Nuffnang Ads

Monday, November 30, 2009

Aidiladha

-[Posted by nwm]-
.
Salam. Mahu cerita tentang Hari Raya Aidiladha (yang hectic sebab banyak jemputan) tahun ini dan cerita terbaru buah hati saya ini yang menginjak umur 5 bulan (1.12.2009).
How time flies.


1. Pagi Raya Aidiladha. Di rumah PIL. Menu : Nasi Minyak (yummy!). Tiba-tiba pagi Raya bekalan letrik terputus almost 1/2 jam (haish!). Khayra dah boleh meniarap since Khayra nak masuk umur 4 bulan hari tu. Sekarang bukan main laju lagi, letak je terus dia pusing badan nak meniarap. Khayra juga dah manage pusing badan terlentang semula dan bila meniarap tu dah pusing 360 darjah.

2. Her current obsession : masukkan toys (dan juga menu Pizza Hut, botol minyak Yuyi - sekadar menyebut beberapa contoh, hehe) dalam mulut. Air liur dah meleleh sekarang (tanda nk tumbuh gigi? -owh, her gusi dh keras skrg dan kadangkala buat Ibu menjerit time BF). Sekarang ni, pantang tengok food, sure Khayra trying so hard nk amik and at the same time buat-buat mulut 'mengunyah'. No solid food lagi ye, Sayang.

3. Gambar Raya Aidiladha kami (kunun). Heh.




1. Selepas solat Jumaat. On da way nk pergi jumpa Umar sempena Majlis Aqiqah Umar Iskandar. Rambut Khayra dah boleh ikat tocang. Yeay!

2. Menu : Nasi Beriyani (Yummy!). Yang diraikan, baby Umar Iskandar bersama Mamanya, Puan Farah Hanani. Umar dh besar, lagi besar dari Khayra. Nanti boleh gi skolah sama-sama. Hehe.

3. Suami saya yg sungguh 'the Daddy' (menurut Harris), dukung Umar. Haha! Katanya nk rasa berat Umar selepas
Asril (Papa Umar) dukung Khayra and in his (humble) opinion : “Kalau berat macam ni, dukung sejam pun takpe.” Ok, Khayra ringan (sikit) dari Umar. Heh.




1. Khayra seronok, 3 hari Ibu dan Abah cuti, 3 hari kami bawak beraya (berjalan). Hehe. Mood ok, tidur cukup, minum susu banyak (poo-poo pun berkilo, ok). Heh.

2. Jemputan Aqiqah dari Ma Nun. Menu : Nasi Bukhari. Khayra diapit bayi-bayi (lelaki) yang diraikan i.e: Hafiz (kiri) dan Afiq (kanan). Nyata, Khayra slim dari mereka. Kah kah. Kami ke 3 jemputan Majlis Aqiqah pada Hari Raya (Aidiladha) ke-2. Fuh, makan gulai daging seharian.


3. Khayra : "Jom gi jalan (lagi)!"




1. Soft shoes Khayra, "My Mummy (Ibu) is the BEST." Ok, Abah pun the BEST jugak! Ngee.

2. Khayra dan (the only) sepupunya yang balik Raya Aidiladha tahun ini, Aisyah. Dua-dua mata bulat. Geram ok? Tengok Khayra ketap bibir, gatal gusi (agaknya?). Haha.

3. Dua cucu (kesayangan) Tok Abah.



Ok, ini entri khas untuk kawan-kawan saya yang tanya tentang Khayra tidur meniarap. Sejak saya pregnant, Suami saya dh awal2 request supaya letak baby kami tidur meniarap. Mula-mula time pusat Khayra belum tanggal, saya gerun gak nk letak dia meniarap. Tapi sebenarnya ok saja letak tidur meniarap dari awal sb pusat tu tak mengganggu/menyakiti baby. Sebaik sahaja pusat Khayra tanggal (i.e. hari ke-5), kami terus letak dia tidur meniarap (dan tertonggeng, hehe). Setiap 1 hour kalo Khayra still tidur, saya dan Ummi akan pusingkan dia tidur ke sisi sebelah yang lagi satu (tgk kepala dia meniarap belah mana, then pusingkan badan & kepala baby ke sisi bertentangan). Hari ke-10 Khayra dh manage pusing kepala dia ke kanan dan ke kiri, ikut keselesaan dia tanpa bantuan Ibu dan Tok Wannya (yeay anak Ibu!)

Sampai sekarang, Khayra still tidur meniarap dan berbanding tidur terlentang, tidur meniarap akan buat Khayra tidur lebih lama. Antara kebaikan lain (IMHO) adalah (1) mengelakkan kembung perut (colicky) dan (2) membentuk kepala bayi bulat dan cantik (tidak leper). Ada sesetengah orang percaya pada (3) "rambut dimakan bantal" (?), so tidur meniarap ini dapat elakkannya. Saya tak pasti pasal point ke (3) sebab rambut Khayra memang banyak dari lahir. Heh.

Ok, enjoice pix buah hati saya sedang tidur. Sshhhhh...



Nyenyak sangat, kan?

Selamat Tidur, Sayang Ibu!


.




Tuesday, November 24, 2009

ZMC: Under New Management...?


Aku dapat bos baru baru-baru ni… dengar-dengar cerita dia ni garang yang teramat sangat. Semua orang di ZMC sekarang ni pun tengah panik dan kelam-kabut tunggu kehadiran bos baru.

Bos baru ni perempuan dan kalau berdasarkan pengalaman aku dengan lady bosses ni, mengerikan dan amat particular. Tapi aku dengar-dengar bos baru aku ni jauh muda daripada aku.. macam mana dia boleh jadi Bos pun aku tak tahu.

Hari tu, aku dan Wahida balik lambat… tiba-tiba Bos baru datang naik atas buat spot-check, terkejut kitorang. Tapi kita sempat la curi-curi ambil gambar Bos baru kita…
…..

….


..

.

Masa depan ZMC…? Comel la jugak Bos baru aku ni


Tapi teramatlah particular sehingga aku buat kerja pun dia nak supervise macam ni


Nampak sangat siapa staf kegemaran Bos baru aku… (Tahap tertinggi ilmu ‘Bodeksism’)





Sunday, November 15, 2009

10 Years Reunion STF959

.
*Photo from Rina*
  • What :
    Reunion STF959 10 Years (1999-2009)

  • When :
    07.11.2009 (Saturday)

  • Where :
    The Junction Bistro Seri Cempaka Service Suite Tower 2, Menara PGRM No. 6, Jalan Pudu Ulu, Cheras,
    56100 KL

Notes:

  • It was super duper fun meeting [almost] everyone there!

  • Nak minta maaf pada Am sebab macam kelam kabut sampai lambat (jem, duh!) and bila sampai naik atas dulu tanpa tunggu dia. Huk Huk. My bad. Then cepat-cepat call sebab tak nampak lagi Am kat meja. Call Husband saya dan Husband Am, sebab Am tak jawab call (panic attacked, thank you, heh). Then [baru] lega nampak Am naik/sampai dengan Masterq. Fuh!

  • Tengah-tengah duk panik tak nampak Am, left Lil Darling Khayra kat Id, then masuk-masuk Dewan je, Khayra tengah nangis. [Ok, panik sekali lagi, thank you). Trying so hard to pujuk her, tapi tak menjadi. [“Yang, tolonggg!!!" (dalam hati)]. Huhu.

  • Telefon talian hayat (My Dearest Hubby yang sungguh baik hati), tried to get some kata-kata semangat untuk pujuk hati tenang dengan Khayra then Khayra starting to calm down. Letak HP, then tetiba Khayra nangis semula. (Ho, ho, ho!).

  • The rest of the event, macam rasa tak berpijak di bumi yang nyata, rasa nak balik dan dudu-didi-dada dengan Khayra je kat umah, tapi dah namanya 10 years Reunion, gagahkan hati juga dodoi-dodoi, pujuk-pujuk Khayra sampai dia tertidur. [Fuh, legaaaa..].

  • Nak cakap thanks banyak-banyak to Id yang tolong ambilkan food (sebab saya tengah pangku Khayra tidur-takot nak letak dia dalam stroller-takot dia terjaga dan nangis-dan Ibu ini akan panik semula) dan tolong ambilkan nombor untuk exchange gift tapi dalam masa yang sama Ayuni pun tolong ambilkan nombor. Thank you Id. Thank you, Ayuni!

  • Saya tak amik 2 nombor ye kawan-kawan, saya amik nombor dari Ayuni (nombor 030) dan dapat hadiah dari Linda Razak.

  • Hadiah saya? Muwahaha. Am yang dapat. Kah kah! Hubby saya yang tolong wrap-kan hadiah tu ye. Am cakap, “Hadiah awak, Wahida? Orang yang aku keep in touch?” Haha. Hadiah saya tak best, tapi dapat kat orang best. (Apa saya mengarut?) Ngee.

  • Nak minta maaf kat Id, sebab tetibe panik dengan Khayra, left her time makan. Ampun!

  • Most of all nak minta maaf dengan Khayra sebab it was loud that night and kacau her sweet dreams that night dengan keriuhan kawan-kawan Ibu. STFians memang macam tu, sayang. Nanti nk masuk STF tak? Hehe.

  • Nak ucap jutaan terima kasih kat Husband saya yang tercinta sebab izinkan saya pergi Reunion, sanggup hantar saya ke Cheras malam tu, tumpangkan kawan saya, Id sebab dia risau Id drive sorang-sorang balik lewat malam nanti (almaklum darah manis, eceh!) lepas Id cakap nak park kat rumah and tumpang us to Cheras, tolong wrap-kan hadiah Reunion, tolong jaga-pujuk Khayra juga. Owh, saya rasa hati saya sungguh sarat dengan cinta terhadap Suami saya itu. (Sila, buat-buat tak baca, ye!).

  • Khayra bangun dari tidur dan senyum-senyum semula after 45 minutes nap (macam tu la anak Ibu). Tapi no one could touch her, nanti dia mencebik and starting to cry. *sigh* [Walhal, ramai yang geram nak amik dia, sorry kawan-kawan!) My Lil Darling was being so manja that night.

  • Kami hanya tidur jam 2 pagi that day selepas pulang dari Reunion-yang-sungguh-best sebab packing barang-barang and terjaga dari tidur at 5.59am, rush to shower and catch ERL to KLIA. Haha!

Conclusion :

  • Reunion best!
  • I am happy, tired and sleepy pulang dari KL.
  • Khayra, Ibu nak minta maaf sebab Khayra tak pernah nangis macam kat Reunion Ibu tu. Khayra sentiasa a happy-happy-joy-joy little girl, so saya sangat guilty malam tu sebab dia syedeh Huk.
  • Husband bagi hadiah HP baru sempena kelahiran Khayra. (He is just a Darling Hubby, kannnn?) Love him! *Muahs* (Tiba-tiba dalam entry Reunion? hahah!)


Ok, saya tak banyak bergambar time Reunion, sila jangan lupa kehadiran saya eih? End of story. Heh.



*Gambar bukan dari kamera saya. Dari kawan saya, Muniza di Facebook.*

.



Wednesday, November 11, 2009

Hati Ibu...


Emosi saya sedikit tidak keruan hari ini. Naluri keibuan saya direntap kesedihan pagi tadi, tatkala meninggalkan anak saya, Khayra, di nursery. Mungkin bagi sesetengah orang ini perkara biasa dan menobatkan saya sebagai "ibu yang over" tapi itulah hakikat yang saya rasa kurang 3 jam yang lalu.

Hari ini adalah hari pertama Khayra di nursery. Saya rasa kesedihan yang ‘over’ ini hadir dalam diri atas alasan tinggalkan anak saya dengan stranger. Sesuatu yang berat untuk seorang ibu lakukan sementelah terbacanya berita-berita yang tidak enak tentang penjagaan bayi di nursery. Saya rasa kaget sebentar bila perlu membuat keputusan yang sukar ini sebab saya terlalu selesa tinggalkan anak dengan Ummi (ibu) saya sebelum ini. Seperti yang bapa mertua saya cakap pagi tadi, “kita hanya merancang, Tuhan yang tentukan”.

Plan asal Khayra setelah Ummi ke Kemaman adalah tinggal dengan Mama (MIL) pagi ini. Saya tahu Mama begitu teruja untuk spend time dengan Khayra tetapi kami dikejutkan dengan Wan (ibu Mama) yang tiba-tiba diserang gastrik jam 2.30 pagi tadi. Husband saya dan Mama berkejar ke hospital pagi tadi dan hanya pulang jam 7.00 pagi. Melihatkan Mama yang kepenatan dan Wan yang memerlukan perhatian Mama, kami tak sampai hati tinggalkan Khayra dan membuat keputusan yang sukar itu. Apa yang membuatkan saya yakin dengan keputusan itu adalah kerana jarak nursery dan office saya yang dekat, jadi apa-apa kemungkinan, saya berada dekat dengan anak saya.

Saya baru teringat, patutlah Khayra restless malam tadi dan tak lena tidur (tidur pada jam 12.30 pagi) dan mahu bersama saya, rupanya Khayra ada instinct mahu ditinggalkan dengan stranger pagi ini. Tatkala saya melabel susu Khayra pagi tadi, saya rasa saya begitu kuat dengan keputusan ini, tapi nyata saya menangis bila Ummi telefon dan bertanya khabar Khayra.

Saya harap Khayra baik-baik sahaja hari ini, saya tak sampai hati mahu pergi jenguk Khayra di nursery sebab takut tak boleh tinggalkan dia sementelah kerja yang banyak di depan mata ini [tapi masih sempat update blog? Apakah? ;)].

Sekarang saya baru mengerti, hati ibu terlalu sukar untuk ditafsirkan.

*Entri ini adalah entri untuk memujuk hati, “Wahai hati, tabahlah!”

"Khayra, Ibu sayang Khayra!"




Sunday, November 1, 2009

Trip To Cameron 09


Dear Readers,

This entry is overdued because of my hectic schedule at the office. *Sigh*


We were here from 16th October, 2009 till 17th October, 2009. Kami ke sana bersama-sama Abang sekeluarga (dari JB) as Abang offered to pick us up in KL. We were off to Cameron Highlands right after performing our Subuh prayer and had our breakfast at Hentian Tapah at 7.30 am. Owh, kami bukan sekadar breakfast di Tapah kerana si kecil – si kecil itu juga need a diaper change, bathing and stretching up. Heh. Saya suka la Changing Room kat Tapah tu.


With my Lil Darling at Strawberry Park, Brinchang - our first destination before we checked in into the Hotel.



3 of us at the Strawberry Park.


Family Portrait : Kak Nur, Aisyah & Abang.



Next, o
ur turn; Family Potrait. [At Cameron?] Hahah!

*Khayra was held by Kak Nur at this point of time. Hehe.


Snacks of the day. All were strawberry-based. Yummy!



Close up : cheerful face. Our Lil' Darling, Khayra.



Cameron Highlands & fresh flowers. Cantik seh!


Look at her expressions! Khayra is currently very aware of colours, especially red.
I am in love with this girl (obviously!) hehe.



Sebab Abang ada camera [lebih] canggih dari kami, dia jadi photographer la. Hahah!

Banyakla gambar kami bertiga. Yeay! Thanks Abang!



Ini gambar on da way balik ke KL selepas check out dari Hotel.
With my Lil Niece, Aisyah and my Lil Darling, Khayra. Khayra happy & excited! Ngee.



*Muahs!* [Jiwa dan raga, intan dan payung, cinta hati Abah & Ibu].


Tea Cameron Valley. Very nice scenery. Credit to Hubby for the picture!


Khayra & Ibu.



Ini sesi makan durian fresh dari dusun kat Cameron. Tengok Abang, bersungguh! Hahah!


Khayra laughing at her Kak Aisyah who is enjoying her favourite food. Ngee.



End of our trip to Cameron. This is Khayra on her very 1st flight, heading home...


.