.
Dulu saya lakukan perkara-perkara berikut tapi sekarang ianya seperti kenangan sahaja pada saya:-
1.Naik motorsikal
More on bawak motor. Saya pernah belajar/bawak (bukan secara berlesen) motor dahulu. Belajar dari Abang dan Abah saya. Memang jauh jugak lah saya bawak keliling kawasan perumahan saya dan siap ada pembonceng lagi. Berani sungguh. Tapi selepas terlibat dalam satu kemalangan kecil dengan Abang saya, di mana motor tersebut telah menghempap kaki Abang saya, saya terus fobia untuk bawak motor lagi. Kesian Abang saya. Sorry! Sekarang, naik pun kadang2 sahaja.
2. Pandu kereta manual
Saya pandu kereta manual dahulu. Selepas habis belajar memandu dan mendapat lesen, saya banyak bawa kereta Honda auto Abah. Jadi kereta Kancil manual itu saya tak hiraukan langsung. Masuk semester kedua di UiTM, saya perlukan kereta sebab menyewa di Seksyen 9 untuk memudahkan saya ke kampus. Saya bawak kereta Kancil manual itu lah dan menjerit2 bila part naik bukit Menara sebab baru belajar. Belajar dengan Liza sahaja ketika itu. Pandai-pandailah sendiri. Lama-lama saya arif bawak kereta manual. Tapi sekarang sejak beli kereta Matrix auto itu, saya tak lagi pandu kereta manual. Tapi saya rasa bab overtake kereta di jalanraya, kereta manual lagi best!
3. Talian pre paid
Masa pertama kali guna hp, saya pakai talian pascabayar Digi. Saya ingat lagi no. 016 214 8000. Then saya bertukar ke talian pre paid Maxis dan kemudian Celcom, juga pre paid. Masa tu masih mahal dan tade X-pax ke, active8 ke etc. Saya sempat juga aplikasikan X-pax itu masa menggunakan Celcom pre paid. Memang murahlah. Bergayut sakan pun masih banyak baki kredit. Dulu selalu miss called Abah suruh telefon balik bila tak punyai kredit yang banyak. Hehe. Lepas kawin, saya tetap kekalkan nombor Celcom saya tapi menggunakan pascabayar pula. Saya guna plan 1+3 tu. MMS, SMS, voicecall, videocall sume FOC. Lagi2 Husband jauh. Berbaloi lah. Dan lagi2 Husband tolong bayarkan bil. Hihi. Tq Dearie! *tapi betul, bil saya tak penah mencecah RM60.00 sebulan!
4. Travel dengan Bas
Saya memang tak suka naik bas. Dulu masa sekolah STF naik bas time cuti sekolah sebab sekolah catar satu bas untuk student dari Terengganu. So rasa selamat lah. Lagi pun dengan kawan-kawan, jadi seronok lah. Saya akan pening kalau naik bas dan tak tido. Kadang2 terpaksa telan ubat kalo naik bas untuk tido bagi mengelakkan pening dan sakit kepala. Sekarang hampir setiap minggu ke KL jumpa Husband naik flight. Airasia, MAS & Firefly patut berterima kasih pada saya dan Husband kerana menyumbang duit tiket kepada mereka setiap minggu tanpa gagal. Hahah! Dan baru saya perasan, saya dah lama tak naik bas. Ngee.
5. Pakai Jam Tangan Kiri
Sewaktu saya kecil, saya pakai jam tangan di tangan kiri saya. Masa saya umur 10 tahun, Abah belikan saya jam yang ada Gold plated. Saya risau nk pakai di tangan kiri sebab tangan kanan lagi kuat dan takot tak sedar jatuh nanti sb jam mahal. Hahah. Then sampai sekarang, saya pakai jam di tangan kanan dan saya tahu, tak ramai yang pakai jam di tangan kanan. Look around, please?
6. Bersukan
Masa saya sekolah rendah dan di STF dulu, saya adalah Kapten Olahraga, terlibat dalam basketball. Handball dan netball secara tidak langsung sahaja. Tapi kira basketball adalah sukan saya selain larian 400M, 4x400M, 800M dan 1500M. Memang aktif. Banyak medal2 dan piala2 saya terima sepanjang itu walau tak pernah jadi olahragawati. Tapi sekarang, satu sukan pun saya tak buat. Saya rindulah main basketball. Rindu sgt! isk!
7. Buat message
Dulu kat STF selalu buat message. Penuh dengan kreativiti lah. Srikandi sure faham. Masuk UiTM, bila saya start couple, saya suka tulis message jugak! Siap housemate boyfriend (kini Husband) juga tolong pass kan. masa tu, Zulus, boyfriend kawan baik saya, Linda, (kini Husband Linda) juga suka lukis2 kartun dan buat message untuk Linda. Saya terharu bila tahu boyfriend/Husband saya simpan messages yang saya buat dalam file. Sekarang, bila teringat, saya bukak file and boleh tengok balik messages saya tuh. Hihi. Suka lah. Tapi dah lama saya tak buat. Huhu. Rasa rindu nak buat.
*Sebenarnya, banyak lagi tapi ini je yang saya sempat fikirkan hari ini. Hehe. Owh, jom tengok gambar resepsi Huzaimi, last Sunday at Blue Wave Hotel, Shah Alam. Enjoice!

No comments :
Post a Comment