Nuffnang Ads

Tuesday, September 19, 2017

HW Umrah 2017 (Day 2)

Hari Kedua (01.02.2017)

Imam Abd Rahman Hudaifi - 82yo imam tertua. Pernah jadi ketua imam di Madinah dan Mekah

4.00 pagi: bangun dan bersiap
5.00 pagi: ke Masjid Nabawi
6.50 pagi: sarapan
8.00 pagi: lawatan ke masjid Nabawi dan makam Rasulullah serta para sahabat, isteri-isteri dan anak-anak Baginda dan ziarah Raudah yang diketuai oleh Ustazah dari Indonesia (dilantik oleh pihak Rayhar)
10.30 pagi: dalam Raudah - solat tahiyatul masjid, solat dhuha dan solat sunat mutlak
11.00 pagi: selesai Raudah. Jumpa HH di Pintu 25 dan pergi makan kebab
12.30 tengah hari: zohor - makan tengah hari
Wakaf Al Quran dan derma anak yatim serta tahfiz

3.30 petang: Solat Asar

Beli souvenir disekitar kedai-kedai berdekatan Masjid Nabawi dan hotel.

6.00 petang: Solat Maghrib
Stay antara Maghrib dan Isyak di Masjid Nabawi. Habiskan Surah Maryam.

7.30 malam: Isyak


Ini adalah gambar pertama tatkala melihat Masjid Nabawi untuk menunaikan solat Subuh. Tiba-tiba rasa sayu dan bergenang airmata (menangis juga sebenarnya) sebab rasa macam mimpi dapat menjejakkan kaki di Madinah menunaikan Umrah despite of all challenges yang dihadapi sebelum berangkat kemari. Yang paling terkesan dihati is the fact that I come here with the man I love so much and we are bringing our third little khalifah with us. Alhamdulillah, rezeki dari Allah.




Para muslimat jemaah kami dipimpin oleh tiga orang ustazah dari Indonesia yang telah dilantik oleh pihak Rayhar untuk guide kami ke Raudah. Ada waktu tertentu yang dibenarkan untuk memasuki Raudah, bersolat dan berdoa di dalamnya (dikatakan diantara tempat yang paling mustajab doanya) yang diperuntukkan oleh Kerajaan Saudi iaitu:

1. Pukul 7.00 pagi hingga 10.30 pagi
2. Selepas Zohor hingga pukul 2.00 petang
3. Selepas Isyak hingga pukul 12.00 pagi

Sewaktu jemaah kami selesai dengan ziarah ke makam Rasulullah, jam telah pun menghampiri pukul 8.50 pagi. Ustazah kata, kadangkala pintu untuk memasuki Raudah tutup pada jam 9.00 pagi jadi kami perlu bergerak pantas untuk memasuki pintu masuk ke Masjid Nabawi untuk ke Raudah sebelum ditutup. Sebelum itu ustazah pesan untuk berwudhuk bagi yang telah batal wudhuknya.


Alhamdulillah, jemaah kami berjaya memasuki pintu untuk ke Raudah sebelum ditutup tetapi Uztazah memaklumkan bahawa ada beberapa orang jemaah muslimat kami yang tidak berjaya kerana sebelum itu ke tandas dan berwudhuk agak lama. Ustazah juga telah terpisah dengan seorang lagi kawannya yang sama-sama membawa rombongan kami. Sementara menunggu giliran, kami ditempatkan di kawasan ini (gambar atas) dan sementara menunggu, kami digalakkan untuk membaca Al Quran dan berzikir. Dari tempat ini, kami boleh nampak kubah hijau iaitu, Makam Baginda Rasulullah.


Boleh nampak betapa sesak jemaah yang ingin memasuki Raudah. Yang tangan ke atas memegang beg berwarna ungu tersebut adalah Ustazah dari jemaah kami yang berasak dan lead kami untuk memasuki Raudah kerana terlalu ramai jemaah lain yang ingin memasuki Raudah pada masa yang sama.




Kawasan yang dinamakan Raudah (atau Taman Syurga) di dalam Masjid Nabawi dipisahkan dengan karpet berwarna hijau (kawasan lain dalam Masjid dibentangi dengan karpet berwarna merah). Ini adalah kubah di dalam Raudah.


Raudah di dalam Masjid Nabawi mempunyai tiang berwarna emas ini. Raudah terletak diantara makam Rasulullah dan Mimbar Rasulullah SAW.


Alhamdulillah, berjaya menjejakkan kaki dalam Raudah, bersolat dan berdoa. Jemaah kami yang dipimpin Ustazah mengambil masa selama dua jam untuk menunggu giliran memasuki Raudah, bersolat di saf pertama dalam Raudah dan berdoa. Itupun kami sesama jemaah perlu bantu-membantu dan tarik-menarik supaya semua boleh berada di saf pertama untuk solat sunat. Di saf-saf belakang memang tak ada ruang untuk bersolat kerana dipenuhi jemaah lain.


Makam Rasulullah dari lensa suami. Kami para muslimat tidak berpeluang melihat makam sebegini dekat kerana ada barrier yang memisahkan antara muslimin dan muslimat.


Ini gambar dari lensa suami saya, dalam Raudah ketika lengang kerana kebanyakan jemaah telah beransur untuk menunaikan solat fardhu berjemaah.


Jumpa suami seusai ziarah Raudah dipintu No. 25 untuk pergi makan kebab :P



Kebab kegemaran kami :P




Antara Maghrib dan Isyak ada tazkirah-tazkirah oleh ustaz-ustaz yang mengendalikannya dalam kumpulan-kumpulan kecil dalam Masjid Nabawi. Ada juga yang mengaji dan memperbaiki tadarus Al-Quran. 


No comments :