.
Saya terpanggil untuk membaca buku Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck tulisan Hamka itu setelah ramai yang memberikan respon positif dan ramai juga yang menangis dek jalan cerita dan bahasanya yang disusun indah. Mengulas buku bukanlah bidang saya. What am I trying to share here is that apa yang saya rasa.
Sebelum saya mengetahui tentang kewujudan buku tersebut, telah banyak kali saya mendengar tentangnya. Lebih-lebih lagi ianya hasil tulisan seorang yang mashyur dalam bidang penulisan. Jadi semasa MPH Sale, saya telah mencari buku itu tapi tidak jadi membelinya kerana Abah maklumkan buku tersebut sudah ada di rumah saya! Abah, menurutnya sewaktu muda dahulu juga digenangi air mata membaca buku tersebut. Saya jadi kaget untuk membaca buku tersebut, lebih-lebih lagi dalam keadaan saya sekarang, risau sungguh beremosi lebih lantas tempiasnya akan mengenai keturunan kami nanti.
Baru 2 hari lepas saya selesai membaca buku yang disebut-sebut itu. Kesannya? Saya langsung tidak menangis, tiada perasaan hiba, tiada kesedihan dalam hati malah air mata saya agak mahal untuk itu. Tapi itulah saya. Saya agak sukar menangis pabila membaca sesuatu bahan bacaan atau menonton cerita-cerita sedih. Saya pernah ketawa di dalam panggung sewaktu menonton X-Men, walhal itu adalah part sedih dalam cerita itu. Saiko. Ngee.
Realitinya tanyalah pada orang-orang yang rapat dengan saya. Saya bukan keras hati, saya cepat juga bergenang air mata dan menangis. Saya akui itu. Cuma bab-bab membaca dan menonton sahaja yang kurang memberi kesan pada saya.
Sempena MPH Sale [and contribution from the beloved Husband for another 20% discount, thank you], I bought 3 books for only RM10 each (after discount ya). I could not stop from reading Muslee Awang Murshid's collection, I just bought that Hijab Sang Pencinta. Buku Usikan Rindu itu tersenarai sebagai tempat Pertama di MPH, keluaran Alaf 21. Owh, buku Ayat-Ayat Cinta itu, sudah lama diperam untuk dihabiskan. Heh.
*On the other note, si kecil ini went for an outdoor shooting yesterday. Comel, kan?
.
No comments :
Post a Comment