Tak boleh tidur sebab telah melepasi waktu tidur. Sedang berjaga malam untuk siapkan kerja. Ya, waktu tidur saya kebiasaannya jam 10 malam pada hari bekerja. Malam Selasa adalah terkecuali sebab nak tengok Desperate Housewives. Maka telah godek-godek gambar dalam laptop dan mahu share di sini.
Hasil belian untuk self therapy (kunun!). Shopping bersama Khayra dan Suami tersayang. Khayra sangat sporting maka telah membeli-belah tanpa sempadan but within the budget. Suami menggalakkan lagi si Isteri membeli-belah dengan berkata, “Take your time, Yang.” serta “Yang ini, on me.” Maka tercipta kegembiraan pada si Isteri.
Terima kasih, Suami! Terima kasih, anak (bagi peluang Ibu shopping)! Terima kasih, Tuhan atas rezeki.
Syukur :D
.
No comments :
Post a Comment