebenarnya. You know between the story line and the reality of marriage and so on. Letih aku tengok Seth Tan dan Nora Elena tu. Hidup dalam sebuah drama bolehlah sebegitu sebab namanya pun lakonan. Heh. Suami aku cakap, cerita Nora Elena ni as if mengagungkan seorang rapist. Kah kah! (OK, I dragged him along to watch it yesterday. Hihi)

On another note ke arah kehidupan yang lebih sihat, aku telah menceburkan diri dalam pasukan bola jaring State Bar yang akan berentap dengan team mahkamah Sabtu ini. Sure pancit tak ingat ni sebab lama betul tak melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Latihan di Terengganu Equestrian Resort petang ini pun aku dah berdebar sebab satu : tiada kasut sukan baru (mengada je lebih. Hehe) dan dua : aku tak berapa nak ingat cara nak main bola jaring ni. Kah kah! Dulu aku basketballer, dribble-passing-shooting aku tahulah dan aku rasa lasak sikit compare to bola jaring kan? Sekali aku tersalah pergi dribble bola macam mana petang ni? Haha. Sekarang aku miss nak main basketball. Uhuk.

Eih bagi sesiapa yang follow aku di Twitter pasti tahu yang aku telah mengubahsuai Puding Roti tersebut dengan meletakkan Blueberry filling and wrapped with KitKat semasa majlis makan-makan di rumah parents aku tempoh hari. Seriously sedap! (Motif puji hasil ciptaan sendiri? Kah kah!) Puding habis dan-dan tu jugak sampai aku sempat dan berpeluang merasa secebis sahaja. Balik rumah terus bake lagi satu sebab ada extra Blueberry lagi. Kah kah! Pastu bawak ke pejabat semua pakat-pakat rasa.

Puding Roti with Blueberry filling and wrapped with KitKat :D

OKlah banyak pulak merapu. Till then. Rindu budak kecik! Sobs.