Nuffnang Ads

Thursday, October 23, 2008

Kejadian di Cheras: Sepuluh orang dicari untuk bantu siasatan




Cheras: Sepuluh orang lelaki berbangsa Melayu telah dikehendaki untuk melaporkan diri ke Bukit Aman bagi membantu pihak polis dalam siasatan ke atas kejadian yang berlaku dekat-dekat sini pada Khamis lepas. Kejadian tersebut adalah berkaitan dengan sebilangan ayam kampung yang dilaporkan telah ‘dikerjakan’ dengan ganas.

Seorang saksi, yang hanya ingin dikenali sebagai Gelimat, berkata: “Saya nampak sepuluh orang lelaki datang dengan sebuah kereta Proton Waja dan sebuah kereta Toyota Camry. Mereka mengunjungi sebuah gerai di sini dan meminta 20 ketul ayam kampung.. langsung tanpa apa-apa belas kasihan, ayam kampung tersebut telah dikerjakan dan yang tinggal hanyalah tulang semata-mata. Semuanya berlaku dengan pantas... saya tidak mampu berbuat apa-apa untuk membantu ayam-ayam tersebut... sungguh tragis...”.

Sehubungan itu, pihak polis juga meminta orang awam agar dapat memberi apa-apa maklumat yang dapat membantu dalam mengesan sepuluh orang lelaki tersebut. Menurut pihak polis, lelaki-lelaki tersebut hanya dikenalpasti sebagai Azmee, Baharudeen, Fehmee, Feyzal, Haireel, Hezree, Hexaberry, Shehrool, Shookri dan Suapee. Kes tersebut disiasat di bawah seksyen 44(1), Akta Haiwan 1953, yang membawa hukuman denda RM200, penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali jika disabit.



Gambar-gambar mangsa yang diambil sebelum dan selepas kejadian



No comments :