Nuffnang Ads

Wednesday, November 11, 2009

Hati Ibu...


Emosi saya sedikit tidak keruan hari ini. Naluri keibuan saya direntap kesedihan pagi tadi, tatkala meninggalkan anak saya, Khayra, di nursery. Mungkin bagi sesetengah orang ini perkara biasa dan menobatkan saya sebagai "ibu yang over" tapi itulah hakikat yang saya rasa kurang 3 jam yang lalu.

Hari ini adalah hari pertama Khayra di nursery. Saya rasa kesedihan yang ‘over’ ini hadir dalam diri atas alasan tinggalkan anak saya dengan stranger. Sesuatu yang berat untuk seorang ibu lakukan sementelah terbacanya berita-berita yang tidak enak tentang penjagaan bayi di nursery. Saya rasa kaget sebentar bila perlu membuat keputusan yang sukar ini sebab saya terlalu selesa tinggalkan anak dengan Ummi (ibu) saya sebelum ini. Seperti yang bapa mertua saya cakap pagi tadi, “kita hanya merancang, Tuhan yang tentukan”.

Plan asal Khayra setelah Ummi ke Kemaman adalah tinggal dengan Mama (MIL) pagi ini. Saya tahu Mama begitu teruja untuk spend time dengan Khayra tetapi kami dikejutkan dengan Wan (ibu Mama) yang tiba-tiba diserang gastrik jam 2.30 pagi tadi. Husband saya dan Mama berkejar ke hospital pagi tadi dan hanya pulang jam 7.00 pagi. Melihatkan Mama yang kepenatan dan Wan yang memerlukan perhatian Mama, kami tak sampai hati tinggalkan Khayra dan membuat keputusan yang sukar itu. Apa yang membuatkan saya yakin dengan keputusan itu adalah kerana jarak nursery dan office saya yang dekat, jadi apa-apa kemungkinan, saya berada dekat dengan anak saya.

Saya baru teringat, patutlah Khayra restless malam tadi dan tak lena tidur (tidur pada jam 12.30 pagi) dan mahu bersama saya, rupanya Khayra ada instinct mahu ditinggalkan dengan stranger pagi ini. Tatkala saya melabel susu Khayra pagi tadi, saya rasa saya begitu kuat dengan keputusan ini, tapi nyata saya menangis bila Ummi telefon dan bertanya khabar Khayra.

Saya harap Khayra baik-baik sahaja hari ini, saya tak sampai hati mahu pergi jenguk Khayra di nursery sebab takut tak boleh tinggalkan dia sementelah kerja yang banyak di depan mata ini [tapi masih sempat update blog? Apakah? ;)].

Sekarang saya baru mengerti, hati ibu terlalu sukar untuk ditafsirkan.

*Entri ini adalah entri untuk memujuk hati, “Wahai hati, tabahlah!”

"Khayra, Ibu sayang Khayra!"




No comments :