"..menarilah dan terus tertawa,
walau dunia tak seindah surga,
bersyukurlah pada Yang Kuasa,
cinta kita di dunia selamanya.."
Saya sungguh sibuk minggu lepas. Ke situ ke sini menyiapkan tugasan dan amanah orang. Sekarang baru sempat bertenang sedikit. Haha. Mari, mari, saya ingin kongsikan kebahagiaan saya selama 4 hari bercuti minggu lepas :-
Hari Pertama (24.10.2008/Jumaat)
Ya, kami telah pergi bercuti dengan menaiki pesawat jam 10.20 pagi setelah makan pagi di Lapangan Terbang tambang murah itulah. Setelah hampir satu jam penerbangan itu adalah destinasi kami, "Pulau Bebas Cukai"Kami sewa kereta di sana dan sungguh mudah sekali mencari arah di sana. Dari Lapangan Terbang, kami terus ke Pekan Kuah sementara menanti check in di resort jam 3.00 ptg. Sempatlah shopping sedikit sebanyak sebelum makan tengah hari di kedai (gambar kanan) itu. Kami dengan senang hati memberi nama kedai itu "Kedai Pening Lalat" sebab 3 kali order kami asyik tersalah. Kesian Suami saya tidak kesampaian makan "Nasi Lemak Ayam Goreng Panas". Bila kami order, tiada pula kata sudah habis. Memang "pening" lah kedai itu. Hihi. Owh, coklat di sana amat menarik sekali! Sempat juga lah membeli belah coklat dengan sakan sebelum kami ke Pantai Cenang untuk check in.Jam 4.00 petang kami check in di Sri Kijang, Pantai Cenang. Terima kasih pada Suami (dan BNM) kerana sponsor penginapan kami di sana. Saya sungguh terpesona dengan resort itu, sungguh indah sekali. Sri Kijang terletak betul-betul berdekatan dengan Pantai Cenang. Suka lah saya! Kami makan malam di sekitar Pantai Cenang dan ikan pari bakar itu sungguh enak sekali! Yummy! Selepas makan kami sempat berjalan-jalan di sekitar bazar di Pantai Cenang. Katanya bazar yang dahulunya di Pekan Kuah telah berpindah ke Pantai Cenang selepas Tsunami berlaku. Patutlah begitu 'happening' Pantai Cenang sekarang.
Hari kedua (25.10.2008/Sabtu)
Pagi-pagi kami bersiar-siar di sekitar resort dan Pantai Cenang selepas makan pagi. Cantik sekali resort Sri Kijang ini. Kami ke Pekan Kuah lagi untuk ke Idaman Suri. Kata orang, kalau datang ke Pulau Bebas Cukai ini, tak sah kalau tidak ke Idaman Suri. Kami shopping sakan di situ. Penuh satu kereta barang hingga terpaksa hantar pulang dahulu ke resort sebelum ke tempat lain. Suka hati saya, Suami turut sama memberi pendapat, pilih barang-barang dan macam-macam lah. Sungguh supportive sekali Suami saya itu.
Lepas makan tengah hari, solat dan berehat seketika, kami ke Idaman Suri semula. Haha, boleh bayangkan betapa kami suka Idaman Suri itu! Tengoklah barang-barang kami, memang banyak (itu sebahagian saja ya)! Tapi itu termasuk buah tangan untuk saudara-mara, keluarga dan rakan-rakan. Kami sempat singgah ke Pekan Kuah untuk melihat-lihat kedai-kedai cenderahati dan coklat (lagi). Selepas itu, kami ke Dataran Lang untuk bergambar. Ramai sungguh orang ketika kami tiba. Cuba cari kami di sebalik L.A.N.G.K.A.W.I. itu! Heheh. Kami makan malam di sekitar Dataran Lang.
Hari ketiga (26.10.2008/Ahad)
Pagi-pagi kami bangun untuk makan pagi di kedai Hj. R*amli. Oh, nasi lemak di situ sungguh tak menepati citarasa kami. Natijahnya, kami order roti canai pula. Selepas makan kami ke Pantai Cenang dan selepas itu terus ke Underwaterworld. Masa saya ke sini 4 tahun lepas, teater 3D masih tiada di Underwaterworld ini. Sekarang sudah ada dan harga tiket pun dah naik. Tapi teater 3D "Kisah-Mikey" itu sungguh mengecewakan. Hanya 15 minit tayangan dan tidak berbaloi lah beratur panjang sebab tidak menarik pun (bagi saya lah dan disokong oleh Suami juga!). Tapi untuk pengalaman, tak salah mencuba kan? Saya sangat suka melihat pari besar di Underwaterworld itu dan persembahan The Seals juga tidak menghampakan. Seronok lah! Kami terus ke The Zon selepas itu untuk shopping (lagi!) dan makan tengah hari di sekitar Underwaterworld itu. Memang tak jauh dari Resort kami, cuma 10 minit naik kereta.
Selepas berehat dan mengemas barang-barang, jam 3.15 petang kami masukkan barang-barang dan beg-beg kami ke dalam kereta untuk ke Lapangan Terbang. Malangnya tak muat satu kereta, jadi terpaksa menggunakan khidmat teksi juga untuk ke Lapangan Terbang. Hihi.
Owh, did I mentioned earlier that I brought my beloved parents there? I have promised to myself, if I have extra money in hands, I would wanna treat my beloved parents for a vacation, fully sponsored. Syukran Allah, dengan rezeki yang diberikan kepada saya oleh-Nya, saya dapat menunaikan janji saya itu. And yes, Langkawi is their choice, jadi saya turutkan sahaja. Terima kasih juga kepada Suami yang banyak membantu saya. Alhamdullilah, we had a great time there! And Dearest Hubby, Wifey ini really wants to come back again! Heheh.
Kami tidak dikenakan sebarang cukai ketika melepasi kastam di sana tapi adalah excess baggage fee yang dikenakan. Hihi. Kami selamat tiba di Kuala Lumpur jam 6.20 petang. Seronok lah, jumpa adik-beradik saya dan anak saudara saya yang comel itu!
Hari Keempat (27.10.2008/Isnin)
Lokasi : Rumah kami di Bandar Sri Damansara.
Aktiviti kekeluargaan. Juga disertai oleh sepupu saya dan keluarganya. Lihatlah gambar ya!
Dearest Hubby is practising his "Daddy's Skill". Hihi. With my cutey niece.
Saya sungguh seronok sekali dengan percutian ini. Suka lah! Thanks a lot to my Dearest Hubby for everything! Kuching, Jakarta, Bandung are waiting for us next! Yeay!