+ Ada farewell lunch
dengan chambering student kami harini. Alhamdulillah atas rezeki dari Allah.
+ Bila hantar Hafiya
setiap pagi pada tahun ini, I noticed ada satu kereta BMW kat tepi pagar
sebelum masuk jalan ke Tadika berhadapan Taska Hafiya. Setiap pagi kereta
tersebut akan berhenti di bahu jalan. Bila diamati, rupanya ada bapa tengah
memujuk anaknya ke Tadika. Setiap pagi dia akan berhenti dan ada negotiation
berlaku dalam kereta. Saya agak sahaja sebab gaya bapa macam sedang memujuk
anak.
+ Bagi cerita perenggan di atas, maknanya si bapa sungguh penyabar. Pujuk anak setiap pagi selama 3
minggu sesi persekolahan bagi tahun 2015. Pengorbanan ibu bapa macam inilah;
dad/mom gotta do what a dad’s/mom’s gotta do.
+ Ada partner pula
belanja for tea time untuk the whole firm petang ini. Alhamdulillah sekali
lagi. Rezeki dari Allah semua ini.
+ We just found out
Khayra akan bawa balik junk foods / candies kalau ada orang bagi masa kat
daycare / school (sempena birthdays / sebagai token). Then she will seek for
our permission kalau nak makan. Sungguh saya terharu sebab dia tak makan terus
there and then. Ada sekali sahaja dia macam terus buka dan makan pop candy,
sebab teruja ia dalam packet Frozen. Anak-anak saya masih belum move on dengan
Frozen T____T
+ Saya tengah teruja
tunggu parcels dari US. Tolonglah cepat. Lagha betul tapi memang teruja sebab
baju anak-anak.
+ Dah 28 haribulan,
nak menghampiri bulan kedua ditahun 2015 ini. Cepatnya alahai masa.
+ Khayra masuk darjah
1 tahun depan. Saya dah start risau sebenarnya. Yalah, dengan gejala sosial
sekarang, fikir pasal bekal dan makanan kantin (saya berazam nak buat bekal,
saya harap adalah masa dan rezeki untuk anak-anak saya nanti, selagi saya
terdaya), fikir pasal macam-macamlah. Maafkan ibu yang paranoid ini. Tapi sungguh,
saya risau.
+ Oh, group Whatsapp
#srikandi959 itu sungguh banyak manfaat (selain buat hp hang sebab message
terlalu banyak kalau tak baca. Lol). Dianggotai rakan-rakan dari pelbagai
profession / background. Banyak kongsi ilmu, tips, pengalaman dan pendapat (dan
cerita mengarut yang menyebabkan kita boleh ketawa / senyum sorang-sorang).
+ Kenapa
sekarang ramai tak update blog? Tak sempat nak catch up dengan instagram feeds
atau FB timeline atau Twitter.
Okbye.
No comments :
Post a Comment