Best ye KLites cuti lama sempena Hari Wilayah & Thaipusam.
Jeles weh. Rasa dan dan nak amik cuti walaupun tak ada kaitan. Bahaha.
Sebelum ni pernah cerita
pasal Khayra attend Tadika sama
macam abahnya dahulu kan. Kira apa yang abah dia masuk dulu kita replicate method
sama kalau masih ada lagi sekarang. Tehee. Now, starting January, kita hantar Khayra attend Kelas Mengaji dan Fardhu Ain kat tempat
sama juga macam abahnya dulu. Setiap pagi Jumaat dan Sabtu, Ustazah akan tulis
progress dalam report card and ada pengisian Fardhu Ain sekali lepas mengaji
dengan Ustazah. So senang kita nak monitor dia baca iqra sampai mana dan apa
progress dia in class. Macam previous weeks, Khayra bagitahu Ustazah cerita
pasal Nabi Muhammad, sifat kasih sayang dan sifat-sifat Nabi. Adik Hafiya maybe
kita plan nak start next year sebab terbuka kepada anak-anak dari umur 4 tahun,
insyaAllah.
Khayra basically ada sesi
Iqra juga sebelah petang di-daycare dia setiap hari selepas solat jemaah. Ada
juga saya ajar bila-bila free waktu malam lepas Maghrib. Tapi yelah, kita ni
tak consistent sangat kan jadi bila saya ajar tu, ada nampak dia struggle untuk
baca ayat panjang-panjang. Jadi kami decide untuk hantar ke kelas mengaji yang
proper.
Saya dan suami actually
doa banyak-banyak moga dilembutkan hati anak-anak menuntut ilmu dan
specifically doa mudahkan dia untuk ke kelas mengaji. Risau sebab memang tahu
kalau masuk kelas / environment baru, Khayra ni sukar sikit bab separation anxiety. Tengok
last year contohnya, hampir 2 bulan jugak menangis cebik dalam kelas sewaktu
kami tinggalkan dia (and 5 minutes later,
she will be OK in the class, as being informed by Teacher Rozita, her class
teacher). Tehee. Tahun ni nangis masa hari kedua sebab Lylia, kawan yang
dia kenal kena tukar duduk meja lain. Alahai, anakku.
Jadi, untuk attend ke
Kelas Mengaji, kami doa sungguh-sungguh semoga Allah permudahkan urusan kami dan
anak-anak. Alhamdulillah, masa 1st class terus Khayra OK
ditinggalkan tanpa sebarang drama TAPI dengan syarat - nak duduk sebelah
Ustazah. Hehehe.
Alhamdulillah, syukur pada
Ilahi bila Khayra every week excited nak pergi Kelas Mengaji.
No comments :
Post a Comment